PENGARAH JBPM PAHANG BERJAYA TAMAT PHD
PENGARAH JBPM PAHANG BERJAYA TAMAT PHD
KUANTAN: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, PKPjB Ir. Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berjaya menamatkan pengajian dalam peringkat ijazah doktor falsafah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.
Timbalan Pengarah JBPM, PPjB Mohd Zahar Abdullah dan anggota mengucapkan setinggi tahniah kepada Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa atas kejayaan beliau menamatkan pengajian itu yang membawa gelaran doktor.
“Seluruh warga JBPM Negeri Pahang yang melahirkan rasa bangga dan bersyukur atas kejayaan beliau, semoga dengan kejayaannya dapat membawa kejayaan yang lebih unggul untuk jabatan dan dalam masa yang sama memberi semangat kepada seluruh pegawai-pegawai muda untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.-SAHIH