KEPADA HIJABISTA, INI 4 TIPS PILIH TUDUNG PADA MUSIM PANAS

Wanita bertudung sekarang makin ramai yang berjaya menggayakan fesyen yang menarik dan stylo. Hijabister tak kalah dengan gaya up-to-date tapi masih anggun dengan baju yang longgar, tudung tutup dada dan sopan.

Malaysia mempunyai cuaca yang panas. Selalu menjadi persoalan, tak panas ke wanita berhijab dan bergaya bila keluar rumah? Ini dia tips memilih tudung supaya tidak panas dan rasa selesa. Kepada hijabister, jom!

Anak Tudung

Seeloknya kalau pakai tudung baik pakai anak tudung sekali. Selain daripada kemas ia juga mengelakkan tudung bergerak dan statik. Tudung linen dan chiffon adalah kain licin, jadi bila korang pakai anak tudung, tudung terletak elok, rambut tidak terkeluar dan kemas.

Pilih Warna

Nak selesa dan cantik pun perlu bijak memilih warna. Sama seperti pilih baju, warna tudung gelap akan menyerap haba matahari dengan lebih cepat. Warna seperti hitam, coklat gelap, maroon membuatkan korang rasa cepat panas dan berpeluh. Lepas ni pilih warna terang sedikit seperti nude, soft pink, putih atau kelabu.

Gaya Turban

Buat masa sekarang gaya turban memang terpaling hijabister! Tapi tidak semua orang pakai turban. Tapi gaya tudung turban menampakkan korang bergaya, cergas dan mudah bergerak. Gaya turban membuatkan aktiviti harian korang sangat selesa.

Material

Pilih tudung yang menggunakan bahan linen, chiffon atau kapas. Cotton memang dikenali sebagai penyerap haba yang terbaik. Linen dan chiffon mempunyai jenis kain yang nipis dan mudah dibentuk. So, musim panas boleh pakai tiga material yang ni memang bestlah!