GUBAHAN BUNGA HANTARAN, HADIAH UNTUK TERSAYANG
Seorang pembaca SAHIH, Pugiyana Husin dari Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang berkongsi gubahan bunga hantaran hasil tangannya.
Gubahan bunga hantaran ini sesuai diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang pada hari istimewa mereka seperti ketika sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan ulang tahun perkahwinan.
Perkongsian kreatif ini tentu menarik minat si penerima kerana di dalam jambangan ini, terdapat pelbagai jenis coklat yang enak.
Dihiasi dengan tiga kuntum bunga ros, sudah tentu ia tampak menarik dan mewah disamping dikelilingi bunga lavender.