KUALA LUMPUR: Penyanyi Kau Ratnaku, Roy, 57, disahkan bebas positif COVID-19 selepas seminggu dirawat dan menjalani tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh.
Menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Facebook (FB), Roy meluahkan rasa syukur apabila pulih daripada jangkitan virus berbahaya itu, petang ini.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Alhamdulillah, saya sudah keluar hospital dan bebas COVID-19 tahap empat. Sebelum ini, saya berada tahap kedua yang bahaya, selain mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelah kiri.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat FB di mana sahaja kerana sudi mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan saya.
“Saya terharu atas doa ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka,” tulisnya, lapor BH Online.
Menurut Roy, pengalaman bergelar pesakit COVID-19 membuka matanya untuk lebih menghargai kesihatan.
“Saya sudah rasa dan hampir putus nyawa. Perkara ini boleh berlaku bila-bila masa dan di mana mana.
Justeru, saya harap anda semua dapat menjaga diri sebaik mungkin supaya tidak dijangkiti. Jika dijangkiti, ia mendatangkan masalah yang besar.
“Saya panjatkan doa untuk kesejahteraan dan keselamatan anda semua,” luahnya.
Selain Roy, isteri, dua cahaya mata dan adik ipar yang menetap bersamanya turut disahkan positif COVID-19, minggu lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
157 SUKU BAJAU LAUT PELUK ISLAM DI HADAPAN USTAZ EBIT LIEW
KUANTAN: Seramai 157 individu suku Bajau Laut di Sabah semalam mengucap syahadah memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan.
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkata, mereka memeluk Islam ketika beliau menghantar misi bantuan bekalan makanan.
“Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini.
“Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Mereka tiada kepercayaan agama. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.
“Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut. Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan.
GAMBAR IHSAN FACEBOOK USTAZ EBIT LEW
“Mereka susah sangat. Bajau Laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis.
“Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.
“Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama.
“Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
“Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” katanya di laman Facebook hari ini.
Menurut Ustaz Ebit, beliau akan terus membantu penduduk kampung berkenaan termasuk akan uruskan untuk bina sekolah.
“Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka. Saya akan bayar gaji guru-guru yang sedia mengajar disini.
“Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang menyiasat klip video dipercayai aktiviti pemujaan kumpulan tertentu yang dikatakan dilakukan di Pulau Besar, Umbai, Jasin, di sini.
Pengarahnya, Datuk Md Azhan Samat, berkata setakat ini pemantauan dilakukan pegawai penguat kuasa jabatan itu di pulau berkenaan belum pernah terjumpa dengan kumpulan terbabit.
Beliau percaya kumpulan itu hadir di pulau berkenaan pada waktu tertentu, semata-mata untuk menjalankan aktiviti yang dikatakan terkeluar daripada landasan agama.
“Sehubungan itu, saya minta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehadiran kumpulan ini atau kumpulan lain yang menjalankan aktiviti seumpama itu supaya segera melaporkannya kepada JAIM.
“Kerjasama ini amat penting kerana pegawai penguat kuasa kita (JAIM) tidak boleh sentiasa berada di pulau ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Klip video berdurasi lapan minit lima saat itu tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, dengan memaparkan beberapa individu melakukan upacara paluan gong dipercayai ritual ajaran tertentu di pulau yang didakwa Pulau Besar.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan meneliti tindakan sewajarnya berhubung isu agama baharu dikenali sebagai Agama Melayu yang menolak ajaran Islam yang dibawa seorang individu, lapor BH Online.
Katanya, daripada aspek penguatkuasaan, perkara itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa agama bagi tindakan selanjutnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pembaca SAHIH, Noraini Sulaiman, dari FELDA Lurah Bilut, Bentong, kesal dengan kes baharu harian wabak Covid-19 terus meningkat, hari ini (29 Januari) sebanyak 5,725 terdapat kes baharu.
Beliau hairan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah seminggu, sewajarnya kes baharu merosot, sebaliknya semakin meningkat.
Simpatilah kepada petugas kesihatan di seluruh negara yang bertungkus lumus cuba menurunkan kadar kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sudah berusaha keras dengan pasukannya mencari jalan untuk memutuskan rantaian wabak ini daripada terus meningkat.
Sekolah masih ditutup kecuali pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja dibenarkan, semua restoren, kedai makan dan restoran hanya boleh menjual secara bawa pulang.
Beliau merayu kepada semua rakyat Malaysia terus melawan Covid-19 dengan menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Orang ramai jangan berdegil dan keras kepala melawan SOP, elakkan keluar rumah jika tidak perlu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seniman tersohor, Datuk M Nasir kehilangan ayahnya, Mohamed Sam yang menghembuskan nafas terakhir di Singapura sekitar pukul 7.30 pagi ini.
