KUALA LUMPUR: Pelakon drama Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Makcik Petir meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.
“Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi.
“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman,” kata Faizul Hafiz.
Pada tahun 2017, Noryati pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru, lapor ASTRO Awani.
Noryati juga diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.
Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemain tenis professional Switzerland, Roger Federer, 36, dilantik sebagai duta rasmi Switzerland dengan kerjasama Switzerland Tourism (ST) untuk mempromosikan pelancongan global.
Promosi Roger Federer dan ST berlangsung bermula April dengan memberi tumpuan pelancongan di bandar Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Pasifik.
Beliau berjaya mendapat tempat semasa Grand Slam Wimbledon pada usia 35 telah dan mengharumkan nama Switzerland ke persada dunia.- sumber myswitzerland.com
Kerjasama Roger Federer dengan lembaga pelancongan tempatan adalah inisiatif jangka panjang untuk destinasi nasional.
Selain itu, kerjasama ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan dengan keindahan alam semula jadi di negara itu.
“Saya telah menjelajah seluruh dunia, tempat kegemaran saya sentiasa di Switzerland, negara yang saya sering rindui ketika saya melancong ke tempat lain,” katanya menerusi baseline.tennis.com
Bayaran yang diterima oleh Roger Federer disalurkan ke Roger Federer Foundation yang membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Switzerland.
Kepada rakyat Malaysia, bersabarlah menunggu pintu sempadan antarabangsa dibuka secepat mungkin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POLIS SIASAT AKTIVITI SANTAI NEELOFA, SUAMI DI LANGKAWI
LANGKAWI – Selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung gambar dan video tular pasangan itu bersiar-siar di pulau peranginan Langkawi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.
“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, pada Ahad.
Abdul Hamid berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang dilakukan pasangan itu sebahagian urusan perniagaan selebriti terbabit.
“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja… jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP.
“Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya, lapor Bernama.
Sebelum ini, Polis Daerah Brickfields mengesahkan memberikan kebenaran kepada Neelofa dan tiga yang lain untuk ke Pulau Langkawi, atas urusan kerja.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kasut rumit tinggi memberi kesan seseorang nampak tinggi dan seksi. Tidak kira pergi kerja ke, kenduri ke majlis atau majlis keraian, kebanyakkan perempuan memilih pakai kasut tinggi untuk bergaya.
Terlalu kerap pakai kasut tumit tinggi akan ada side effect tau. Kesan yang korang rasai bukan dalam jangka masa yang cepat tetapi jangka masa yang panjang yang boleh memudaratkan diri. Walaupun nak nampak cantik, pastikan kesihatan korang terjaga ya. Jom baca kesan negatif kalau terlalu kerap pakai kasut tumit tinggi.
Tulang Belakang
Kasut tumit tinggi membuatkan si pemakai menghadapi sakit belakang kerana tulang belakang mengembang untuk seimbangkan badan supaya tidak jatuh. Apabila pakai kasut tumit tinggi, badan akan sedikit kehadapan untuk kekalkan kedudukan. Jika kerap pakai kasut tumit tinggi, keseimbangan otot dan tulang belakang akan terjejas.
Postur
Untuk seimbangkan kedudukan badan, pakai kasut tumit tinggi akan memberi tekanan pada bahagian depan kaki. Dari segi fizikal, badan akan nampak cantik tapi bahagian depan kaki akan beransur kebas dan akhirnya sakit.
Tumit Pecah
Perkara ini biasa berlaku. Pakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan tumit kaki pecah. Semakin kerap pakai kasut tumit tinggi, lagi mudah tumit korang rosak.
Tidak Elok Untuk Ibu Mengandung
Oleh kerana postur badan tidak diposisi asal semasa pakai kasut tumit tinggi, apa tah lagi jika ibu mengandung pakai tumit tinggi. Tulang belakang semakin sakit, kaki lenguh dan mungkin akan terus daripada itu.
