LIPIS – Seorang pendaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari puncak Gunung Tahan di Kem Kor kira-kira 13 kilometer (km) dengan lokasi penamat di Kuala Juram, Merapoh dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku di Kem Kor pada jam 8 pagi hari ini.
Mayat pendaki Gunung Tahan, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz dibawa turun daripada helikopter Polis di Raja Malaysia selepas mendarat di Padang Dataran Residen, Kuala Lipis, Lipis, Pahang hari ini. – FOTO /IHSAN IPD LIPIS
Mangsa yang juga seorang peniaga, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 51, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari dipercayai kehabisan tenaga dan lemah, manakala mengalami cirit-birit selama dua hari.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor
Ketua Polis Daerah, Suprintenden Azli Mohd. Noor berkata, polis Balai Polis Merapoh telah menerima maklumat daripada Bomba dan Penyelamat Lipis mengenai seorang pendaki mengalami kehabisan tenaga untuk meneruskan perjalanan.
“Siasatan polis mendapati kumpulan pendaki berkenaan terdiri daripada 12 orang, iaitu semua lelaki daripada Selangor yang dipandu arah oleh dua orang malim gunung ketika mula dan perjalanan turun ke Kuala Juram daripada puncak Tahan.
“Mereka mula mendaki pada 12 Mac lalu dan dijangka pulang dan tiba sampai di Kuala Juram pada 16 Mac (hari ini).
“Semasa dalam perjalanan turun kira-kira 13 km dengan Kuala Juram, mangsa, Raja Azlan Shah telah hilang tenaga dan lemah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, malim gunung melaporkan keadaan mangsa mengalami cirit birit selama dua hari dan tidak makan sehingga dia amat lemah.
Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah memohon bantuan helikopter Polis di Raja Malaysia (PDRM) bagi tujuan menyelamat dan membawa turun mangsa yang disahkan meninggal dunia ke Hospital Lipis.
Jenazah mangsa dibawa turun
“Operasi menyelamat dan membawa turun mangsa membabitkan seramai tiga orang pegawai, sembilan anggota yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat Lipis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta dua orang malim gunung.
“Jenazah mangsa dibawa dengan helikopter dan mendarat di padang Dataran Residen, bandar Kuala Lipis dan dibawa ke Hospital Lipis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TikTok mengumumkan menggantung perkhidmatan di Rusia susulan daripada undang-undang baru berita palsu (fake news) Rusia.
Individu yang menyebarkan berita palsu akan dihukum penjara oleh pihak berkuasa negara itu.
Laporan daripada Daily Mail, Tiktok bukanlah syarikat media sosial yang pertama menggantung perkhidmatan di Rusia.
Pihak TikTok berkata platform ini bertujuan untuk menghasilkan kreativiti dan hiburan untuk mengeratkan hubungan manusia.
‘Ugutan Rusia yang mendakwa TikTok adalah medium penyebaran berita palsu membuatkan pihak kami tidak mempunyai pilihan selain menggantung perkhidmatan di negara itu’, katanya.
Syarikat Netflix juga mengambil langkah yang sama pada awal minggu ini.
Netflix menghentikan perkhidmatan semenatara waktu di Rusia selepas menilai kesan pencerobohan Moscow terhadap Ukraine.
Netflix tidak bercadang untuk saluran kerajaan kepada perkhidmatan di Rusia walaupun terdapat beberapa peraturan yang diperlukan untuk mengedarkan saluran yang disokong kerajaan.
‘Memandangkan keadaan semakin buruk, pihak kami membuat kepurusan untuk menghentikan seketika perkhidmatan di Rusia,’ kata jurucakap Netflix.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – “Saya bersara sebagai penjawat awam bukan bersara daripada muzik,” kata mantan Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (ORTM), Datuk Mokhzani Ismail.
Menyingkap perjalanan Mokhzani lulusan Berklee yang cukup panjang, dari memimpin kumpulan muzik di bawah khemah, tiada siapa menyangka beliau pernah ke pentas elit memimpin Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) di Petronas.