Allahyarham Mohamed meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya.
Menurut isteri M Nasir, Datin Marlia Musa, ekoran pandemik COVID-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang ke Singapura untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Sehubungan itu, kata Marlia, beliau bersama suami serta anak-anak hanya mampu reda dan berdoa dari jauh memohon kesejahteraan Allahyarham bapa mertuanya itu.
Sekalipun sedih dan berduka kerana tidak dapat bersama memberi penghormatan terakhir, namun, kata Marlia, apa kudrat yang mereka ada kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan.
“Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan akibat COVID-19.
“Abang (M Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan,” jelas Marlia kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Marlia berkata, kali terakhir beliau serta suaminya bertemu dengan Allahyarham ialah kira-kira setahun lalu sebelum COVID-19 menular.
“Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu,” ujar Marlia lagi.
Ketika ini, jelas Marlia, jenazah Allahyarham bapa mertuanya sedang diuruskan untuk pengebumian oleh adik-beradik M Nasir seramai lapan orang yang menetap di Singapura.
Seniman M Nasir merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOREA SELATAN : Pelakon Song Yoo-jung, yang terkenal menerusi siri Make Your Wish, ditemui meninggal dunia pada Sabtu.
Berita itu disahkan oleh pengurusannya, Sublime.
Punca kematian bagaimanapun tidak dinyatakan.
Upacara pengebumian telah dijalankan pada tengah hari Isnin di Gangnam.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Song, 26, memulakan kariernya sebagai model jenama kosmetik sebelum beralih ke bidang lakonan pada tahun 2013, lapor Agensi.
Selain Make Your Wish, Song juga dikenali menerusi lakonan dalam School 2017 dan Dear My Name.
Song menandatangani kontrak bersama Sublime pada tahun 2019, yang juga mewakili ramai bintang lain seperti pelakon Parasite, Song Kang-ho dan penyanyi Jung Ji-hoon (atau Rain), sebagai persiapan dalam langkah seterusnya dalam bidang seni.
Beberapa laporan berita di Korea menyatakan bahawa Song membunuh diri, tetapi sehingga kini belum dapat dipastikan.
Jika laporan itu benar, Song menyertai senarai panjang bintang muda Korea Selatan yang membunuh diri dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk bintang K-pop Sulli dan Goo Hara.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal tanah air, Roy memaklumkan ujian saringan COVID-19 ke atas dirinya mendapati dia positif pandemik berkenaan.
Menurut penyanyi yang sangat popular dengan lagu Ratnaku itu, ujian tersebut juga mendapati dia berada di tahap keempat penyakit berkenaan dan sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mengesahkan perkara itu kepada portal Harian Metro, Roy atau nama sebenarnya, Mohammad Rauzan Alwi berkata, dia secara peribadi tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti pandemik berkenaan.
Roy yang berusia 57 tahun berkata, dia reda menerima ujian itu selain berserah kepada Allah.
GAMBAR IHSAN HARIAN METRO
“Apa lagi yang boleh dibuat, selain saya kena reda dan tawakal pada Allah.
“Ahli keluarga saya juga kini menjalani kuarantin di rumah sekarang, manakala restoran keluarga kami di Banting ditutup sementara,” katanya.
Roy yang terkenal menerusi lagu-lagu patriotik sebelum itu dilaporkan dimasukkan ke Hospital Banting pada tengah malam Sabtu akibat sesak nafas.
Hasil pemeriksaan doktor ke atas bekas peserta program Gegar Vaganza musim keenam itu mendapati terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG: Kesihatan pelawak veteran, Datuk Jamalai Shadat atau lebih dikenali sebagai Jamali Shadat, 78, yang dilaporkan merosot beberapa hari lalu, kini semakin pulih.
Menurut anaknya, Fauzi Jamalai, 48, sejak tiga hari lalu, ayahnya tidak mahu menjamah sebarang makanan dan hanya terbaring terlantar di atas katil.
Malah, Fauzi berkata, dia juga terpaksa memanggil doktor ke rumahnya di Pulau Indah di sini bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas ayahnya itu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Doktor terpaksa menggunakan drip bagi memasukkan air ke dalam badan ayah selepas dia tidak mahu makan sejak tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, keadaan ayah semakin pulih kini dan dia juga sudah ada sedikit selera makan semalam (Ahad),” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di rumahnya pada Isnin.
Sementara itu, Fauzi berkata, sejak pemergian ibunya, Lela Yacob yang meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, keadaan kesihatan ayahnya itu mula merosot, malah dia juga tidak lagi seceria dahulu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Sama-sama kita doakan semoga Datuk Jamali Shadat dilindungi Allah swt.
