JUMPA BOM KALI KE-3 DI JOHOR
JUMPA BOM KALI KE-3 DI JOHOR
KULAI: Kali ketiga dalam minggu ini, selepas di Kota Tinggi dan Kluang, Unexploded Ordnance (UXO) atau bom lama jenis Aerial Bomb ditemui di Ladang Inas Selatan, Kulai turut ditemui pada jam 2.07 petang, hari ini.
Kali ini bom tersebut ditemui semasa kerja-kerja membersih ladang kelapa sawit oleh kontraktor FGV Inas Selatan dan dipercayai bom itu digunakan semasa perang dunia kedua di antara Disember 1942 hingga Ogos 1945.
Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Johor dan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah menjalankan tindakan pemusnahan bom lama tersebut.
Tindakan pemusnahan In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik High Order melalui kaedah elektrik iaitu kaedah yang sama digunakan di dua tempat terdahulu, pemusnahan telah dijalankan dengan baik tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.
Pihak Polis Johor sekali lagi menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.
.https://sahih.com.my/20-bom-ditemui-di-kota-tinggi/
https://sahih.com.my/penemuan-bom-lama-di-paloh-kluang/.
SESIAPA JUMPA BOM LAMA JANGAN AMBIL TINDAKAN SENDIRI - SAHIH
February 16, 2021 @ 1:31 pm
[…] .https://sahih.com.my/jumpa-bom-kali-ke-3-di-johor/ […]