PENUNGGANG MAUT TERPERESOK BAWAH VAN
PENUNGGANG MAUT TERPERESOK BAWAH VAN
JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal berusia 39 tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Skudai Lama, Taman Tampoi Indah, di sini malam semalam.
Penunggang motosikal KTM Duke 250 yang maut itu tersepit di bahagian bawah van berkenaan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Nazarudin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 10.24 malam, semalam.
“Setibanya di lokasi, didapati penunggang motosikal itu terperesok di bahagian bawah van dan pasukan Bomba dan penyelamat menggunakan berkenaan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.
“Namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan yang tiba di situ,”katanya.
Katanya, seramai 12 pegawai dan anggota beserta tiga buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian, pemandu van tidak mengalami kecederaan.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,”katanya.-SAHIH.