EBIT LEW BANTU PEMANDU VAN SEKOLAH
EBIT LLEW BANTU PEMANDU VAN SEKOLAH: SUMBANG BARANGAN KEPERLUAN ASAS
KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi sumbangan barang dapur kepada 250 pemandu van sekolah berikutan pendapatan mereka terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
Kata pendakwah itu menerusi laman sosial Facebook miliknya, mereka hanya bekerja selama enam bulan untuk menampung perbelanjaan setahun.
“Macam mana untuk kelangsungan hidup. Ramai yang jadi penghantar makanan, menjual kuih-muih dan menjadi peniaga kecil-kecilan.
USTAZ EBIT LEW BERTANYA KHABAR PEMANDU VAN SEKOLAH YANG TERJEJAS TERUK PENDAPATAN MEREKA AKIBAT COVID-19/FACEBOOK
“Ketika ini untuk memulakan perniagaan bukan senang. Syarikat besar pun banyak tutup.
“Tengok mereka seperti ibu, ayah, kakak dan abang sendiri.
“Mereka minta doa dan semangat untuk teruskan hidup. Ya Allah terasa macam keluarga sendiri.
ANTARA PEMANDU VAN SEKOLAH YANG MENERIMA SUMBANGAN BARANGAN DAPUR DARIPADA USTAZ EBIT LEW/FACEBOOK
“Tanpa mereka susahnya mak ayah nak uruskan anak-anak ke sekolah.
“Mereka memudahkan ibu bapa yang majoritinya bekerja, menjadikan anak mereka orang yang mulia dan berjaya.
“Marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita,”katanya.