Foto atas : Pasukan PPD Petaling Perdana muncul juara PSKPP Tradirama 2023 di SMK Cyberjaya, semalam.
PSKPP Selangor, PPD Petaling Perdana muncul juara tradirama 2023
CYBERJAYA – Pasukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana muncul juara dalam pertandingan Tradirama Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) 2023 yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, semalam.
PSKPP Petaling Perdana muncul tarian asli terbaik PSKPP 2023
Pasukan PPD Petaling Utama tempat kedua dan PPD Gombak tempat ketiga yang turut disertai sembilan pasukan PPD di Selangor.
PPD Petaling Perdana juga memenangi kategori nyanyian lagu asli terbaik menerusi penyanyinya Khamidon Sadi.
PSKPP Petaling Perdana muncul kombo terbaik terbaik PSKPP 2023
Pasangan Mohamad Firdaus Kamaruddin dan Mohamad Amirul Azuwan (PPD Petaling Perdana) muncul penyanyi terbaik lagu Irama Malaysia.
Kategori tarian asli terbaik dimenangi oleh PPD Petaling, manakala PPD Sepang dipilih sebagai pasukan terbaik kategori tarian irama Malaysia.
Pasukan kombo terbaik pula dimenangi oleh PPD Petaling Perdana.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Sebanyak tujuh sekolah dalam daerah Temerloh merekodkan kes positif COVID-19 sehingga pagi tadi.
Berdasarkan maklumat Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 2023, Sekolah Kebangsaan (SK) Jenderak merekodkan jumlah tertinggi, dengan empat kes membabitkan empat murid.
Selain itu, SK FELDA Lakum pula merekodkan tiga kes – semuanya guru sekolah berkenaan.
Turut dilaporkan mempunyai rekod positif COVID-19 adalah seorang guru SK Batu Kapor, dua guru SK Jenis Kebangsaan (Cina) Mentakab 2 dan dua guru SK Sanggang.
Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar dan SK Mentakab pula masing-masing merekodkan satu kes membabitkan guru dan murid.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rakyat, Kerajaan bersatu padu kekang kemasukan orang asing berleluasa
Rakyat dan Kerajaan Malaysia sewajarnya bersatu padu mengekang kemasukan warga asing yang berduyun-duyun secara sah atau haram sehingga ada yang mula berani menuntut kawasan tertentu di Kuala Lumpur.
Sebuah klip video berdurasi 3.03 saat yang ditularkan menyatakan warga Bangladesh mahukan Sungai Buluh kononnya turut membangunkan ekonomi negara, sehingga berani mengancam orang Melayu jangan cuba masuk ke kawasan itu.
Sebelum ini, warga Rohingya turut menuntut kawasan Selayang yang menimbulkan kekecuhan di kalangan netizen tempatan.
Dalam video tersebut memaparkan warga asing ini bebas berjalan di jalan raya tanpa mempedulikan peraturan seolah-olah sudah tiada lagi penguatkuasa di kawasan tersebut.
Mereka berjalan secara bebas seolah-olah satu pemandangan yang selalu dilihat di Dhaka tanpa mempedulikan kenderaan di sekitarnya malah melihat kepada kenderaan dan pemandu seperti pelik.
Kalau orang Cina telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15 akibat pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China dan disebabkan oleh perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura termasuk dasar British ketika itu.
Beitu juga orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina.
Adakah Malaysia mahu berlaku seperti sebelum ini dengan kemasukan lebih ramai orang Bangladesh, Rohingya, Vietnam, Thai, Kemboja, Indonesia dan banyak lagi.
Mereka datang kerana mencari rezeki di bumi bertuah ini, tetapi dari sudut kemasukan ke sini adalah sebagai pekerja dengan memberi tempoh tertentu.
Selain itu, benarkan mereka hanya mendapat kebenaran atau permit bekerja di beberapa sektor sahaja seperti peladangan dan pembinaan.
Pihak jabatan berwajib wajar meningkatkan penguatkuasaan dengan menjalankan tanggungjawab dengan penuh disiplin dan berintegriti tinggi.
Pihak tertentu jangan berpeluk tubuh hanya melihat golongan ini berkeliaran bebas dan mula menguasai peniagaan kecil yang bakal menjadi besar.
Contoh boleh dilihat dengan jelas, Jalan Tengku Kelana di Kelang, terdapat banyak kedai pelbagai kaum terutama kaum Cina yang menjual basikal, alat elektrik, kedai gambar dan percetakan, kini sudah dimonopoli oleh kaum India (tidak pasti India tempatan atau India yang pendatang).
Jangan menyesal dalam tempoh 50 tahun akan datang senarai pelbagai kaum begitu panjang dan kaum tempatan akan diketepikan.
Kaum tempatan pula jangan memilih kerja, seandai mereka (orang tempatan) tidak memilih kerja, semua peluang kerja akan dibolot oleh “orang kita” dan peluang perkerjaan akan tertutup bagi orang pendatang.
