Dua petugas media terselamat dalam kemalangan jalan raya di LPT1
Dua petugas media terselamat dalam kemalangan jalan raya di LPT1
KUANTAN : Dua orang petugas media terselamat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di KM 196, Lebuhraya Pantai Timur fasa 1 (LPT1) berdekatan Gambang, kira-kira jam 5 petang, hari ini.
Kedua-dua petugas itu, Radin Mohd Nurhilmi Nordin seorang juru kamera dan Najmuddin Zahid petugas juru audio visual dalam perjalanan ke lokasi tugasan di Masjid Kampung Binjai, Lipis, hari ini.
Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam yang dalam perjalanan ke destinasi yang sama sempat berhentikan kenderaannya dan membantu kedua-dua mangsa.
Kedua-dua mengalami kecederaan patah tangan dan sedang dirawat di Hospital Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan dalam dalam keadaan stabil.
Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam yang dalam perjalanan ke destinasi yang sama sempat berhentikan kenderaannya dan membantu kedua-dua mangsa.
“Alhamdulillah, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pihak pengurusan LPT datang memberi bantuan kepada mangsa.
“Pemandu yang berpuasa akan segera mengantuk semasa memandu, jika berasa begitu, mohon berhenti seketika di mana-mana kawasan hentian untuk berehat,” katanya. -SAHIH.