CANTIK TAPI BAHAYA! 4 BARANG MAKEUP BOLEH MEROSAKKAN BADAN

CANTIK TAPI BAHAYA! 4 BARANG MAKEUP BOLEH MEROSAKKAN BADAN

Cantik ni semua orang nak. Sampai sanggup buat apa saja untuk nampak cantik. Keluar rumah mesti nak bersiap supaya nampak kemas dan bergaya.

Untuk sesetengah perempuan, memakai makeup sebelum keluar rumah adalah perkara wajib. Zaman sekarang ni, banyak sangat jenama yang ada di pasaran. Murah ada, mahal ada, pilih je mana yang mampu tapi sebenarnya makeup atau barang kosmetik ni menyumbang kepada bahaya.

Pewarna Rambut

Siapa suka tukar-tukar warna rambut? Haa, bahan yang ada dalam pewarna rambut boleh menyebabkan rambut korang gugur, gatal kulit kepala. Paling teruk membengkakkan kulit kepala. Bahan yang digunakan dalam pewarna rambut adalah Para Phenyline Diamine (PDD). PDD bahan kimia yang menghasilkan warna rambut yang cantik. Lepas ni, elok pakai inai je. Dijamin selamat!

Pewarna Kuku

Bahan yang digunakan dalam pewarna kuku adalah aseton. Ia boleh melemahkan dan merosakkan kuku. Kuku korang tidak kuat dan mudah patah jika selalu mewarnakan kuku. Selain itu, ia boleh merosakkan kulit di sekeliling kuku.

Lipstick

Seorang perempuan sekurang-kurangnya ada satu lipstick. Lipstick adalah alat solek yang utama. Tak pakai foundation pun tak apa, janji pakai lipstick untuk naikkan seri muka. Untuk menghasilkan lipstick, penggunaan bahan plumbum tinggi dan boleh merosakkan kulit bibir. Korang boleh bertukar kepada lipstick organik. Selamatkan bibir korang!

Maskara

Siapa tak suka bulu mata lentik dan panjang. Korang tahu tak maskara adalah tempat paling mudah terdedah dengan bakteria. Tiub maskara yang lembab dan gelap lagi mudah korang dapat jangkitan. Nak pula setiap hari sapu pada bulu mata. Make sure cuci betul-betul sebelum tidur ya.

https://www.sahih.com.my