CARA JAGA TUDUNG JENIS CHIFFON SUPAYA TAHAN LAMA

CARA JAGA TUDUNG JENIS CHIFFON SUPAYA TAHAN LAMA

Tudung bawal atau shawl jenis chiffon ni memang cantik dan lembut. Material yang lembut dan ringan memang mudah rosak so, kena jaga elok-elok.

Jenis kain nipis agak susah nak jaga. Kalau tertarik benang terus tak boleh pakai dah. Kalau kena cecair kotor susah nak tanggal terutama minyak. Jom tengok tips jaga tudung jenis chiffon supaya tak cepat rosak.

Basuh Dengan Tangan

Jangan malas ye! Basuh tudung chiffon dengan tangan mengelakkan dari cepat rosak dan benang tertarik. Tak susah pun, hanya rendam dan campurkan dengan sabun basuh baju. Bukan tudung jenis shiffon je basuh guna tangan, semua jenis tudung sebaiknya basuh manual. Haa, jangan lupa asingkan ikut warna terutama warna terang macam putih ke, nude, soft pink atau apa-apa warna yang berisiko untuk mudah turun warna.

Jangan Jemur Tengah Panas

Lepas basuh jangan perah tudung terlampau kuat. Lagi bagus lepas basuh toskan air dengan cara sidai terus tudung tu. Kain shiffon ni sensitif, jangan jemur tengah panas terik. Kain tudung kan nipis, korang boleh jemur tempat teduh dan berangin. Tak sampai sejam tudung dah boleh kering. Jangan! Jangan! Jangan! Keringkan tudung guna dry machine. Rosak tudung terus tak boleh pakai.

Seterika Suhu Rendah

Kalau tak boleh jemur tengah panas, tak boleh pakai pengering baju apa tah lagi nak seterika suhu tinggi. Jangan sesekali menggunakan suhu yang tinggi atau terlampau panas bila nak iron tudung chiffon. Jenis kain shiffon mudah terbakar dan sensitif dengan panas. Sekali terbakar tudung korang, jangan nangis ye!

Cara Simpan

Seeloknya gantung tudung korang. Boleh je nak lipat satu-satu dan letak dalam laci tapi ikut kerajinan seseorang. Paling mudah beli hanger khas untuk tudung, tak perlu lipat kecil-kecil. Nak cari pun senang. Satu lagi, nak iron tudung pun tak banyak kedut dan kesan garis lipatan.

Pin Tajam

Hijabister, hati-hati ye bila pakai tudung jenis shiffon ni. Benang yang lembut dan mudah rosak selalunya disebabkan pakai pin, brooch tajam dan jarum. Pastikan jarum mestilah tajam, tidak karat dan tidak bengkok. Kalau tak kesan cucuk jarum tu merosakkan tudung. Kalau jarum karat pula, kesan karat melekat pada tudung. Ish! Sayang tau.

Bedak Baby

Kegunaan bedak baby adalah untuk hilangkan kesan minyak pada tudung. Tudung jenis shiffon memang akan ada kesan minyak. Bukan minyak makan je, minyak muka atau kesan foundation mesti ada walaupun korang kerja dalam aircond. Caranya, letak baby powder atas kesan minyak pada tudung, biarkan beberapa minit hingga bedak meresap minyak. Lepas tu, korang bolehlah basuh guna tangan!

https://www.sahih.com.my