CUACA PERINGKAT WASPADA DI SABAH
Berita Nasional
CUACA PERINGKAT WASPADA DI SABAH
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka melanda Sabah, esok dan lusa.![]()
Dalam satu kenyataan, malam ini, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan terbabit meliputi bahagian pantai barat Sabah, Sandakan (daerah Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. – BERNAMA
