4 POKOK HIASAN YANG CANTIK TAPI BERACUN, TIDAK SESUAI UNTUK JADIKAN TAMANAN DALAM RUMAH

Memandangkan ramai yang duduk di kondominium, apartment atau senang cerita rumah bertingkat-tingkat memang tidak ada ruang untuk tanam pokok pada tanah.

Kalau ada pun kecil je, anda perlu menggunakan ruang yang kecil tu sebaik mungkin. Sebab tu, sekarang ramai yang gila-gilakan pokok hiasan dalam rumah.

Selain dapat sejukkan mata, ada elemen semula jadi, kurangkan habuk di rumah dan yang paling penting sangat mudah untuk dijaga.

Tapi hati-hati, ada jenis pokok hiasan yang membahayakan kesihatan. Ya, pokok hiasan dalam rumah juga boleh membahayakan kesihatan anda sekeluarga terutama kanak-kanak. Ada yang boleh bawa maut!

Sebelum membeli pokok hiasan dalam rumah, ketahui jenis pokok hiasan yang beracun dan elakkan membeli.

Anthurium

Cantik, bunga yang unik dan daun melebar tetapi apa yang bahayanya, pokok bunga ini mempunyai racun tahap sederhana.

Anthurium mempunyai Calcium Oxalate yang bahaya kepada manusia dan haiwan. Jika termakan dengan jumlah yang banyak, boleh menyebabkan kematian dan kecederaan yang serious. Nampak cantik, tapi bahaya tau!

Caladium Bicolor

Pokok daun yang membesar secara merumpun dengan ketinggi yang pelbagai memang sesuai di letakkan di dalam rumah kerana tidak memerlukan ruang yang luas, mudah dijaga dan nampak simple.

Tapi anda perlu tahu bahawa pokok jenis ini bahaya kepada kanak-kanak. Jika termakan dengan kuantiti yang banyak, kesan terbakar atau melecur pada mulut dan tekak.

Caladium bicolor juga dikenali dengan nama Calcium Oxalate Crystals dan Asparagine.

Dieffenbachia

Dieffenbachia adalah pokok yang hanya mengeluarkan daun lebar, corak pada daun yang menarik, daun yang tebal, batang pokok berkilat seolah-olah pokok ini nampak seperti plastik dan sentiasa segar.

Sejak beberapa menjak ini, jenis pokok Dieffenbachia sangat popular tetapi sebenarnya pokok ini mengandungi racun Calcium Oxalate tahap sederhana dan mampu memberi kesan sampingan kepada kanak-kanak seperti merosakkan buah pinggang, gastrik dan arteries.

Jenis pokok Dieffenbachia mempunyai nama lain yang popular seperti Zanzibar Gem, Money Plant, Succulent Philodendron, Chinese New Year Festival Plant dan Arum Fern.

Nerium

Jenis pokok ini mempunyai bunya yang mekar mengembang dan membesar di kawasan terbuka, sangat sesuai untuk dijadikan hiasan tepi tingkap tapi awas ya, kandungan racun sangat tinggi.

Nerium Oleander bahaya untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan anda. Elakkan membeli pokok ini jika tiada tempat yang sesuai untuk tanam.

Ingat ya pokok-pokok ini nampak cantik untuk buat hiasan tetapi bahaya untuk penghuni rumah. Pastikan anda buar sedikit kajian mengenai pokok hiasan dalam rumah sebelum membahayakan kesihatan keluarga.

SUMBER: MINGGUAN WANITA