5 Cara Lelaki Confess Pada Perempuan, Yang Last Sekali tu Hati-Hati Ya!

Hye girls! Nak tanya korang lagi suka lelaki confess atau korang yang confess dulu? Atau tak kisah mana-mana janji dapat luahkan perasaan. Okay jom tengok jenis-jenis cara lelaki untuk bagitahu perasaan dia terhadap seseorang. Ada yang senang dan ada juga yang susah nak luahkan.

Setiap lelaki ada cara tersendiri. Tak semua sama, ini hanya rujukan dan andaian sahaja. Manalah tahu, terkena dekat batang hidung sendiri. Tapi yang last tu bahaya sikit, korang kena hati-hati takut kecewa pula nanti.

Lelaki Jenis Normal

Lelaki normal atau yang biasa kita jumpa. Kalau nak confess yang dia suka kita, dia akan buat cara halus tapi jelas. Contohnya, dia akan Whatsapp selalu, tanya khabar, tanya dah makan ke belum. Lepas tu ajak keluar, belanja makan atau tengok wayang. Dari situ korang akan tahu niat dia. Tapi tunggulah dulu, bagi dia masa. Korang pun fikirlah elok-elok, sesuai ke tidak.

Lelaki Jenis Straightforward

Lelaki jenis macam ni paling mudah, terus-terang dan relax. Dia juga jenis terima apa sahaja keputusan yang korang bagi. Kalau korang respon positif, dia akan suka dan teruskan langkahnya. Kalau kena tolak, dia masih lagi okay tapi mungkin kurangkan layanan untuk tidak berharap. Mudahkan? Hidup lelaki macam ni lebih simple.

Lelaki Jenis Slow Motion

Bukan lembab cuma tindakan agak slow. Mungkin dia terlalu banyak berfikir atau takut atau malu. Banyak sangat ‘atau’ sampai tak ada tindakan. Tapi lelaki jenis macam ni bukan dia tak nak luahkan perasaan tapi dia hanya bagi signal je dan mengharapkan korang faham. Lelaki jenis macam ini, langkah paling mudah untuk luahkan perasaan adalah dengan bantuan orang ketiga. Sama ada dia minta tolong kawan dia untuk bagitahu korang atau dia akan bagitahu kawan korang tentang perasaan dia. Complicated sikit tapi itu yang mampu dia buat.

Lelaki Jenis Pemalu

Yang ni memang susah. Bukan jenis pemalu yang sikit tapi terlalu menebal dalam diri. Cara dia adalah, ‘usha’ je perempuan yang dia suka tu sampai dia sendiri melepas. Maknanya, dia takkan confess pada orang yang dia suka tu. Kalau korang suka pada lelaki jenis pemalu ni, korang kena bertindak pantas. Terus terang dan terima keputusan dia dengan hati yang terbuka.

Lelaki Jenis Buaya

Yess! Playboy, girls. Korang faham-faham jela cara dia. Mulut manis, handsome lain macam sikit. Hati-hati tau. Lelaki jenis ini akan terus terang tapi dalam keadaan berlapik. Contoh ayat yang biasa playboy guna, ‘kenapalah i jumpa you lambat, kalau tak mesti kita dah bercinta’. Haa nampak tak, dia bagitahu dia suka tapi macam ada something yang menghalang. Sebab apa? Sebab dia ramai lagi scandal yang dia kena jaga. Careful, okay?