SANITASI PENJARA POKOK SENA
Berita Nasional
SANITASI PENJARA POKOK SENA
ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah melakukan sanitasi awam di Penjara Pokok Sena, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata proses itu membabitkan Blok Rotan, Blok Batik, bilik gerakan dan makmal.
Beliau berkata, operasi dilakukan hampir satu jam bermula jam 5 petang hingga 5.50 petang.
“Operasi membabitkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena yang dipantau Ketua BBP Pokok Sena, Azrul Musa.
“Kawasan yang disanitasi membabitkan keluasan 10,400 kaki persegi menggunakan cecair bahan kimia iaitu sodium hypoclorite,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Penjara Pokok Sena masih dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan kakitangan dan kuarters yang bermula 11 Oktober hingga 24 Oktober ini.
Sumber : BH Online