Lima stesen di Sungai Tembeling dan Sungai Pahang catat paras air melebih paras biasa
JERANTUT – Stesen Sungai Tembeling di Kuala Tahan mencatatkan bacaan melebihi paras biasa iaitu 61.26 meter melebihi paras biasa 60 meter.
Manakala Stesen Sungai Tembeling kedua di Kuala Tahan turut mencatat 53.41 meter melebihi paras biasa 52 meter.
Stesen di Kampung Merting mencatatkan 53.41 meter mengatasi paras biasa 52 meter dan Stesen Sungai Yap mencatatkan bacaan 44.69 meter melebihi paras biasa 44 meter.
Begitu juga Stesen di Jerantutt Feri paras becaan semasa 41 meter mengatasi 41 meter.
Sumber : https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/data-paras-air/?state=PHG&lang=en
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seramai 162 peserta berkhatan gembira dan terima kasih kepada kerajaan Pahang.
LIPIS : Seramai 162 orang kanak-kanak di Lipis gembira dan bersyukur kerana kerajaan negeri Pahang turut membantu meringankan mereka untuk berkhatan sempena cuti sekolah yang bermula hari ini.
Murid Tahun Tiga, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Yon, Tuan Mohamad Amir Ruzaimi Tuan Kechik, 11, berkata, dia tidak berasa gentar dan takut kerana dapat berkhatan beramai-ramai bersama rakan malahan lebih teruja kerana program itu meriah turut dihadiri Menteri Besar Pahang dan ditemani ramai ibu bapa.
Datuk Seri Wan Rosdy menyiram air kepada peserta berkhatan yang diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Felda Sungai Koyan dekat sini hari ini.
“Sebelum berkhatan, kami menerima sumbangan Menteri Besar Pahang yang memberikan kata semangat dan meminta belajar bersungguh.
“Saya sudah bersedia untuk berkhatan dan bersemangat untuk belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dan akan bersedia menghadapi masa akan datang.
Rakannya, murid Tahun Empat SK Kampung Keledek, Muhammad Airil Danish Sani, 10, pula berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana membantu membiayai pengurusan berkhatan berkenaan.
“Bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan ibu bapa saya khususnya membuat persiapan persekolahan keluarga kami tahun depan.
“Majlis berkhatan beramai-ramai itu dapat memberikan semangat dan motivasi kepada kami sekali gus menghilangkan perasaan takut sesetengah rakannya yang lain,” katanya.
Katanya, dia dan rakan-rakan lain berterima kasih kepada kerajaan negeri yang mengadakan program seperti itu sekali gus meringan perbelajaan ibu bapa masing-masing.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Remaja lelaki 14 tahun dikhuatiri lemas di tali air Indera Sempurna
KUANTAN : Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas di kawasan tali air di Lorong Indera Sempurna 2, Perkampungan Indera Sempurna, dekat sini dan disedari berlaku kira-kira pada jam 4.00 petang, hari ini.
Penyelia operasi balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Kuantan, Razali Jusoh melaporkan mangsa tersebut dikhuatiri lemas semasa mandi bersama enam orang rakannya yang lain.
“Seramai 11 anggota memulakan operasi dengan membuat pencarian dan pemantauan di sekitar kawasan mangsa dikhuartiri lemas.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini dihentikan pada jam 8.00 malam dan pencarian akan dilakukan esuk pada jam 8.00 pagi esuk,” katanya.
Katanya 3 jentera seperti LFRT gantian , kenderaan pacuan empat roda dan RRV turut digunakan dalam operasi tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JENGKA – Cuaca tidak menentu sejak awal minggu ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak, terutamanya penduduk.
Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata sebagai persiapan awal berdepan musim tengkujuh, penduduk dinasihatkan agar peka dengan keadaan sekeliling mereka.
“Seperti tahun sebelum ini, saya sentiasa mengingatkan penduduk supaya berwaspada dan mengambil tindakan sewajarnya semasa musim tengkujuh.
“Ini termasuklah membuat persiapan dari segi bekalan makanan dan penyediaan pusat pemindahan sementara (PPS) yang bersesuaian.
“Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlu simpan dan bawa bersama ubat jika diarahkan berpindah ke PPS,” katanya.
Dia turut meminta penduduk untuk menyalurkan maklumat segera kepada jawatankuasa pengurusan bencana FELDA Wilayah Jengka jika kawasan mereka dinaiki air.
Katanya, ia adalah bagi memudahkan tindakan segera dan bantuan disalurkan.
“Begitu juga dengan dokumen penting perlu disimpan di tempat selamat atau kalau perlu, bawa bersama sekiranya keadaan banjir semakin membimbangkan.
“Kami bagi pihak jawatankuasa pengurusan bencana FELDA Wilayah Jengka akan berusaha menyalurkan bantuan kepada semua penduduk,” katanya lagi.
