MENINGGAL KETIKA JALANI KUARANTIN
MENINGGAL KETIKA JALANI KUARANTIN
KLANG: Seorang anggota polis Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, meninggal dunia akibat dijangkiti wabak Covid-19.
Menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini, anggota polis lelaki yang berusia 53 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Klang, Selangor, malam tadi.
![]()
GAMBAR HIASAN
“Arwah berumur 53 Tahun, bertugas sebagai Sarjan Pengawal Pengiring, cawangan pengawal pengiring IPD Klang Selatan, telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak.
“Arwah telah menjalani ujian saringan Covid-19 pertama bertarikh 22 Januari 2021 kerana mengalami demam dan keputusan adalah positif Covid-19.
“Ujian saringan Covid-19 kedua telah dijalankan pada 23 Januari 2021 dan keputusannya turut positif Covid-19,” menurut laporan itu.
Selepas ujian pertama, menurut laporan itu lagi, arwah menjalani kuarantin di rumah dan tempoh itu dijadual berakhir 1 Februari ini.
“Sebab kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang adalah kematian disebabkan Covid-19,” menurut laporan itu.
Menurut laporan itu lagi, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Sireh, Klang pada jam 5.45 petang tadi.
