11 Saat Tukar Baju Untuk Kuasa Cintamu Siti Nurhaliza

‘Kuasa Cintamu’ lagu terbaru dari Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat tontonan sebanyak 783,165 di YouTube. Lirik lagu hasil ciptaan sendiri oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Melly Goeslaw berjaya mencuri perhatian netizen terutama Sitizoners.

Apa yang istimewa mengenai lagu ini adalah mengambarkan kisah hidup Siti dari kecil hingga berkahwin dan dikurniakan seorang puteri, Siti Aafiyah Khalid.

Lagu ini mempunyai lirik yang mendalam dan penuh emosi. Bukan hanya kasih cinta terhadap pasangan malah ia juga dituju kepada Tuhan, ibu bapa dan keluarga.

Pengarah muzik video ‘Kuasa Cintamu’, Adriana Tunku berjaya menghasilkan rakaman secara one take shot atau one taker.

Melalui akaun Instagram Siti, @ctdk mengatakan muzik video ini adalah pengalaman pertama beliau menggunakan konsep begini di mana beliau perlu memakai dua lapis pakaian dan anak tudung kerana perlu menukar pakaian dalam masa 11 saat.

Ramai tertanya-tanya cara Siti menukar pakaian dan tudung dari warna kuning ke warna merah.

Penggambaran muzik video tanpa henti memerlukan perancangan yang sangat teliti supaya penonton tidak menyedari apa yang berlaku di sebalik tabir.

Untuk mendapatkan video yang sempurna Siti dan krew melakukan merakam beberapa kali walaupun berlaku sedikit kesalahan.

Siti Aafiyah juga membuat penampilan khas dalam muzik video ini.

Jangan lupa saksikan di sebalik tabir muzik video Kuasa Cintamu di channel YouTube Siti Nurhaliza!