KETUA KARTEL TENDER MILIKI HELIKOPTER, KERETA MEWAH
KETUA KARTEL TENDER MILIKI HELIKOPTER, KERETA MEWAH
PETALING JAYA: Individu dikatakan ketua kartel yang memonopoli tender kerajaan berjumlah RM3.8 bilion memiliki dua helikopter, sebuah kapal mewah, dan kereta-kereta mewah bernilai RM15.7 juta.
Demikian pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatannya ke atas kartel itu, yang dikatakan aktif sejak 2014.
Dalam serbuan di kediaman individu bergelar “Datuk” itu semalam, SPRM turut menemui wang tunai sebanyak RM3.5 juta.
Penemuan itu di samping beberapa hartanah bernilai RM29 juta, termasuk sebuah banglo, sebuah lot kedai dan sebuah lot pejabat, yang dirampas, lapor FMT.