SERAMAI 127 penyokong pasukan bola sepak maut selepas perlawanan ‘derbi’ Jawa Timur antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam tadi.
Turut terkorban dua anggota Polis Republik Indonesia (Polri), kata Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia Daerah (Kapolda) Jawa Timur, Irjen Pol Nico Afinta dipetik dari Kompas.com.
“Ada 34 maut di stadium manakala yang lainnya meninggal dunia di rumah sakit.
“Sekitar 180 lagi penonton dan penyokong sedang dirawat di beberapa rumah sakit sekitar Jawa Timur,” katanya.
Difahamkan, rusuhan itu membabitkan penyokong kedua pasukan selepas perlawanan berakhir.
Punca kecederaan dikatakan akibat tindakan Polri melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan rusuhan itu.
Kebanyakan mangsa dipercayai maut akibat sesak nafas dan dipijak oleh perusuh ketika pihak Polri cuba mengawal keadaan kecoh di dalam stadium terbabit.
Berdasarkan laporan kronologi kejadian, sebahagian besar penyokong mula menceroboh padang selepas pasukan Arema tewas 2-3 ditangan musuh tradisi mereka, Persebaya dalam perlawanan itu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Penyanyi rock legenda, Amy Search atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman (64) kini memasuki senarai terkini golongan anak seni tanah air yang bergelar Datuk.
Beliau menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk merupakan antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Penghibur yang sudah 42 tahun mendedikasikan hidup terhadap arena seni itu sekali gus menjadi satu-satunya penggiat seni yang menerima darjah kebesaran pada majlis berkenaan.
Seramai 883 individu dalam senarai penerima anugerah kebesaran didahului oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikurniakan gelaran Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM), membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Darjah Kebesaran Melaka diberikan kepada kakitangan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, tokoh korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media massa dan ahli-ahli badan sukarelawan.
Istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran dijalankan tiga sesi iaitu pada 24 Ogos dan 27 Ogos, istiadat pengurniaan darjah kebesaran Melaka itu berlangsung di Dewan Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Sementara itu, meninjau akaun Instagramnya, belum ada sebarang perkongsian mahu pun kenyataan berhubung penerimaan darjah kebesaran tersebut.
Namun isterinya, Datin Norhasniza Hassan menerusi Instagramnya @qasander memuat naik gambar Amy dalam persalinan rasmi dalam InstaStory.
SUMBER – KOSMO! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Di Bihar, India tradisi membeli pengantin lelaki sudah diadakan lebih 700 tahun.
Setiap tahun, beribu-ribu lelaki akan berkumpul di bawah pokok Pipal di kawasan pasar untuk menjadi calon pengantin.
Pasar pengantin lelaki dikatakan wujud semasa pemerintahan Raja Hari Singh dari dinasti Karnat untuk memudahkan para wanita mencari calon suami yanng terbaik.
Pasar unik ini diadakan selama sembilan hari, wanita dan keluarga mereka akan datang serta memilih calon suami yang paling sesuai.
Pihak keluarga wanita dan wanita tersebut akan memilih lelaki dan menyemak semua butiran peribadi calon suami seperti sijil kelahiran untuk perbincangan selanjutnya.
Keputusan terakhir calon pengantin lelaki adalah bergantung kepada keluarga pihak perempuan.
Menurut sumber, pasar pengantin lelaki yang bekerja sebagai jurutera, doktor dan kakitangan kerajaan yang paling dicari.
Bagaimanapun tradisi pasar pengantin lelaki tidak begitu popular namun ia tetap menjadi pilihan kerana mudah dapat pasangan seperti aplikasi temu janji pada masa kini.
Ada sesetangah lelaki sanggup menggembara beratus kilometer untuk dijadikan calon pengantin lelaki.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara membuat pindaan Akta Pekerjaan 1995 di mana waktu bekerja akan dikurangkan dari 48 jam seminggu ke 45 jam seminggu bermula 1 September.
