SIASATAN PENDAKWAH SELEBRITI DISAMBUNG
POLIS PETALING JAYA TERIMA LAPORAN MANGSA LAIN LIBATKAN PENDAKWAH SELEBRITI
PETALING JAYA: Polis akan memulakan siasatan terhadap pendakwah selebriti yang sebelum ini ditahan atas dakwaan merogol susulan laporan kes rogol, cabul dan seks luar tabii yang dibuat terhadapnya, di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek yang sebelum ini disiasat oleh polis Shah Alam akan diserahkan kepada pihaknya pula bagi siasatan kes di daerah ini.
“Suspek akan berada dalam tahanan kita sebaik tempoh tahanan reman ke atas suspek oleh Polis Shah Alam tamat hari ini dan permohonan reman baharu terhadapnya akan dibuat esok.
Dalam kejadian 22 Oktober lalu itu, mangsa diajak keluar makan malam oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam sebelum diajak ke sebuah rumah di Damansara Perdana dan dirogol.
GAMBAR HIASAN
“Ini bagi membolehkan kita menjalankan siasatan berhubung dua laporan membabitkan kes rogol dan cabul serta seks luar tabii yang kita terima sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Seperti yang dipetik dari BH Online, sebelum ini melaporkan Polis Petaling Jaya menerima dua laporan polis terhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol dan satu lagi atas dakwaan cabul dan seks luar tabii.
Kes rogol dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.
Kes kedua berkaitan cabul dan seks luar tabii (seks oral) pula dilaporkan seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi pada 17 Oktober lalu, wanita itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.
Semasa di rumah suspek, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral.
Seperti yang dilaporkan terdahulu, seorang pendakwah selebriti ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.
Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 November selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Berdasarkan laporan mangsa yang berusia berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu.
Suspek direman lima hari bermula 27 November lalu bagi membantu siasatan sebelum tempoh reman dilanjutkan lima hari lagi sehingga hari ini.