Dari pengalaman bekerja bersama penyanyi lagu-lagu Asli, Rosiah Chik dan SM Salim beliau melonjak ke pentas jazz menjadi Pengarah Muzik kepada pemain trumpet jazz Chris Booty dalam konsert Asia Tour bersama MPO di Kuala Lumpur.
Ketokohan dalam bidang muzik, khususnya muzik jazz turut dikagumi oleh masyarakat antarabangsa
Malah berpengalaman sebanyak 3 kali memimpin big band ke Java Jazz Festival di Jakarta Indonesia membuktikan kehebatannya.
Beliau seorang juri pertandingan Bintang RTM terus ke pentas Gegar Vaganza Astro dan turut dilantik sebagai ketua juri Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3 , cukup meletakkan Mokhzani sebagai tokoh muzik terpenting dalam industri Muzik Malaysia. Malah tidak ramai ahli muzik serbaboleh di Malaysia yang mampu diletakkan di mana sahaja.
Menerima pingat kebesaran daripada Baginda Yang Dipertuan Agong, baru-baru ini
Beliau anak jati negeri Perlis, bermula sebagai guru lulusan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPIK), Cheras, Kuala Lumpur pada tahun 1980-1981, di usia 20-an, kemudian ditawarkan biasiswa pada tahun 1986 untuk melanjutkan pengajian muzik peringkat ijazah di Berklee College of Music, Boston.
“Selepas tamat pengajian di Amerika Syarikat, bermulalah perjalanan baharu saya di RTM pada tahun 1991 sebagai pemain piano, pada tahun 1993 buat julung kali diberi tugasan memimpin Orkestra RTM di Konsert Senada Seirama dari Medan Indonesia.
“Konsert demi konsert sehingga tahun 1996, saya menjadi pengurus orkestra dan mengetuai Jazz band RTM ke Thailand International Jazz Fest dan sempat bertemu Sergio Mendes, Dave Valentine, Benny Carter, David Sanborn dan ramai lagi pemuzik handalan,” katanya.
Mokhzani meletakkan namanya antara lagenda orkestra RTM
Bersama orkestra RTM , Mokhzani menjadi tenaga penting di sebalik penglibatan RTM, penganjuran Konsert Simfoni Irama Malaysia 2006, Simfoni Putrajaya 2007, Konsert Jazz Tribute to Malaysian Composer 2010, Konsert Gemilang 50 ORTM 2011.
Selain di Java Jazz Festival , konsert di Raja dan Konsert Perdana sudah cukup sinonim dengan ‘air tangan’ Mokhzani sehinggalah Konsert Bangkit Malaysia 2020 yang menyaksikan tiga orkestra terbaik negara bergabung iaitu MPO, Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Orkestra RTM.
Mokhzani juga merupakan tenaga penting dengan pengiktirafan 5 Anugerah Malaysia Book of Records untuk Orkestra RTM.
Katanya, selain dari kerjaya sebagai pengarah muzik, tidak terlepas melibatkan diri dengan universiti dan sekolah sebagai pensyarah, memberi motivasi, bengkel dan kelas “masterclass”.
Beliau turut dilantik sebagai professor pelawat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada tahun 2016.
“Tuah mendatang pada tahun 2015, saya ditawarkan sebagai duta piano ‘hagspiel’ buatan German yang berpusat di Schenzen China.
“Satu sejarah bagi pemuzik Malaysia berjaya memecah industri muzik jazz di China dengan konsert solo di beberapa bandar seperti Shanghai, Tianjin,Guanzhou, Herbei dan Beijing telah mendapat sambutan hebat,” katanya.
Malah Mokhzani turut memegang dua Malaysia book of Record sebagai pemuzik pertama ‘merempuh’ Tembok Besar China sebagai duta piano antarabangsa dan pemuzik pertama bermain ‘live’ di negara itu serta sebuah album The Great Wall Comes Alive turut diterbitkan selepas itu.