Menurut sumber, pindaan ini dibuat untuk memastikan kebajikan pekerja terjaga dan memberi fleksibiliti bekerja selaras dengan Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa.
‘Pindaan ini juga memperkenalkan seksyen baru terhadap pengurusan waktu kerja fleksibiliti dengan membenarkan pekerja bekerja mengikut kesesuaian jam bekerja, hari bekerja atau tempat kerja dari rumah mengikut keadaan seperti pandemik Covid-19’, kata Awang.
Bagaimanapun, cadangan ketetapan waktu bekerja empat hari seminggu masih tidak dibahaskan pada peringkat kementerian.
Sebelumnya, Awang mengumumkan kepada pekerja yang mahu bekerja secara fleksibel boleh memohon untuk Aturan Kerja Felksibel kepada majikan secara bertulis.
Majikan perlu membalas permohonan setuju atau tidak dalam masa 60 hari secara bertulis.
Jika majikan tidak bersetuju, majikan perlu jelaskan sebab-sebab untuk pekerja faham.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Youtuber terkenal, MrBeast hadiahkan pulau persendirian kepada salah seorang subscriber saluran YouTubenya!
Youtuber tersebut meraikan kejayaannya yang berjaya mencapai hingga 100 juta subscriber.
MrBeast atau nama sebenar Jimmy Donaldson muatnaik sebuah video bertajuk I Give My 100,000,000th Subscriber A Private Island.
Pemilik saluran Youtube itu membawa 100 orang subscriber ke sebuah lokasi untuk merebut dapatkan ‘kunci’ ke pulau persendirian itu.
Peserta perlu mengharungi empat halangan untuk menjadi pemilik pulau tersebut.
Cabaran pertama peserta perlu menyalakan api di tepi pantai menggunakan peralatan yang disediakan sahaja, hanya 50 orang yang berjaya layak ke cabaran kedua.
Cabaran kedua ialah permainan ‘red light, green light‘ seperti Squid Games tetapi berada di tengah laut, di atas bot.
Cabaran ketiga, 10 peserta perlu berdiri di atas 10 papan, dan lima papan akan jatuh secara rawak.
Cabaran terakhir, peserta mencari plak khas pencapaian 100 juta subscriber yang dicapai oleh MrBeast, peserta yang berjaya jumpa akan menjadi pemenang.
‘Plak ini adalah kehidupan saya sedekad ini, terima kasih kepada subscriber saya.
‘Saya hargai setiap orang yang menyokong dan menonton saluran saya’, kata Donaldson.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH : Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melancarkan perkhidmatan surau bergerak pada Mac lalu untuk memudahkan peniaga beragama Islam beribadah.
Surau bergerak memberi banyak manfaat terutama kepada mereka yang berniaga di lokasi perniagaan tertentu.
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI, Abu Bakar Hussain berkata ramai yang menggunakan kemudahan yang disediakan.
Perkhidmatan bas bergerak berada pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad bermula jam 6.30 petang hingga 12 malam dan bergerak mengikut lokasi yang bersesuaian serta permintaan ramai.
‘Ramai yang menggunakan surau bergerak ini, bak kata mereka berniaga, berniaga juga tetapi solat tidak dilupakan’, katanya.
Kemduahan ini disediakan untuk mengajak umat Islam bersama-sama mengingati suruhan Allah SWT walaupun kehidupan seharian penuh dengan aktiviti.
Menurut sumber, MBO adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama mempunnyai bas yang direka khas untuk dijadikan surau supaya umat Islam dapat menunaikan solat.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata idea dan reka bentuk surau bergerak ini mengambil kira kemudahan asas serta penambahbaikkan dengan ciri-ciri moden lagi selesa.
