SUU KYI LANGGAR UNDANG-UNDANG IMPORT /EKSPORT
SUU KYI LANGGAR UNDANG-UNDANG IMPORT /EKSPORT
YANGON: Mahkamah Myanmar menuduh pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi melanggar undang-undang import dan eksport, kata jurucakap Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) hari ini.
GAMBAR IHSAN AFP
“Kami mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa mahkamah Dakhinathiri telah memberikan reman 14 hari dari 1 Februari hingga 15 Februari terhadap Daw Aung San Suu Kyi atas tuduhan melanggar undang-undang import/eksport,” tulis Kyi Toe, pegawai akhbar NLD di laman Facebook rasminya, lapor AFP.
Beliau juga menyatakan Presiden Win Myint, yang juga ditahan oleh tentera dalam rampasan kuasa Isnin lalu, telah didakwa di bawah Undang-Undang Pengurusan Bencana Kebangsaan.