Kerajaan Negeri Pahang peruntuk RM600,000 kepada penggiat kesenian dan budaya
Kerajaan Negeri Pahang peruntuk RM600,000 kepada penggiat kesenian dan budaya
KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM600,000 pada tahun ini kerana amat prihatin dengan peranan penggiat kesenian dan budaya yang membantu memperkasakan seni budaya negeri ini.
Selain itu, secara tidak langsung penggiat seni budaya turut membantu menarik pelancong dan pelawat dari dalam dan luar negara untuk meningkatkan pendapatan sektor pelancongan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keunikan dan kepelbagaian kaum dan budaya di negeri ini dapat menarik pelancong ke negeri ini.
“Oleh itu peranan penggiat seni kebudayaan penting kerana turut mempromosi keunikan itu kepada orang luar.
“Oleh itu kerajaan negeri menyerahkan RM10,000 kepada 13 pertubuhan penggiat seni untuk membantu merancakkan program seni dan budaya masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Penghargaan Jasamu Dikenang Sempena Malam Tautan Budi dan kasih Majlis Kebudayaan Negeri Pahang, dekat sini , malam tadi.
Turut hadir, Pengerusi, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsudin , Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah
“Oleh kerana kewangan negeri sangat kukuh, maka kerajaan memberi semula kepada rakyat, maka kerajaan memperuntukan RM600, 000 kepada badan penggiat seni,” katanya.-SAHIH.