Razak turut menasihatkan penduduk supaya memantau anak mereka bagi mengelak daripada berlaku kejadian tidak diingini.
“Jauhi kawasan punca elektrik dan jangan terlalu seronok bermain air hujan.
“Kita tak tahu apa yang mungkin berlaku jadi daripada mengambil risiko, kita cuba elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan bahaya,” katanya.
Razak bagaimanapun berharap supaya keadaan cuaca kembali baik dalam masa terdekat dan meminta semua penduduk untuk sama-sama berdoa supaya dijauhkan daripada musibah banjir.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mayat kanak-kanak 5 tahun dikhuatiri lemas di Rompin ditemui hari ini
ROMPIN: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dikhuatiri lemas pada Isnin di Perkampungan Banjir Kampung Sepayang berdekatan sebuah tadika, ditemui pada jam 5.30 petang, hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin , Hasrul Nizaruddin Hussin melaporkan seramai 10 anggota bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
“Operasi menyelamat dan mencari (SAR) dilakukan di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.
“Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 4 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh hari ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Selepas lima tahun bertugas sebagai pegawai agama di FELDA Wilayah Jengka, Ustaz Muhammad Shahril Mohd Salleh ditukarkan ke FELDA Wilayah Gua Musang, Kelantan, mulai tahun depan.
Pertukaran pegawai agama disenangi warga FELDA Wilayah Jengka itu sudah pasti akan meninggalkan seribu satu kenangan kepada penduduk.
Ustaz Muhammad Shahril mula ditugaskan di pejabat agama FELDA Wilayah Jengka sejak Julai 2018.
Bagi Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud, pertukaran itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan memandangkan Ustaz Muhammad Shahril adalah penjawat awam.
“Sebagai penjawat awam, memang kita terikat dengan arahan pihak atasan.
“Apa pun, kita sangat terhutang budi dengan segala jasa baik beliau sepanjang bersama kami di FELDA Wilayah Jengka.
“Banyak program diatur dan dijayakan ustaz Muhammad Shahril sepanjang lima tahun di sini,” katanya.
Razak berkata, antara program yang pernah dianjurkan bersama antara FELDA Wilayah Jengka dan ustaz Muhammad Shahril adalah sambutan Maulidur Rasul peringkat FELDA Jengka 14 dan membantu masjid FELDA Jengka 19 hingga muncul juara peringkat Kebangsaan.
Katanya, kerjasama paling meninggalkan kesan kepada warga FELDA Wilayah Jengka adalah siri jelajah ke bumi Kemboja yang adakan tahun ini.
“Saya mewakili warga FELDA Wilayah Jengka merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ustaz Muhammad Shahril dan semoga beliau terus berjaya di tempat baru,” katanya. —SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKOA Pahang nafikan harimau kumbang baham orang Asli di Lanchang
TEMERLOH: Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) Pahang menafikan kejadian seorang lelaki orang Asli di Lanchang dibaham harimau kumbang yang menyebabkan mangsa cedera parah di kepala semalam.
Pengarahnya, Johari Alwi berkata, tiada laporan kejadian sedemikian diperkampungan Orang Asli di situ termasuk seluruh negeri ini.
Beliau mengakui terkejut dengan laporan itu yang dipetik dari siaran tular di Facebook yang didakwa berlaku di tapak pertanian Kampung Teris, Lanchang, Temerloh.
” Siasatan JAKOA Pahang gambar mangsa yang cedera parah dikepala adalah gambar lama yang dikitar semula.
” Daripada kejadian itu berlaku di kawasan kampung Pos Perwor Perak iaitu kira kira dua tahun yang lalu, ” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.
Tambah beliau, maklumat yang diperolehi batin kawasan itu memaklumkan mangsa diserang harimau kumbang ketika mencari kayu untuk membuat rumah.
Bagaimanapun ujarnya, mangsa sempat membunuh harimau kumbang kumbang yang menyerangnya dengan menggunakan parang.
” Kejadian itu kisah lama yang disiarkan secara pusingan oleh facebook seolah-olah baru berlaku semalam.
Bagaimanapun beliau menasihatkan masyarakat Orang Asli yang mencari rezeki di kawasan rayau perlu berwaspada dan mesti berada dalam kumpulan semasa di hutan,” katanya.
Beliau berkata, kejadian sedemikian perlu dijadikan peringatan kepada komuniti Orang Asli yang terdedah dengan sebarang kemungkinan diserang haiwan liar.
Menurutnya, komuniti diserang haiwan liar seperti gajah, harimau dan beruang menjadi asam garam kehidupan Orang Asli. Bagaimanapun keselamatan dan nyawa perlu diutamakan.
