8 MUZIUM ANEH SELURUH DUNIA

Muzium adalah bangunan yang menyimpan barang, khazanah sejarah purba yang mungkin tidak dapat ditemui lagi. Muzium adalah tempat yang penting untuk menyimpan sejarah dan ditugaskan untuk menjaga setiap koleksi dengan baik.

Siapa suka pergi muzium? Di Malaysia banyak muzium yang boleh anda kunjungi. Tapi di luar negara mempunyai muzium pelik dan menakjubkan untuk dilawati. Selain daripada sejarah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, terdapat juga muzium yang terbuka untuk kunjungan sebagai memperingati. Jom tengok muzium apa yang pelik!

Museum-Body
Pernah terfikir tak nak ‘masuk’ dalam badan manusia? Muzium badan membawa pengunjung meneroka sistem badan manusia. 35 timetrovaya besar tubuh badan manusia yang membolehkan pengunjung melihat sistem rangkaian dalam badan bermula dari kaki dan berakhir dengan neural otak. Pengunjung boleh menyentuh organ yang ada. Selain itu, bunyi dan bau juga diwujudkan untuk menambah suasana real dalam badan.

Glore Psychiatric Museum
George Gloor pekerja hospital psikiatri mula mengumpul alat perubatan yang digunakan untuk merawat. Pada masa yang sama, George Glore juga mengumpul ‘alat ciptaan’ pesakit mental untuk mengurangkan penderitaan pesakit.

Science Museum of Minnesota
Muzium ini menyediakan alat perubatan yang meragukan. Pengunjung boleh melihat alat perubatan yang tidak masuk akal dan tidak dapat disahihkan secara formal. Sehingga kini ada beberapa alat yang masih berfungsi.

International UFO Museum and Research Center
Muzium Kajian UFO yang bertempat di New Mexico. Pengunjung boleh melihat makluk asing atau alien dan UFO yang ditemui oleh tentera pada 1947. Pengunjung juga boleh melihat budaya kuno dan maklumat penculikan orang asing. Setiap tahun muzium ini mengadakan festival UFO, pertunjukkan pakaian dan cerita UFO.

Teddy Bear Museum
Muzium Patung Beruang yang terletak di Pulau Jeju, Korea mempamerkan koleksi patung beruang dari seluruh dunia. Pelbagai jenis patung beruang berasal daripada setiap negara telah dipamerkan di muzium ini.

Sulabh International Museum of Toilets
Muzium Tandas, New Delhi, India. Dr. Bindeshwar Pathak mempamerkan koleksi tandas dari pelbagai zaman. Setiap koleksi yang berada dalam muzium tersebut mempunyai sejarah tersendiri.

Museum Wacky Creations
Ciptaan atau karya yang tidak menjadi dibuang begitu sahaja. Muzium ini mengumpul bahan yang tidak dapat ‘dijual’ oleh pencipta. Antara rekaan yang dicipta adalah melukis pada kepala pin yang memelurkan mikroskop untuk melihat lukisan tersebut.

SPAM Museum
Spam yang dimaksudkan adalah sosej dalam tin. Muzium ini terletak di Austin, Minnesota. Pelbagai jenis pameran jenama Spam yang melebihi daripada 3400 tin. Pengunjung dapat melihat semua iklan jenama tersebut.