Dua didakwa mengaku tidak bersalah curi cip kasino bernilai RM4.6 juta
Dua didakwa mengaku tidak bersalah curi cip kasino bernilai RM4.6 juta
BENTONG: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong atas tuduhan bersubahat mencuri cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta di pusat perjudian Genting Highlands.
Tertuduh Tertuduh Koay Boan Seng, 32, dan Hoo Chee Chuang, 38, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadhratun Naiem Zainan, hari ini.
Mengikut fakta pertuduhan, mereka didakwa bersama dua lagi rakan masih bebas menceroboh bangunan dengan maksud mencuri 1,160 cip kasino bernilai RM4,607,800 milik Genting Highlands Berhad.
Kesalahan didakwa dilakukan pada 7:12 pagi 28 Oktober lalu di sebuah bilik , di Sky Kasino Genting Highlands.
Mereka keduadidakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 14 tahun dan denda.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid manakala peguam Kenny Tan Cheng Yee mewakili kedua-dua tertuduh
Mahkamah menetapkan 10 Januari depanuntuk sebutan semula kes dan jaminan RM8,000 setiap seorang.
Semalam, media melaporkan polis menahan 10 suspek bagi membantu siasatan kes kehilangan cip kasino di pusat perjudian Genting Highlands.
lima individu lagi termasuk bekas pekerja pusat perjudian terbabit disyaki dalang utama kes terbabit sedang diburu.-SAHIH