Pencipta lagu tema Merdeka antaranya Malaysia Prihatin (nyanyian Ernie Zakri) dan Menang Bersama nyanyian Faizal Tahir ternyata terus aktif dengan persembahannya di sekitar Ibu negara dengan kemunculannya menemui peminat jazz di kelab-kelab eksklusif.
“Saya doakan Orkestra RTM terus maju dan mengekalkan kehebatannya sesuai dengan usianya sebagai orkestra tertua di Malaysia. Semoga pengganti saya meneruskan apa yang telah saya lakukan dalam mengekalkam reputasinya sebagai orkestra terbaik di rantau ini.
Pada tarikh 21 Februari 2022 yang lalu, berakhirlah Datuk Mokhzani sebagai penjawat awam dan pasti kekal dalam ingatan dan nama beliau akan terus terpahat sebagai satu lagi tokoh pemimpin orkestra dan pemain piano jazz yang dikagumi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Secara lumrahnya, mata lelaki lebih ‘teliti’ berbanding perempuan. Jadi, lelaki lebih mudah tertarik dengan pandangan mereka apabila melihat perkara yang cantik dan sempurna.
Hari ini, mari kita tengok apakah pandangan lelaki mengenai tubuh perempuan yang sempurna di mata mereka.
Bukanlah tujuan untuk seksual tapi hanya menarik pandangan kaum lelaki sahaja.
Kulit
Kepentingan penjagaan kulit sangat perlu diutamakan. Kalau perempuan mempunyai bentuk badan yang sempurna tetapi tidak berusaha untuk menjaga kesihatan kulit, ia adalah salah satu punca ketidaksempurnaan. Tidak perlu dapatkan kulit cerah atau putih melepak, hanya perlukan kulit yang bersih dan licin.
Kaki
Wow, kaki pun menjadi faktor kesempurnaan badan perempuan di mata lelaki. Kebanyakkan lelaki suka perempuan berkaki panjang, mulus dan licin. Tapi tidak bermaksud kaum perempuan perlu jaga kesihatan kaki untuk lelaki! Kita semua diwajibkan untuk menjaga kebersihan kaki.
Punggung
Untuk dapatkan saiz punggung yang ‘sihat’, perempuan perlu rajin melakukan senaman untuk ‘menaikkan’ punggung. Pakai seluar jeans nampak lebih menarik atau memakai seluar bersaiz besar juga akan menampakkan punggung lebih pejal.
Perut
Tidak semestinya perlu perut rata kerana perempuan memang dikurniakan perut yang agak bulat dan comel! Kebanyakkan lelaki tidak terlalu fokus kepada perut, ia hanya bergantung kepada seseorang perempuan. Ada lelaki yang suka perempuan mempunyai otot perut atau ada juga yang sukakan perempuan yang perut ‘biasa-biasa’ sahaja. Yang penting jaga kesihatan perut dan badan anda!
Ada Curve
Boleh dikatakan impian semua wanita untuk dapatkan badan bentuk ‘jam pasir’ atau ‘botol Coke’. Bentuk badan ‘jam pasir’ bermakna bahagian atas besar, bahagian pinggang kecil dan besar di bahagian bawah. Bentuk badan seperti ini sangat cantik jika memakai baju dan menampakkan pinggang lebih tinggi. Lelaki akan nampak pada bahagian atas dan pinggang. Jadi, lengkuk badan adalah point utama kepada lelaki.
Pembedahan
Zaman sekarang ramai perempuan buat pembedahan untuk dapatkan badan yang diinginkan. Terutama bedah bahagian payudara untuk mendapatkan saiz yang dapat perhatian ramai. Kaum perempuan perlu tahu, bahawa tidak semua lelaki sukakan saiz payudara yang besar, ramai juga yang sukakan saiz yang sederhana dan kecil! Jangan terkejut ya, ia bergantung pada taste seseorang itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Semakin hari, semakin tinggi kes COVID-19 membuatkan ramai yang bimbang dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Kes meningkat bukan sahaja di Malaysia, malah ia melibatkan seluruh dunia kerana varian Omicron lebih mengganas berbanding varian sebelum ini.
