8 RUMAH MIKRO MENARIK DI DUNIA

Rumah mikro adalah rumah yang berkeluasan kecil umpama gabungan dua tempat parkir kereta dan mengurangkan kepadatan bandar.

Walau bagaimanapun, rumah mikro ini sangat efisien, lengkap dengan keperluan untuk sebuah rumah, mengurangkan penggunaan kawasan untuk membina rumah dan boleh mengamalkan kehidupan yang sederhana.

Kos untuk pembinaan rumah mikro juga tidak memerlukan kos yang tinggi tapi kemudahan dalaman yang lengkap memerlukan belanja yang besar.

Di Malaysia, rumah mikro mungkin jarang dilihat berbanding negara luar.

Mungkin artikel ini membantu penduduk Malaysia membina rumah mikro yang berinspirasikan luar negara dan memberi peluang arkitek serta pereka dalaman menghasilkan idea yang kreatif.

Cabn Jude, Adelaide, Australia oleh Michael Lamprell

Michael Lamprell membina rumah mikro dengan persekitaran semula jadi.

Konsep kabin dalam hutan dan mesra alam lengkap dengan keperluan asas.

Bahagian dalam rumah mikro dilapisi dengan kayu berwarna cerah untuk menonjolkan kesan ruang yang lebih besar, mempunyai tingkap besar untuk pencahayaan dan tingkap yang bersesuaian dengan suhu musim sejuk.

Casa Parásito, San Juan, Ecuador oleh El Sindicato Arquitectura

Rumah kabin berbentuk ‘A’ mampu memuatkan dua orang di bahagian bumbung.

Konsep rumah yang minimalis dilengkapi dengan ruang tamu, dapur, meja makan, bilik mandi, bilik tidur, tempat kerja, tempat menyimpan keperluan yang boleh diakses serta tingkap besar yang membenarkan cahaya masuk ke dalam rumah.

FLEXSE, St Petersburg, Rusia oleh SA Lab

Prototaip rumah mikro yang berkonsepkan moden mempunyai sauna, bilik tetamu dan ketahanan suhu setiap musim.

Dibina daripada bahan dikitar semula. Sesuai dibina di tempat yang kecil, sempit dan juga di atas air.

Ciri utama yang direka adalah atap bersudut untuk mengurangkan salji, bahagian dalam dan luar daripada kayu.

San Juan Tiny House, Colorado, United States oleh Rocky Mountain Tiny Houses

Dibina oleh dua orang peminat rumah mikro yang tinggal di Pergunungan Colorado.

Rumah mikro yang dibina lengkap dengan beranda yang boleh dilipat, khemah yang boleh dilipat menggunakan tenaga solar, pintu inspirasi dari Perancis dan tempat tidur utama yang boleh naik dan turun menggunakan lif.

Unyoked, New South Wales, Australia oleh Fresh Prince

Lari dari kehidupan moden dan sesak, Unyoked menawarkan rumah mikro jauh dari bandar untuk pelancong merasai suasana alam semula jadi dan tenang.

Selain daripada menyediakan rumah mikro serba lengkap, Unyoked mempunyak kemudahan lain seperti meja berkelah, gas dan tempat untuk membakar.

Kedudukan rumah mikro ini terletak di kawasan pergunangan yang tiada pencemaran bunyi.

Pod-iDladla, Johannesburg, South Africa oleh Clara da Cruz Almeida

‘iDladla’ bermaksud tempat saya menyediakan rumah mikro yang sangat strategik yang hanya berukuran 183 kaki persegi.

Pod-iDladla ini boleh dibawa satu tempat ke satu tempat yang lain atau di letakkan di satu lokasi dan disewakan.

Mempunyai ruang studio, loteng yang lengkap dengan tempat tidur di bahagian atas, ruang dapur dan pejabat di bahagian bawah.

Dinding berwarna putih dan hiasan kayu ringkas yang membuatkan ruang lebih luas, selesa dan terbuka.

La Colombière, Quebec, Canada oleh YH2 Architecture

Dulu digunakan sebagai gudang penyimpanan oleh tukang kayu dan kini La Colombière diubah suai menjadi rumah mikro, tempat percutian di dalam hutan.

Bahagian luar rumah mikro berwarna coklat gelap yang sama seperti pokok dan tumbuhan. Bahagian dalam rumah, diwarnakan dengan warna putih.

Glasshouse Treehouse, New York, United States oleh ElevenTwoEleven Design

Glasshouse Treehouse adalah projek DIY oleh pereka dalaman, Christina Salway.

Reka bentuk rumah yang ringkas dan mempunyai ruang kecil seperti tempat kerja, tempat tidur dan ruang rehat.

Persekitaran rumah mikro ini dikelilingi dengan pokok yang menenangkan.

SUMBER: CNN STYLE