Untuk trimester pertama kandungan, kandungan tidak terjejas tapi untuk usia kandungan semakin meningkat. Berat badan bertambah dan kandungan semakin membesar, ibu perlukan keseimbangan dengan lebih tinggi.
Trimester kedua, kandungan hormon relaksin ibu mengandung akan melanggorkan ligamen badan kerana bayi melepasi pelvis. Oleh itu, pelvis dan sendi belakang akan berubah dan menambahkan tekanan pada sendi menyebabkan sakit bahagian pinggang.
Trimester ketiga, pembengkakan edema menyebabkan ibu tidak selesa dan berat. Elakkan pakai kasut tumit tinggi kerana risiko untuk jatuh sangat besar. Ia sangat bahaya untuk kandungan dan diri sendiri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POLIS BERI KEBENARAN NEELOFA KE LANGKAWI ATAS URUSAN KERJA
KUALA LUMPUR – Polis Daerah Brickfields mengesahkan memberikan kebenaran kepada selebriti Neelofa dan tiga yang lain untuk ke Pulau Langkawi, atas urusan kerja dan bukannya untuk berbulan madu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, ia berdasarkan permohonan yang dibuat oleh wakil sebuah syarikat produk minuman di Balai Polis Sri Hartamas di sini.
“Kita mendapati tujuan utama Neelofa dan wakil syarikat terbabit bersama dua yang lain adalah atas urusan kerja bersama pihak Chatime Malaysia.
“Dalam permohonan itu mereka dibenarkan bergerak ke lokasi itu atas tujuan tersebut bermula 27 Mac hingga 4 April ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Basri berkata, hasil semakan pada borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai Polis Sri Hartamas, mendapati sebab-sebab pergerakan keluar empat individu itu adalah untuk urusan kerja.
“Malah syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka,” katanya.
Basri berkata, berdasarkan jadual pergerakan mereka, lokasi yang akan dituju oleh empat individu terbabit termasuk Neelofa adalah Langkawi, Sungai Petani, dan Kangar, Perlis.
“Berdasarkan lampiran surat permohonan, mereka dijadualkan tiba di Langkawi pada 29 Mac, dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat ke cawangan Chatime di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April.
“Saya menegaskan kebenaran permohonan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Sri Hartamas adalah atas urusan kerja dan bukan untuk tujuan berbulan madu.
“Sekiranya terbukti kehadiran Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, maka pihak polis di sana boleh mengambil tindakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pisau adalah peralatan masakan yang penting. Nak potong itu ini memang guna pisau. Ada ke rumah tiada pisau? Pisau pun ada jangka hayat sendiri. Dah terlalu banyak kali guna, mestilah mata pisau mula tumpul. Maklumlah, rajin sangat masak.
Jangan beli yang baru dulu! Pisau boleh diasah dan tajamkan semua mata dia. Membazir je beli baru. Apa bahan yang boleh tajamkan pisau? Jom tengok, nanti boleh buat.
Honing Rod
Apa honing rod tu? Kalau batang pengasah tahu tak? Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Okay, cara guna honing rod senang je.
1) Posisi pisau kena betul sebab nanti mata pisau tak tajam. Kedudukan honing rod dengan mata pisau perlu arah bertentangan. Tak kisah kiri dan kanan, ikut keselesaan korang.
2) Pegang honing rod dan gerakkan mata pisau sahaja ke atas honing rod tadi. Pastikan mata pisau kena pada honing rod. Tekan sikit okay? Jangan lupa serongkan mata pisau pada sudut 20 hingga 30 darjah.
3) Ulang pergerakkan tersebut sampai puas hati. Basuh pisau macam biasa dan boleh guna!
Pengasah Batu
Masih ramai lagi menggunakan pengasah batu. Cara tradisional ni memang popular. Selain tajamkan pisau, pengasah batu boleh meluruskan busu pisau yang bengkok.
1) Basahkan batu pengasah terlebih dahulu.
