KENAPA JOGGING WAKTU PAGI LEBIH BAIK BERBANDING PETANG?

Jogging atau berlari perlahan antara senaman yang menjadi pilihan ramai. Selalunya ramai yang jogging waktu petang, yelah waktu petang je ada masa free dan tenang untuk mengeluarkan peluh. Pagi-pagi perlu bersiap untuk pergi kerja.

Ada juga sesetengah orang suka jogging waktu pagi, katanya barulah rasa cergas dan bersedia untuk meneruskan hari hingga petang nanti.

Tak semua orang banyak waktu pada waktu pagi untuk jogging. Tak kisahlah jogging pagi ke petang ke janji anda mengeluarkan peluh dan bersenam setiap hari, barulah sihat!

Tapi sebenarnya ada kelebihan kalau anda jogging pada waktu pagi. Nak tahu apa? Jom baca artikel ini sampai habis!

Udara Segar Dan Bersih

Keluar selepas solat Subuh! Anda akan rasa udara yang sejuk dan tenang. Angin dingin yang dihembus membuatkan anda rasa segar dan bertenaga sepanjang jogging.

Matahari pun baru nak terbit, cahaya yang samar-samar akan membuatkan anda setiap hari dapat melihat sunrise yang cantik.

Dapat Vitamin Semula Jadi

Sebelum mulakan hari anda, dapatkan vitamin semula jadi dengan jogging. Cahaya matahari pada awal pagi membekalkan vitamin D yang tinggi.

Apa kepentingan vitamin D ni? Ia menguatkan tulang, menyerapkan kalsium lebih baik dan dapat mengurangkan tekanan.

Tak Ramai Orang

Waktu pagi, tak ramai yang jogging. Anda tidak akan berada di kawasan yang sesak sebab taman tak ada orang!

Secara automatik, anda akan menjaga SOP yang ditetapkan. Bebas berlari dan melakukan aktiviti senaman kegemaran anda.