Selain itu, kepada kontraktor yang menerima projek kerajaan seperti pembersihan, pembinaan jalan, peladangan dan pelbagainya, jangan ambil pekerja asing sepenuhnya, mungkin sistem kuota bleh digunakan dengan 70 pertaus tempatan dan 30 peratus orang asing.
Ini menunjukkan semangat kekitaan, jati diri dan sayang negara akan memacu perpaduan anatara kaum kita dan meningkatkan ekonomi negara kerana wang gaji yang orang tempatan terima tidak dibawa keluar.
Ayuh, jom kita jaga negara kita, sayang negara kita, perkukuh ekonomi dan tanpa sedar menguatkan petahanan dan keselamatan negara.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Susulan kebimbangan itu, ibubapa mahu penutup lubang yang berada di luar pagar berhampiran Pintu B yang digunakan oleh murid kedua-dua buah sekolah itu pergi dan balik dari sekolah.Sebelum ini, lubang itu ditutup dengan penutup besi tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab menghaibkannya. Keselamatan murid berusia antara enam hingga 12 tahun perlu dijagai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Enam termasuk 5 beradik diheret ke mahkamah ‘ratah’ budak 11 tahun
Lima beradik adalah antara enam lelaki dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan amang seksual serta merogol seorang budak perempuan 11 tahun, awal bulan lalu.
Empat daripada mereka meliputi tiga beradik iaitu tertuduh yang berusia 14, 17, dan 23 tahun serta seorang rakan mereka yang berusia 16 tahun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan merogol kanak-kanak itu dibacakan.
Dua lagi iaitu tertuduh yang juga abang kepada tiga beradik yang dituduh merogol berkumpulan itu yang masing-masing berusia 25 dan 31 tahun, bagaimanapun mengaku bersalah bagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak sama.
Berdasarkan kertas pertuduhan, empat daripada mereka secara bersama-sama dituduh melakukan rogol berkumpulan budak 11 tahun di sebuah bilik sebuah rumah di Kampung Pahat Luar, Gerik dalam daerah Hulu Perak pada awal bulan November lalu.
Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
Bagi pertuduhan amang seksual pula, dua beradik berusia 25 dan 31 tahun itu masing-masing dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada awal November lalu.
Pertuduhan bagi kes amang seksual itu dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut peruntukan yang sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan di hadapan Hakim, Rohaida Ishak manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan seperti yang dimohon oleh Muhammad Firdaus.
Rohaida menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan semula kes termasuk bagi menunggu laporan pakar psikiatri mangsa, lantikan peguam, selain keputusan kes bagi dua tertuduh yang mengaku bersalah bagi kesalahan amang seksual berkenaan.
Sumber : Sengat Daily
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Muhammad Aqil Naufal Zaharin masih belum selesa menggunakan kaki palsu yang disumbangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berbanding tongkat yang biasa digunakan untuk ke sekolah Program Pendidikan Inklusif Penuh di Felda Lepar Utara Satu.
Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun itu yang berlari dalam acara 100 meter bersama gurunya di Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023 yang ditularkan videonya , mendapat perhatian KBS baru-baru ini.
Muhammad Aqil Naufal Zaharin masih belum selesa menggunakan kaki palsu yang disumbangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Bapa saudaranya, Abdul Mutalib Mat Desa (62) berkata, mungkin Aqil belum sesuai dan memerlukan masa untuk menggunakan kaki palsu itu sepenuhnya.
“Anak saudara saya cuma mampu menapak perlahan-lahan dan tidak mampu mengangkat bahagian kaki palsu yang disumbangkan itu dan perlu melakukan latihan selalu.
“Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh atas sumbangan ini, agaknya Aqil belum biasa untuk ‘mengawal’ mekanikal kaki palsu menyebabkan Aqil sukar bergerak,’ katanya ketika diteumui di rumahnya di Felda Lepar Utara 2.
Sementara itu, Ibu murid OKU itu, Noor Hafizah Mat Desa, 36, berkata, dia kerap memberikan galakan dan semangat kepada anaknya agar terus cuba memakai serta menyesuaikan diri memakai kaki palsu itu ketika berada di rumah.
“Saya memaklumkan kepada Aqil supaya berlatih perlahan-lahan memakai kaki palsu yang berharga RM12,500 di rumah supaya dapat menyesuaikan diri dan yakin ini mengambil sedikit masa bagi membolehkan dia bergerak dengan selesa.
“Namun, ketika ini, Aqil masih terus bermain bola sepak dengan menggunakan tongkat kerana dia berminat dengan sukan tersebut serta berterima kasih kepada kerajaan, Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) dan semua pihak yang memberikan penghargaan serta galakan kepadanya supaya maju dalam pelajaran dan sukan,” katanya.
