Penunggang motosikal maut terpelanting
Penunggang motosikal maut terpelanting
BENTONG: Seorang pemuda pekerja di sektor minyak dan gas di Sarawak maut apabila motosikalnya terbabas di kilometer 42.3 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak pada jam kira kira 2.15 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian itu, lelaki yang berusia 32 tahun itu adalah dalam perjalanan dari Bukit Tinggi apabila motosikalnya hilang kawalan di kilometer 42.3.
Hasil siasatan awal pihak polis mendapati motosikal tersebut dari Bukit Tinggi menghala ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan di satu selekoh lalu melanggar belakang sebuah kereta Perodua Myvi.
” Kemudian motorsikal bergerak ke kiri melanggar penghadang besi belakang tayar kanan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit, katanya.
Beliau berkata,akibat kemalangan tersebut, mangsa, Abd Fatah Syukri Abd Ghani telah terpelanting jatuh di tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)
Zaiham meminta kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, Bentong, Asisten Superitenden Zulkifli Yahya, di talian 09-2222222. – SAHIH
”