Isteri Menteri Wilayah Persekutuan turun padang memasak untuk penduduk terjejas banjir
Isteri Menteri Wilayah Persekutuan turun padang memasak untuk penduduk terjejas banjir
Foto atas: 200 pek makanan siap dimasak daripada program inisiatif Dapur Prihatin, Rumah Prihatin untuk diserahkan kepada mangsa banjir yang terjejas.
KUALA LUMPUR – Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin turun padang, memasak menu tengahari untuk disumbangkan kepada penduduk terjejas banjir.
![](https://i0.wp.com/sahih.com.my/wp-content/uploads/datin1.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
Bantuan 200 pek makanan siap dimasak daripada program inisiatif Dapur Prihatin, Rumah Prihatin itu, diserahkan kepada penduduk di 5 lokasi terjejas iaitu Flat PKNS Kampung Padang, Kampung Baru; Pusat Penempatan Sementara Sungai Seri Ulu Langat; Taman Sri Muda, Shah Alam; Taman Nanding dan Sri Delima (Batu).
Menu berupa nasi putih, ayam kari dan sayur campur yang dimasak sendiri oleh Datin Seri Dato Shamsiah isteri kepada menteri wilayah persekutuan bersama-sama sukarelawan Rumah Prihatin.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, Datuk Irwan Rizal Mohd Ali Napiah; Pengarah Pentadbiran dan Program Rumah Prihatin, Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun.-SAHIH.