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memberitahu individu yang bergejala dan positif menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) tidak perlu pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase (RT-PCR).
Individu yang didapati positif kategori 1 (tiada gejala) dan 2A (gejala ringan), tidak berisiko (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid tidak perlu ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).
Golongan ini hanya perlu kuarantin kendiri iaitu di rumah atau bilik berasingan.
Apa yang perlu dibuat ketika ‘Self-Quarantine‘?
Berfikiran Positif
Jangan cepat down! Jangan sedih! Anda masih berpeluang untuk pulih daripada sebarang penyakit. Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa berdoa untuk yang terbaik. Jangan lupa sentiasa berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan supaya anda tidak terlalu berfikir mengenai virus yang dihadapi.
Habiskan Masa Dengan Hobi
Kalau hobi anda buat aktiviti outdoor, inilah masanya anda cuba hobi baru seperti membaca, tengok movie atau banyakkan aktiviti yang mendekatkan diri dengan Pencipta. Manalah tahu mencuba hobi baru dapat membuka minda dan menambah pengetahuan anda dengan perkara baru.
Keluarkan Peluh
Dilarang keluar rumah! Tapi tidak semestinya anda tidak membuat sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh. Kekalkan aktif, bersenam dalam rumah, buat senaman ringan atau sekurang-kurangnya berjalan dalam rumah.
Jaga Makan
Makan makanan yang menambahkan tenaga dan berkhasiat. Selain itu, pastikan makan pada waktu yang tepat. Jangan makan lambat atau tidak makan kerana ia akan memudaratkan kesihatan diri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Zaman sekarang telefon pintar adalah satu keperluan. Bukan sahaja untuk menghubungi orang lain, malah dengan telefon pintar akan memudahkan banyak urusan seperti bayaran bil, urusan bank dan sebagainya.
Mungkin urusan penting adalah untuk mereka yang betul-betul memerlukan tetapi ada sesetengah orang ketagih dengan penggunaan telefon pintar.
GAMBAR : MailOnline
Sebenarnya masalah ketagih telefon pintar bukan masalah biasa, ia sudah menjadi semakin parah dan merupakan satu masalah global.
Laporan daripada MailOnline, penyelidik dari Universiti McGill, Kanada, menjalankan kajian data penggunaan telefon pintar ke atas 34,000 peserta daripada 24 buah negara bermula pada tahun 2014 hingga 2020.
Hasil kajian yang dijalankan, negara China adalah menduduki tangga teratas sebagai ketagiahan menggunakan telefon pintar, manakala Arab Saudi di tangga kedua.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat berada di tangga ke lapan belas walaupun negara tersebut adalah ‘hub‘ kepada media sosial dan teknologi paling popular seperti Facebook dan Apple.
Malaysia pula berada di tangga ketiga dalam senarai ketagihan menggunakan telefon pintar di dunia. Jelasnya, Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai masalah tegar dalam penggunaan telefon pintar dan terlalu bergantung kepada telefon pintar.
Kajian ini dikongsi menerusi jurnal Computer in Human Behaviour dan fokus kepada pengguna yang berusia 15 tahun hingga 35 tahun dengan purata umur 28.8 tahun dan majoriti adalah wanita.
Masalah ketagihan telefon pintar menyebabkan punca kesihatan pada mata, otak, kesihatan mental dan fizikal. Ini juga akan mempengaruhi kesihatan dalaman kanak-kanak jika penggunaan telefon pintar tidak dikawal dari awal.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bagaimana hubungan pasangan suami isteri kekal ‘hangat’ dan seperti baru bercinta? Alang-alang hari ini adalah hari berkasih sayang, jom baca tips untuk kembalikan kemanisan dalam hubungan suami isteri.
‘Kelambu dingin’ adalah istilah kepada hubungan pasangan yang berkahwin mengalami puca pergaduhan dan mungkin boleh menjadi lebih serious apabila hubungan menjurus kepada penceraian.
