MENYESAL BUKA BOUQUET LUAR RUMAH, HABIS DUIT PUN TERBANG MELAYANG

Kiriman hadiah kejutan untuk orang tersayang memang jadi trend, lagi-lagi pada musim pandemik sekarang.

Disebabkan tak boleh rentas negeri untuk sambut hari istimewa bersama, cukup sekadar kiriman hadiah sudah memadai.

Perkhidmatan penghantaran bunga, kek, coklat dan macam-macam lagi mendapat permintaan tinggi.

Selain dapat membantu perniaga untuk survive, dapat juga menggembirakan hati penerima tanda ingatan dari jauh.

Siapa tak suka dapat surprise, nak pula hadiah yang diterima itu adalah berbentuk duit!

Tular sebuah video, seorang kanak-kanak menerima kejutan belon yang berisi duit dapat perhatian ramai.

Menerusi akaun Twitter @iNerd__ berkongsi video seorang kanak-kanak perempuan yang membuka ikatan reben pada belon di luar rumah dan belon terbang bersama duit!

Dengan keadaan begitu pantas, kanak-kanak tersebut tidak sempat mencapai duit yang terbang bersama belon.

Video ini menjadi tular sehingga dapat Retweets sebanyak 12k dan 11k Likes.

Ekspresi kanak-kanak tersebut yang terlalu excited dapat kejutan, terus membuka reben di depan rumahnya.

Kelihatan dia cuba untuk mencapat duit yang terbang ke atas tetapi tidak berjaya.

Pelbagai reaksi netizen di ruangan komen yang terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Macam-macam perasaan yang netizen luahkan selepas melihat duit terbang begitu sahaja.

Pengajaran yang kita dapat di sini adalah jika dapat kejutan, pastikan buka dalam rumah. Takut ada duit terbang lagi. Menangis!

Untuk adik, mungkin ada rezeki yang lebih baik sempena hari kelahiran tahun depan. Harap bersabar ye!