RONDAAN, TINJAUAN DI SUNGAI LEMBING
KUANTAN: Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota melakukan tinjauan dan rondaan di sekitar pekan Sungai Lembing yang dilanda banjir kilat awal pagi tadi.
Tinjauan kira-kira jam 10 pagi itu adalah bagi memantau keadaan semasa paras air sungai dan kemungkinan berlaku masalah mendapan tanah di sepanjang laluan dari pekan Sungai Lembing ke kawasan sekitar.
PEMANTAUAN PARAS AIR SUNGAI DI PEKAN SUNGAI LEMBING OLEH JBPM PAHANG, POLIS DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA/FACEBOOK
Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota diberi tanggung jawab memantau situasi semasa di kawasan pekan berkenaan.
Turut menyertai rondaan dan tinjauan itu adalah pegawai dan anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Awal pagi tadi, pekan Sungai Lembing dinaiki air sehingga 0.5 meter berikutan hujan lebat di hampir keseluruhan kawasan di daerah Kuantan.