Katanya, anaknya itu mengalami jangkitan kuman di kaki ketika berusia 3 tahun pada tahun 2015 dan memerlukan pembedahan membuang keseluruhan kaki sebelah kiri sehingga hampir ke paras pinggang sebelum ini di Hospital Kulim dan Pulau Pinang.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jangan tular video lama kejadian lelaki kasari seorang lelaki di madrasah di Lipis
LIPIS : Polis Daerah Lipis menafikan dengan penularan satu video berkaitan dengan seorang individu mengasari seorang lelaki di madrasah yang berlaku dekat sini adalah video lama yang ditularkan semula bermula pada jam 10.00 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azli Mohd Noor.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, video berdurasi satu minit 19 saat itu adalah video lama yang ditularkan kembali melalui pemilik akaun twitter@MULFTI.
“Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mengarahkan penularan video itu perlu disiasat bagi menggelak berlaku salah faham.
“Sebenarnya kejadian tersebut telah berlaku pada 11 Ogos 2022 di Pusat Tahfiz Darul Fikri Mahmudiah, Jalan Cheneras di sini,” katanya melalui kenyataan media, semalam.
Azli berkata, lima suspek yang terbabit dalam kejadian itu telah ditangkap dan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Kanun keseksaan Seksyen 448 Kanun keseksaan kerana menceroboh kawasan itu pada tahun yang sama.
“Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan kembali video tersebut dan tidak diketahui tujuannya.
“Diharapkan orang ramai tidak lagi menyebarluas video tersebut bagi menggelak berlaku kekeliruan.
Katanya, segala pertanyaan boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah Lipis di talian 09-3121999,”katanya. SAHIH.
Video kejadian lama yang ditularkan. https://x.com/mulfti/status/1731207938206036400?s=46&t=DxGHv_mEdxjBwLGcnnG8ag
Daerah mana ini..?? Kelihatannya di Mesjid.. Viralkan Semoga Cepat di Tangkap Pelakunya, Haya di Era Rezim ini Para musuh Islam do lindungi seperti MANGUNI sehingga mereka ngelunjak dan sasarannya Ulama dan Kiyai di Hinakan, di Zolimin, Bahkan di Penjarakan ???????????? pic.twitter.com/yGMGoWUCEd
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – ADUN Pelangai yang baharu dipilih, Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan pada persidangan dewan undangan negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.
Dia yang berusia 50 tahun itu membaca dan menandatangani sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Majlis itu berlangsung sebelum mesyuarat ketiga penggal kedua persidangan DUN Pahang bermula.
Amizar, daripada BN, memenangi pilihan raya kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober lalu.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.
Amizar memperoleh 7,324 undi menewaskan Kasim Samat dari PN, yang memperoleh 4,375 undi, manakala calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni, hanya mendapat 47 undi.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Kumpulan Gema 8 membuka tirai persembahan Busking di Taman I-City pada 2 Disember.
Persembahan Busking akan diadakan Taman di I-City setiap Sabtu
Persembahan busking oleh kumpulan dalam daerah Jerantut akan diadakan di Taman I-City Jerantut setiap hari Sabtu pada jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.
Persembahan pertama akan diadakan malam esuk (2 Disember 2023) oleh kumpulan Gema 8 yang membuka tirai persembahan.
Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Jerantut (PKKDJ) sebagai penyelaras persembahan ini mempelawa orang ramai bersantai bersama keluarga. Uar-uarkan kepada sahabat handai untuk hadir dan memeriahkan Taman I-City.
Memohon orang ramai memberi kerjasama menjaga kebersihan persekitaran Taman I-City demi kesejahteraan bersama.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Calon BN berpeluang cerah untuk menang Parlimen Kemaman
KEMAMAN – Peluang calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor cerah setelah melihat momentum semasa kehadiran penyokong BN yang hadir di majlis berkempen di situ.
Pemerhati politik UMNO / BN, Haris Salleh Hamzah berkata, selepas dua minggu berkempen BN dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang walaupun pada awalnya dikatakan agak tipis.
Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Jerantut, jentera UMNO/BN sedang bekerja kuat untuk meraih undi di kawasan pilihan raya.
“Calon BN mendapat sedikit kelebihan apabila calon Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak banyak turun berkempen kerana mungkin terlalu yakin untuk menang.
“Ceramah daripada pihak PAS tidak semeriah seperti sebelum ini, mungkin kerana mood pengundi mula matang dan berubah,” katanya.
Selain itu, katanya, gelombang ahli parlimen Perikatan Nasional mula beralih arah menjadi penyokong kepada Perdana Menteri semakin bertambah membuatkan pengundi di Kemaman mula mencongak beralih angin.
“BN sedikit berpeluang jika peratus pengundi luar yang balik mengundi kecil dan ini menjadi bonus kepada calon BN itu.
“Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor adalah bekas seorang pegawai kanan tentera Malaysia, bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT) berpangkat jeneral,” katanya.
Haris berkata, pengalaman luas dalam pentadbiran ketenteraan dapat membantu beliau sebagai Ahli Parlimen untuk berkhidmat dengan lebih berkesan untuk membantu pengundi di kawasan Parlimen Kemaman.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!