Abu Bakar berkata, agensi atau ertubuhan bukan kerjaan (NGO) yang ingin menggunakan perkhidmatan surau bergerak itu boleh hubungi pihak MBI atau dirinya untuk keterangan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Daya ketahanan, ketajaman, kecekapan dan kepantasan akan semakin berkurang apabila usia meningkat. Selalu terlupa, selalu tertinggal barang, tidak ingat sesuatu perkara dan macam-macam hal lagi.
Tetapi sebenarnya ada senaman ringan dan mudah dapat bantu memelihara kemampuan otak walaupun umur semakin meningkat.
WAKTU TIDUR
Kesihatan otak bergantung pada penjagaan waktu rehat seperti tidur. Jika anda tidur lewat, waktu tidur tidak menentu atau tidur terlalu lama juga akan menjejaskan kesihatan otak. Tetapkan waktu dengan betul dan sesuai dengan aktiviti seharian. Otak juga perlu berehat dan bersedia untuk menjalankan aktiviti pada esok hari.
BERHENTI MENGGUNAKAN SEARCH ENGINE
Internet menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita. Mudah, cepat dan tepat segala informasi yang kita perlukan. Tetapi ada kelemahan jika sering menggunakan search engine untuk mencari maklumat. Membaca adalah salah satu cara untuk mengasah otak lebih tajam dan fokus, Untuk hal-hal yang mudah, cari cara manual seperti buku, surat khabar, majalah dan sebagainya.
BAHASA KETIGA
Selain bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, apa kata belajar bahasa ketiga. Dapat juga keistimewaan dan kelebihan. Proses pembelajaran mempengaruhi aura positif untuk otak secara keseluruhan. Belajar perkara baru dapat merangsang perkembangan otak di hippocampus dan cerebral cortex. Bahagian ini adalah kawasan yang menyimpan memori seseorang.
JALAN KAKI
Rajinkan diri untuk lebih banyak berjalan kaki berbanding naik kereta atau motor. Contohnya, pergi ke masjid atau surau selalu naik motor, apa kata tukar pula jalan kaki. Selain dapat kebaikan lebih banyak, otak juga akan sihat dan tetap fokus.
MAKAN MAKANAN SIHAT
Pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, malah akan memberi kesihatan kepada otak. Makan makanan yang memberi nutrisi secara menyeluruh termasuk otak. Sebagai contoh, makan makanan yang mengandungi Omega-3 dan kekacang yang mengandungi vitamin E.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Biasanya sebelum melancong ke luar negara kita pasti tahu barang yang boleh dibawa dan barang larangan.
Kalau naik kapal terbang, sememangnya banyak barangan yang tidak dibenarkan. Jika penumpang tidak mematuhi peraturan, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan undang-undang seperti tidak dibenarkan ke destinasi, dikenakan denda atau mungkin akan ke penjara.
Baru-baru ini, Mashable melaporkan seorang pelancong dari Bali, Indonesia dikenakan denda sebanyak AU$2,664 (RM8,254.78) apabila tiba di Darwin, Australia kerana membawa masuk makanan segera, McDonald’s.
Pelancong itu membawa masuk beberapa McMuffins, croissant ham dan beberapa menu lain yang ditemui dalam bagasi mereka.
Pihak kerajaan Australia tidak bertolak ansur dengan pelancong yang melanggar undang-undang kerana berikutan penyakit kaki dan mulut yang telah merebak di pulau itu.
Kerajaan Australia melaburkan berjuta-juta bagi mengelakkan penyakit tersebut dengan mengambil langkah biosekuriti yang lebih rapi di kawasan lapangan terbang.
Menteri Pertanian, perikanan Australia dan perhutanan, Murray Watt berkata denda yang dikenakan kepada pelancong tersebut adalah dua kali ganda kos tambang penerbangan dari Bali.
Semua menu yang diseludup telah dirampas dan diperiksa untuk dikaji penyakit kaki dan mulut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
INDIA – Seorang pelajar jurusan kejururawatan ditahan oleh pihak berkuasa selepas disyaki menggunakan picagari yang sama menyuntik vaksin COVID-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India.
