COVID-19 : 691 KES, 4 MATI TERMASUK BAYI
COVID-19 : 691 KES DAN 4 MATI TERMASUK BAYI
Kes baharu Covid-19 dilaporkan terus meningkat kepada 691 berbanding semalam sebanyak 432 dan menjadikan kes terkumpul sebanyak 13,504, manakala kematian sebanyak 4 kes termasuk seorang bayi berlaku pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 141 kes kematian.
Kes baharu yang berlaku di Kedah 397 kes, di Sabah sebanyak 219 kes, manakala di Selangor sebanyak 38 kes termasuk seorang bayi berusia satu tahun.
Orang ramai dinasihat untuk sentiasa menjaga keselamatan kendiri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan cuba elak ke tempat tumpuan ramai.
Pemilik premis diingatkan turut memperketatkan SOP yang disarankan bertujuan membenteras penularan wabak yang semakin membimbangkan.