Hampir Dua Tahun, Australia Buka Sempadan Antarabangsa Untuk Pelancongan

Hampir dua tahun menutup sempadan untuk pelancong antarabangsa, Australia menyambut ketibaan pelancong Isnin lalu.

Walaupun kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat, sempadan antarabangsa Australia dibuka semula kepada pelancong yang sudah melengkapkan vaksin.

Negara itu melaporkan lebih 15,000 kes dan 17 kematian.

Selepas pembukaan sempadan antarabangsa, 56 penerbangan mendarat di Australia dalam masa 24 jam.

Menteri Persekutuan untuk Perdagangan, Pelancongan dan Pelaburan, Dan Tehan berada di lapangan terbang antarabangsa Sydney pada Isnin ketika ketibaan penerbangan pertama mendarat.

Pengerusi Forum Pemimpin Pelancongan Wilayah Canberra, David Marshall berkata industri pelancongan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk pulih daripada virus COVID-19.

SUMBER: BERNAMA