AKAR UMBI UMNO BERI MAKLUM BALAS POSITIF

KUALA LUMPUR: Majoriti akar umbi UMNO memberikan maklum balas positif berhubung keputusan UMNO mempertimbangkan untuk keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), kata Armand Azha Abu Hanifah.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata keputusan malam tadi mencerminkan ketegasan mereka.

Respons majoriti daripada kepimpinan bahagian dan akar umbi cukup positif kerana ketegasan dalam keputusan dibuat oleh UMNO,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Semalam, Biro Politik UMNO mengumumkan parti itu mempertimbangkan menarik diri daripada menyokong gabungan PN dan akan mengenakan syarat baru jika ingin terus bekerjasama.

Parti itu juga mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar gabungan itu didaftar segera sebagai parti politik sah.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros menyifatkan keputusan itu seperti rahsia terbuka kerana sokongan parti itu selama ini hanya merugikan mereka.

Sumber: Malaysiakini