Kebaikan dan Keburukan Media Sosial
Kebaikan dan Keburukan Media Sosial
Oleh : Fatin Lieyana Bt Muhd HairulZaki
Pelajar Master (Ijazah Sarjana) Komunikasi dan Media Massa, UiTM.
Pada dunia digitalasi ini, terdapat 80 peratus mengunakan Facebook berdasarkan Social Media Stats Malaysia ( June 2021 – June 2022).
Oleh itu, penggunaan laman sosial menjadi perhatian melalui laman sosial seperti Facebook , Instagram dan Twitter yang diikuti pelbagai peringkat umur di Malaysia.
Laman sesawang ini telah menjadi rangkain sosial dalam kehidupan harian masyarakat masa kini sebagai medium komunikasi antara mereka.
Pengguna media sosial kini telah dikuasai oleh golongan remaja terutamanya untuk mengisi masa kekosongan mereka.
Justeru itu, penggunaan laman sosial ini terdapat keburukan yang terjadi kepada pengguna kerana penipuan banyak berlaku atau pemalsuan identiti.
Hal ini disebabkan, peningkatan penggunaan media sosial untuk sesi perkenalan antara perempuan dan lelaki.
Sebagai contoh, pemalsuan identiti ataupun dikenali sebagai ‘fake account’ semakin berleluasa dikalangan remaja perempuan dan laporan dari pihak polis juga mengiyakan kenyataan seperti ini.
Seperti maklum, media sosial ini menjadi tempat luahan ataupun memuat naik status yang boleh menimbulkan perbalahan antara pengguna media sosial.
Apatah lagi status tersebut menjadi tular dikalangan pengguna media sosial dan mendapat kejian mesekipun kutukan dalam kalangan masyarakat.
Hasilnya,pengguna akan mengalami masalah kemurungan meskipun stres akibat penularan memuat naik status yang boleh ditokok tambah dan menjadi kontroversi.
Bak pepatah Islama berkata , lebih banyak berdiam diri daripada banyak berkata- kata.
Walaubagaimanapun, terdapat kebaikan yang boleh diambil dari media sosial seperti menambah kenalan yang baru.
Sebagai contoh, rakan yang sudah terputus hubungan boleh dieratkan kembali apabila menggunakan platform media sosial ini.
Hal ini dapat memberikan impak yang positif dimana mereka dapat berinterasi antara satu sama lain tentang kehidupan masing masing yang bertambah usianya.
Penggunaan media sosial masa kini amat penting terutamanya tentang penyebaran maklumat terkini yang semakin cepat.
Medium komunikasi ini dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini serta merta dengan mudah. Sebagai pengguna media sosial yang berhemah, tetaplah berwaspada apabila menyampaikan maklumat untuk eleakkan ‘fake news’.
Daripada asbab komen kita mendapat cacian dan ketidakpuasan hati, lebih baik kita mencari solusi untuk menggunakan sosial media di Malaysia sebaik- baiknya.
Saya berharap generasi muda zaman sekarang dapat menggunakan sosial media dengan penuh adab dan berkesan.-SAHIH