Menurut sumber, Jitendra Ahirwar yang dilatih untuk menjalankan program vaksinasi oleh jabatan kesihatan tempatan, ditahan awal minggu ini setelah didapati melakukan kesalahan tersebut di daerah Sagar, Madhya Pradesh.
Pegawai Polis Daerah, Tarun Nayak berkata pihak polis telah menahan lelaki itu selepas didapati menyuntik vaksin menggunakan picagari yang sama kepada lebih 30 pelajar. Namun, semua pelajar yang menerima vaksin tersebut selamat.
‘Kejadian ini berlaku ketika program vaksinasi mega sedang dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah tersebut pada hari Rabu yang lalu’, katanya.
Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah Sagar, Dr. Devendra Goswami berkata pegawai vaksinasi daerah itu digantung tugas dan akan menjalani siasatan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: semua peserta menerima taklimat sebelum memulakan perjalanan dengan tren ke Pantai Timur di Stesen Jerantut.
Dua sekolah anjur program hari keluarga guna tren ‘Jungle Railway’ ke pantai timur
JERANTUT – Dua buah sekolah menjadikan perkhidmatan keretapi dengan menaikki tren menghala ke Pasir Mas, Kelantan untuk program Hari keluarga Kelab Guru dan Kakitangan (KGKK) sekolah masing-masing, baru-baru ini.
Sekolah tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya dan SK Kuala Tahan berjumlah hampir 200 orang termasuk keluarga yang menyertai rombongan itu keliahtan sangat teruja.
Guru Besar SK Jerantut Jaya, Radziah Mohd Razali berkata, rombongan seramai 120 orang dengan menaikki tren amat jarang diadakan.
Memulakan perjalanan ke Pantai Timur.
‘Ketika cadangan untuk rombongan ke Pasir Mas dengan tren, ramai yang bersetuju kerana ada di antaranya tidak pernah naik tren ke pantai timur terutama anak-anak kakitangan.
“Terima kasih kepada penyelaras ini yang berjaya menjalankan program yang berjalan lancar dengan kerjasama yang baik daripada semua guru dan kakitangan,” katanya.
Guru Besar Sk Azman Abdulah Hashim berkata, pendekatan hari keluarga kali ini amat luar biasa kerana hampir semua tidak pernah naik tren.
“Tumpuan utama hari keluarga ke Kelantan adalah naik tren selain program sampingan apabila berada di sana.
“Semasa di Rantau Panjang dengan bas yang disewa, ada juga guru dan kakitangan mengambil peluang membeli-belah seperti alas tidur, periuk besar dan kuali,” katanya.
Penyelaras program SK Jerantut Jaya, Muhammad Najib Mohd Nawi berkata, perjalanan dari stesen Jerantut pada jam 5.08 pagi dan tiba ke Pasir Mas pada jam 12.24 tengah hari dan tiga buah bas menunggu mereka untuk ke Rantau Panjang.
“Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik berjalan lancar dan teratur, dan tiba di Stesen Jerantut pada jam 4.30 pagi hari berikutnya,”katanya.
Sempat merakamkan pemandangan di dalam tren.
Seorang guru, Bahriah Ramli berkata, sudah biasa dengan perkhidmatan komuter dan LRT, tetapi dengan tren ke pantai timur dengan jarak yang jauh dan masa perjalanan kira-kira 7 jam adalah kali pertama.
“Teruja juga naik tren ini, bebas boleh berjalan-jalan dalam gerabak, boleh minum di kafe dan bila waktu siang boleh menikmati pemandangan laluan tren ini yang dulu digelar “The Jungle Railway’, salah satu perjalanan keretapi di Asia Tenggara.
“Ia bermula dari Johor Bahru ke sempadan Malaysia-Thai, iaitu stesen terakhir di Tumpat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!