Pegawai RTM antara 2 maut dalam kemalangan libat 3 kenderaan
Pegawai RTM antara 2 maut dalam kemalangan libat 3 kenderaan
LIPIS – Pegawai Radio dan Televisyen (RTM) di Angkasapuri antara dua maut dalam kemalangan yang turut melibatkan 3 kenderaan yang berlaku di KM 18, Jalan Benta-Lipis, dekat sini, pada jam 1.40 tengah hari, hari ini.
Dua yang maut itu, pegawai RTM, Mohd Zubairi Abdullah (47) beralamat di Tumpat, Kelantan yang memandu MPV dan pemandu lori, Chang Kai Meng (58) dari Bentong meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebuah lagi kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 26 tahun dari Raub yang memandu pacuan mepat roda turut terlibat dalam kemalangan itu terselamat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati pemandu MPV bersama anaknya dan seorang anak saudaranya yang datang dari arah Lipis menghala ke pekan Benta dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
“Tiba di tempat kejadian, MPV tersebut merempuh sebuah lori secara berhadapan, kemudian tiba kenderaan pacuan empat roda dari arah pekan Benta ke Lipis turut merempuh belakang lori dari arah belakang.
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu MPV dan lori telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kementerian kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, 5 penumpang MPV dan seorang kelindan lori cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Lipis.
“Post Mortem akan dijalankan ke atas pemandu MPV dan lori selepas keputusan ujian swab Covid-19 diperolehi.
“Tempat kejadian adalah jalan lurus. sistem jalan satu lorong dua haladan garisan berkembar sebagai pembahagi jalan serta berturap tar, bahu jalan berturap dan permukaan jalan rata dan keringns erta cuaca baik semasa sampai di tempat kejadian.
Katanya, kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika memandu.-SAHIH.