KETAHUI 5 PERKARA ANAK DAN IBU SUSUAN
Baru-baru ini selebriti Syatilla Melvin selamat melahirkan seorang puteri, Sarima Samheizy.
Rezeki banyak untuk anaknya, Syatilla dikurniakan susu badan yang banyak hingga penuh peti.
Hasrat Syatilla untuk menderma stok susu badan kepada bayi yang memerlukan dengan syarat perlu lengkapkan maklumat dan latar belakang bayi berkenaan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah akan datang.
Sejak dulu lagi sudah ramai yang menderma susu badan kepada bayi tidak bernasib baik. Ada juga yang mengambil bayi angkat untuk jadikan anak susuan.
Hukum anak susuan juga wajib dipelajari sebelum menderma atau memberi susu kepada bayi tersebut. Penjelasan mengenai hukum anak susuan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
MAHRAM
Memberi susu kepada bayi yang bukan anak kandung akan memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan.
Golongan yang haram dikahwini:
1) Ibu susuan ke atas (nenek, moyang dan sebagainya).
2) Anak ibu susuan ke bawah.
3) Saudara seibu sebapa, seibu atau sebapa.
4) Ibu saudara sebelah bapa dan ibu saudara sebelah ibu, sekalipun jauh hubungan persaudaraannya.
5) Anak perempuan kepada saudara lelaki seibu sebapa, seibu atau sebapa.
6) Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa.
PERGAULAN
Pergaulan antara anak susuan dan keluarga ibu susuan adalah halal.
Contoh pergaulan:
1) Bermusafir melebihi tiga hari bersama.
2) Tinggal bersendirian dengannya atau khalwat yang haram antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan keturunan.
3) Melihat adik-beradik susuan.
SYARAT MENJADI ANAK SUSUAN
Syarat mengambil bayi untuk dijadikan anak susuan adalah:
1) Umur bayi belum mencapai dua tahun. Jika bayi melebihi dua tahun, tidak dikira sebagai anak susuan.
2) Bayi berkenaan perlu disusu hingga kenyang sebanyak lima kali secara berasingan. Bayi tersebut berhenti menyusu kerana kenyang, dikira sekali susuan. Tetapi jika bayi berhenti seketika kerana bermain atau tukar payudara, dikira sekali susu sahaja.
CARA MENYUSU
Selain daripada direct feeding penjaga atau ibu susuan boleh memberi bayi susu melalui botol, sudu, picagari dan sebagainya.
Susu ibu perlu sampai ke perut bayi hingga kenyang walau apa cara sekali pun. Jika bayi mempunyai masalah kesihatan lain dan perlu menyusu menggunakan selain daripada mulut, tetap dikira sebagai anak susuan asalkan bilangan kenyang bayi mencukupi syarat.
KEPERLUAN BAYI
Bayi yang memerlukan susu ibu seperti bayi pra-matang, ibu yang kekurangan susu, ibu yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit berjangkit dan ibu yang tidak dapat menyusukan bayinya.
Ibu yang menderma atau sedekah susunya kepada bayi lain haruslah secara sukarela dan mengenali bayi serta keluarga bayi.
1) Bayi perlu menerima susu ibu daripada seorang ibu sahaja. Tidak bercampur dengan susu ibu yang lain.
2) Ibu yang derma susunya kepada bayi yang memerlukan perlu ketahui asal-usul bayi dan keluarganya atau keluarkan ‘sijil ibu susuan’ supaya bayi tersebut ketahui ibu susuan dan saudara-mara yang lain.
3) Untuk memudahkan urusan, sediakan ‘surat hitam putih’ untuk membuktikan bayi tersebut telah menyusu dengan ibu secara sukarela sebanyak lima kali kenyang.