Sangat kesal dengan sesetengah orang yang mengatakan Datuk Jamali Shadat sudah meninggal dunia, dan keadaan datuk Jamali Shadat sekarang semakin pulih… Hentikan berita palsu….
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKARTA : Penyampai dan pereka fesyen, Caren Delano, 39 tahun, menceritakan kisahnya menghadapi tempoh kuarantin setelah disahkan positif Covid-19 serta menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selama lima hari yang tamat semalam.
Beliau yang juga penyampai salah satu program Pagi-pagi Ambrya memaklumkan kepada umum bahawa jangan cuba mempersenda pendemik itu dan perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati mengikuti peraturan yang telah ditetapkan daripada diserang gejala itu, lapor Kompas. com.
“Jangan anggap remeh virus ini, jangan mudah tidak ambil peduli ya.
“Di sini saya mau mengajak teman-teman, kita enggak tracking, enggak bisa tahu lagi di mana virus itu, jadi buat teman-teman semuanya tetap hati-hati, selalu jaga jarak, yang paling penting selalu cuci tangan dan pakai masker, ” katanya dari akaun Instagram @cerendelano.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Siapa single dekat sini? Sebelum korang memulakan sesi pencarian bakal suami, pastikan korang tahu apa ciri-ciri yang kena elak pada seorang lelaki. Memang tiada yang sempurna tapi kita masih berpeluang untuk mencari yang lebih baik.
Jadi, jom tengok ciri-ciri lelaki yang korang patut elak untuk menjalinkan hubungan. Tapi kalau itu memang taste korang, haa hadaplah ye. Selamat berjaya!
Lelaki Tidak Bekerja
Sebolehnya carilah lelaki yang bekerja. Tidak kira bekerja tetap atau kerja secara sendirian. Yang penting ada sumber kewangan dan stabil untuk menyara hidup keluarga. Bukan perempuan tak perlu keluar duit tapi kebajikan pasangan dan keluarga adalah tanggungjawab seorang lelaki.
Lelaki Tiada Pendirian
Cari lelaki yang ada plan masa hadapan, berwawasan dan tidak putus asa. Jangan cari yang sekejap tukar kerja, selepas sebulan tukar kerja lain, nak buat perniagaan sendiri. Sumber pendapatan tidak tetap dan tiada hala tuju.
Lelaki Cakap Tak Serupa Bikin
Lelaki macam ni selalunya suka bercakap dan bercerita. Topik yang selalu dicerita mengenai diri sendiri dan selebihnya berangan tanpa ada usaha. Perempuan asyik kena dengar cerita dia sahaja, tapi dia tak berminat untuk mendengar cerita pasangan.
Lelaki Tidak Matang
Pastikan lelaki yang korang pilih adalah matang. Kalau tidak, benda kecil pun boleh jadi besar. Reply Whatsapp lambat pun boleh bergaduh. Apa tah lagi kalau hubungan dilanda masalah, penat korang kena fikir nanti.
Lelaki Kedekut
Jenis macam ni dah boleh tengok dari zaman bercinta lagi. Kalau masa bercinta pun asyik perempuan je keluar duit, lelaki tengok je maknanya sah! Lelaki kedekut. Perempuan yang hadiahkan macam-macam, si lelaki tak memberi pun. Kes ini akan lebih jelas bila dah berkahwin. Semua benda si suami akan berkira. Nak makan ayam pun susah, punyalah tak nak keluar duit.
Lelaki Buaya
Yang ini mestilah kena jauhkan diri. Jangan sesekali cair dengan ayat si buaya darat ni. Nanti korang merana. Si dia kaki perempuan, setiap minggu tukar girlfriend. Jangan letak harapan tinggi kepada lelaki jenis ini, dia tidak akan jaga hati korang pun. Nanti dia dah boring, dia cari perempuan lain pula.
Lelaki Panas Baran
Haa tolong jauhkan diri dengan lelaki jenis panas baran. Kalau yang tak kahwin lagi, jangan harapkan lelaki panas baran boleh ubah sikap lepas kahwin. Kalau yang dah kahwin tu, harap korang dapat jalan penyelesaian sebaiknya.
Lelaki Naik Tangan
Selalunya lelaki naik tangan atau kaki pukul datang sekali dengan panas baran. Ada yang jenis panas baran sahaja tak memukul. So, lebih kurang je. Sama juga seperti lelaki panas baran, elok korang tinggalkan. Jenis naik tangan ni bukan hati je sakit, badan pun boleh berdarah. Hati-hati, okay?
Lelaki Tidak Beriman
Handsome mana pun seorang lelaki itu, korang wajib pilih lelaki yang beriman atau mempunyai pengetahuan agama. Agama adalah perkara paling asas dalam hidup, sekurang-kurangnya pilih lelaki yang ada asas agama dan sama-sama membaiki diri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!