Sesetengah pasangan tidak melakukan hubungan intim dalam masa jangka yang panjang. Terasa penat, letih, ‘mati pucuk’, dan pelbagai alasan menjadikan hubungan tidak seronok dan bahagia. Bukan sajala yang lama berkahwin, ada yang baru berkahwin juga mengalami masalah ini.
Apakah cara untuk dapatkan perhatian dan mengambil hati pasangan untuk menghangatkan kembali hubungan luaran dan dalaman suami isteri.
Kembalikan Rasa Cinta
Cari penyelesaian, menjadi pendengar yang baik, kongsi masalah dan selesaikan masalah secepat mungkin, jangan tangguh kerana akan menjadi masalah semakin parah.
Perbincangan hati ke hati penting atau lebih seronok jika setiap hari ‘pillow talk‘ dengan pasangan.
Memahami Keadaan Pasangan
Perkara ini bergantung kepada tolak ansur, faham memahami dan kerjasama antara pasangan.
Setiap pasangan perlu bertoleransi antara satu sama lain. Suami mempunyai pandangan sendiri, begitu juga isteri yang mempunyai kehendak sendiri.
Untuk lelaki mungkin berpendapat, mempunyai hubungan intim baru ada rasa kasih sayang dan cinta. Perempuan pula, berpandangan perlukan kasih sayang dan cinta yang cukup baru ada kehangatan untuk hubungan intim.
Jadi, dalam hal ini komunikasi dan perbincangan sangat penting. Bincang dan fahamkan peranan masing-masing.
Sikap Bersama Pasangan
Masalah kesihatan fizikal dan mental sangat penting dalam hubungan kerana ia akan melibatkan hormon libido iaitu hormon yang mempengaruhi seksual. Jika hormon terganggu, kadar keinginan untuk ‘bersama’ akan berkurang.
Ada beberapa punca yang berkaitan masalah hormon libido seperti tekanan masalah di tempat kerja, depresi, sering bersendirian dan pengambilan ubat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu, telah ditempatkan seorang mamat British yang bernama Sir Richard Olaf Winstedt atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt.
Beliau ni merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentadbir koloni dengan kemahiran Malaya British.
Dalam tahun 1902 Sir Richard Olaf Winstedt telah menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu dan ditempatkan di negeri Perak. Di situlah dia belajar dan memahami bahasa dan budaya orang Melayu.
Si mat saleh ni sebenarnya mempunyai satu sifat buruk. Perangai tak semenggah bak kata orang kampung aku. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri di Tanah Melayu ni, dia tak buat pun kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu untuk belajar mengenai manuskrip lama dan ilmu warisan orang melayu.
Jadi atas ‘usaha’ dan ‘kerajinan’ beliau, pada 1909 dia akhirnya telah berjaya menulis dan menghasilkan satu jurnal ‘Ilmu Memanggil Puntianak’. Ayat seruan ini didapati hasil daripada penemuan beliau pada manuskrip lama milik Dato’ Amarabangsa Wiraja. Wijaya yang merupakan seorang pawang yang amat terer lagi hebat dari Temenggor, sekitar tahun 1850.
*Siapa yang berani boleh lah baca.
Sumber dari google dan blog.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rootstalk kembali bersemangat di Suntone Reggaefest
Band Rootstalk yang berpecah sekitar tahun 2010 dengan genre reggae moden kembali aktif dengan barisan pemuzik baharu untuk Reggae Fest project di bawah kendalian Jahvalion.
Apiq seorang pemain gitar yang pengasas band yang berasal dari Temerloh , Pahang telah mula bergerak di beberapa gig di sekitar ibu kota sebelum ini.
Apiq sebaliknya tidak putus semangat dan pada 2011, mengekalkan “line-up” lama sehingga sekarang ialah Apiq Sulaiman (penyanyi), Ery Haidar (penyanyi), Johan Othman (dram), Wan Mohd Fadhli (gitar utama), Amir Rashid (bass), NorAzizi EG (perkusi), Azrul ‘Kurt’ Anuar (keyboard) dan Fitri Rosley (gitar kedua).
