Tidak Tahu Menggunakan Gear Rendah Untuk Kereta Auto? Jom Tengok Cara Penggunaan Gear Rendah Yang Betul

Sekarang jarang sangat orang guna kereta gear manual, walaupun ada tapi mungkin jumlah pengguna sedikit berbanding gear automatik.

Ada yang mahir ‘bermain’ dengan gear rendah automatik, ada juga yang hanya menggunakan gear D untuk sepanjang perjalanan.

Perkara asas yang anda perlu tahu mengenai gear automatik adalah menggunakan gear rendah membantu prestasi kereta lebih tahan lama dengan memaksimumkan kecekapan pengunaan minyak dan tingkatkan kuasa enjin.

Gear rendah adalah gear pertama dalam sistem transmisi automatik. Fungsi gear tersebut untuk perlahankan enjin dengan menghasilkan tork lebih tinggi.

Apabila pemandu menggunakan gear rendah, bermakna transmisi akan beralih dan menghasilkan had laju lebih rendah, lebih tork dan lebih kuasa kepada enjin.

Gear L pada kereta automatik adalah singkatan bagi ‘Low‘ atau ‘rendah’. Apabila pengguna menggunakan gear L, kereta akan berapa pada tahap paling rendah transmisi.

Jom tengok beberapa situasi yang pengguna boleh menggunakan gear rendah.

Semasa ‘Towing‘ Atau Kereta Tunda

Semasa kereta ditunda, letakkan gear pada gear rendah untuk menghasilkan lebih banyak kuasa enjin dan memudahkan kereta tunda untuk menarik kereta.

Semasa Turun Bukit Curam

Elak gunakan brek untuk perlahankan kenderaan anda semasa turun bukit kerana akan menyebabkan brek menjadi panas dan berisiko berlaku brek gagal berfungsi.

Gunakan gear rendah untuk mengalihkan tekanan tinggi daripada brek. Walaupun masih perlu menekan brek tetapi sistem brek tidak mudah rosak dan akan melakukan proses perlahankan kereta.

Semasa Menaiki Bukit Curam

Sering rasa kereta ‘berat’ ketika menaiki bukit. Gunakan gear rendah untuk mengangkut beban.

SUMBER: MAJALAH REMAJA