Menurutnya, kejadian harimau membaham tiga mangsa di Gua Musang, Kelantan wajar dijadikan peringatan kepada semua pihak terutama ketika berada di kawasan habitat haiwan berkenaan- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Selepas kira-kira empat bulan kerusi DUN Pelangai kosong, minggu lalu kekosongan itu diisi secara rasmi.
Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi PRK Pelangai pada awal Oktober lalu mengangkat sumpah sebelum sidang DUN Pahang bersidang di hadapan Speaker, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Amizar ketika perbahasan Belanjawan Pahang 2024 mengambil peluang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat di Pelangai.
Dia turut membangkitkan isu yang perlu diberi perhatian kerajaan Pahang di kawasan diwakilinya itu.
Antara isu berkenaan adalah pelaksanaan projek Central Spine Road menghubungkan Simpang Pelangai dan pekan Karak.
Selain itu, dia juga meminta kemudahan bekalan elektrik dinaik taraf di beberapa kawasan dalam kawasan Pelangai.
“Begitu juga dengan inisiatif kerajaan Pahang – Skim Tanah Rakyat (STR) diharapkan dapat diperluaskan dan dilaksanakan di FELDA Chemomoi, Kemasul dan Kemahal.
“Dalam masa sama, kerja naik taraf dan memulihan bekalan seperti air bersih, liputan internet dan telekomunikasi, sistem perparitan antara yang menjadi perhatian saya untuk penggal pertama sebagai wakil rakyat,” katanya.
Amizar turut berhasrat memajukan lagi sektor agro pelancongan di kawasan Pelangai yang sememangnya berpotensi untuk menjadi tarikan utama pelancong ke kawasan itu.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki warga Indonesia mati tertimbus kejadian tanah runtuh
LIPIS : Seorang lelaki warganegara 28 tahun maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Berembang, Ladang Jerekoh, dekat sini, pada jam 11.10 pagi, hari ini.
Komander operasi, Ariffa Mamat melaporkan, mangsa yang tertimbus, Khairul Anam berjaya dikeluarkan oleh rakan sekerja mangsa dengan menggunakan jentera berat ‘excavator’.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Seramai 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis tiba di tempat kejadian turut membantu mengeluarkan mangsa.
“Anggota bomba turut membuat pemeriksaan kawasan di tempat kejadian bagi memastikan kawasan tersebut selamat dan operasi diserahkan kepada pihak polis tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Rosalina Sabarin (tengah) mencabut undi untuk menyertai acara sukaneka yang turut membabitkan warga emas.
Rosalina Sabarin (tengah) mencabut undi untuk menyertai acara sukaneka yang turut membabitkan warga emas.
JKSP Hospital Sultan Idris santuni PJMM
Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, memilih untuk mengadakan program Hari Keluarga di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), baru-baru ini.
Pusat jagaan itu dipilih sebagai satu keperluan seorang pesakit di hospital kerana keadaan itu dapat diamati apabila bersama warga emas di PJMM yang uzur serta bergantung kepada peralatan kesihatan.
Ketua JKSP hospital itu, Rosalina Sabarin, berkata kalau di hospital, mereka akan melakukan tugas antaranya meneliti keperluan pesakit yang mendapatkan rawatan dari segi peralatan kesihatan bersesuaian dengan mereka untuk digunakan.
Warga emas, sukarelawan dan kakitangan JKSP turut menyertai senam zumba yang diadakan pada Hari Keluarga itu.
“Penelitian itu akan membabitkan banyak perkara termasuklah penyakit yang dihidapi, kemampuan untuk berdikari, bergerak, kawasan atau tempat digunakan dan sebagainya supaya peralatan yang disediakan mampu digunakan.
“Mereka boleh memberi tunjuk ajar atau membimbing warga emas terbabit cara yang betul menggunakan peralatan kesihatan seperti kerusi roda supaya tidak menjadi bebanan apabila hendak bergerak ke satu-satu tempat,” katanya.
Sementara itu seorang kakitangan JKSP yang ditemui, Aidah Jaamat, berkata program itu bukan semata-mata Hari Keluarga, ia juga sebagai tempat untuk berkongsi pengalaman pengurusan warga emas yang uzur kerana tidak jauh berbeza dengan menyantuni pesakit di hospital.
“Setiap kakitangan JKSP juga tidak dapat mengelak pelbagai karenah pesakit apabila membuat perincian peralatan kesihatan yang mereka perlu gunakan supaya tidak memberi kemudaratan kepada penyakit dihidapi.
“Di PJMM itu sambil kakitangan bergembira pada Hari Keluarga juga berpeluang melihat lagak serta pelbagai gaya warga emas menggunakan peralatan kesihatan terutamanya kerusi roda atau tongkat untuk membantu mereka lancar bergerak,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!