“Antara pentas besar yang pernah kami adakan persembahan ialah KL Reggae Fest pada 2011, Asian Reggae Fest (2012), Skanking Fest Prelude (2016), Rimba Reggae Fest (2017) serta aktif dengan gig di tanah air antara 2011 hingga tahun lalu.
“Pada 2017, Rootstalk muncul dengan EP pertama berjudul Memoirasta yang memuatkan lima lagu iaitu Oh Hati, Memoirasta, Enough, Cicee dan Mr Arjuna,” katanya.
Baru-baru ini, Rootstalk terbabit menjayakan Suntone Reggaefest yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak.
“Alhamdulillah penganjuran itu berjaya mencapai matlamat. Persembahan kali ini adalah pentas apresiasi Rootstalk terhadap band reggae tempatan yang lain beserta sambutan ulang tahun ke-10 kami dalam ‘scene’ reggae.
“Kami turut menjemput beberapa rakan dari band lain untuk turut serta dengan Rootstalk di Suntone Reggaefest, “katanya
Katanya antaranya Dodd (penyanyi Skudap Skudip), Along (Rasta Syndicate), Apek (Sharp Shooter) dan Bob (Akar Kayu)
“Selain itu, band lain yang turut serta ialah Republic of Brickfields, Rosewood, Coca d Monday, The Island, Highbiscus, Buzzkill, The Ghetto, Banyak Bunyik Republik dan JAHVALION,” katanya.
Rootstalk boleh dihubungi di beberapa platform media sosial seperti Instagram (@roostalkband), Facebook (The Rootstalk) dan YouTube (The Rootstalk).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AirAsia menambah jumlah penerbangan ke Sarawak dengan jumlah penerbangan sebanyak 319 setiap minggu bermula 14 Februari 2022.
Penerbangan AirAsia ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri boleh ditempah menggunakan AirAsia Super App dengan menekan ikon ‘Flights‘ dengan tambang sehala serendah RM108 atau boleh menggunakan mata AirAsia 10,800 mata atau menggunakan akaun kredit untuk menebus tiket penerbangan.
Selain penerbangan ke Sarawak, AirAsia juga menawarkan promosi penerbangan domestik ke Pulau pinang, Pulau Langkawi, Kota Kinabalu, Tawau, Miri dan banyak lagi dengan harga serendah RM18 sehala atau mata AirAsia sebanyak 1,800.
Penerbangan antarabangsa ke Bangkok, Phuket, Phnom Penh, Singapura dan banyak lagi dengan harga bermula RM99 sehala atau dengan 9,900 mata AirAsia.
Promosi tiket tambang murah ini bermula dari sekarang hingga 13 Februari 2022 untuk tempoh perjalanan dari 14 Februari hingga 30 September 2022.
AirAsia bekerjasama dengan Visa menawarkan potongan harga RM15 untuk tempahan tiket penerbangan menggunakan kad Visa dengan perbelanjaan minimum RM200 semasa tempoh promosi berjalan.
AirAsia mengalami sekatan penerbangan selama 20 bulan dan mengambil kesempatan menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangan demi keselamatan tetamu dan kakitangan.
Bagaimanapun, AirAsia hanya menerima penumpang yang sudah divaksin penuh dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang sudah divaksin dua dos termasuk kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.
Syarikat penerbangan tambang murah itu mengamalkan jenis piawaian keselamatan tertinggi seiring dengan rancangan mitigasi COVID-19 yang termasuk menerima penumpang yang lengkap vaksin sepenuhnya dan mewajibkan proses mendaftar masuk secara kendiri melalui AirAsia Super App juga melancarkan sistem pengecaman wajah FACES menjadikan keseluruhan proses perjalanan secara digital.
AirAsia menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman dikenali sebagai Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara pesawat milik AirAsia dan syarikat penerbangan lain.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!