2) Kedudukan pisau perlu 20 darjah arah lawan batu pengasah. Asah pisau atas batu pengasah sampai mata pisau tajam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Ketika kisah perkahwinan mereka masih hangat diperkatakan, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan Haris Ismail sekali lagi mengundang perhatian ramai selepas beberapa keping foto yang mendakwa mereka berbulan madu di Langkawi, Kedah tular dalam media sosial.
Dalam foto-foto berkenaan, kelihatan Neelofa dan Haris berada di sebuah lapangan terbang dan sedang menaiki sebuah penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan terkenal tersebut.
Tangkap layar beberapa foto tular yang mendakwa pasangan tersebut berada di sebuah lapangan terbang sebelum berlepas dengan menaiki kapal terbang untuk berbulan madu ke Langkawi.
Rata-rata netizen menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing dan mempersoalkan bagaimana pasangan yang baru berkahwin pada Sabtu lalu itu dibenarkan merentas negeri dan berbulan madu.
Bagaimanapun, di sebalik segala kecaman tersebut, ada juga yang berpendapat bekas pengacara MeleTOP dan suaminya itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Hasil tinjauan KOSMO! Online tiada sebarang perkongsian dalam Instagram Neelofa dan Haris tentang dakwaan mereka sedang berbulan madu.
Untuk rekod, pasangan tersebut selamat diijabkabul pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) pernah mengumumkan penduduk dari negeri bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan melancong namun menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa 10 Mac lalu.
Bagaimanapun, kebenaran rentas negeri tersebut hanya dibenarkan di antara negeri kategori PKPP juga.
Berdasarkan laporan MKN hari ini, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak tertakluk sebagai enam negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Manakala, lapan lagi negeri iaitu Kedah, Sabah, Terengganu, Sabah, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka pula di bawah PKPP.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan Neelofa akan dipanggil memberi keterangan esok berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, Sabtu lalu.
Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan selebriti itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN sehingga mendapat kecaman ramai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Impian selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari bahagia pasangan itu, lapor BH Online.
Biarpun mengikut rutin norma baharu, majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz ala kayangan bertema putih itu dihadiri 200 tetamu ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.
Tetamu yang hadir pula berpakaian baju kurung, berbaju Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi tema atas permintaan pihak pengantin.
Mengenai hantaran, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor bagaimanapun tidak menyatakan sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.
Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.
Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang. - Foto Wedlocx.coPU Riz menyarungkan cincin ke jari Neelofa. - Foto Wedlocx.co
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar pasangan berkenaan.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa yang juga seorang usahawan berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018.
“Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
“Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan hatinya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz.
GAMBAR HIASAN
Bekas pengacara MeleTOP tersebut dijangka akan diijab kabul pada jam 10.30 pagi ini, lapor Astro AWANI.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup disebuah hotel terkemuka di ibu kota.ajlis ini hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PM UCAP TAHNIAH KEPADA BELABAN HIDUP : INFEKSI ZOMBIE
MENANG KATEGORI SERAM DAN SAINS FIKSYEN WORLD FILM CARNIVAL (WFC) SINPAURA 2021
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin memberi ucapan tahniah kepada pengarah filem, Ray Lee, penerbit kelahiran Sarawak, Misha Minut dan semua pihak yang terlibat dalam penerbitan serta para pelakon atas kemenangan yang mengharumkan nama Malaysia di luar negara.
“Saya ingin berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah atas kejayaan filem indie, Belaban Hidup: Infeksi Zombie yang memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.
“Kemenangan ini meneruskan kesinambungan kejayaan filem-filem atau terbitan kreatif pemain industri tempatan di peringkat antarabangsa sebelum ini, sekaligus membuktikan negara tidak ketandusan bakat dan penghasil karya hasil seni yang berkualiti antarabangsa,”katanya.
Kata beliau, berasa yakin filem yang menggabungkan elemen seram dan aksi yang mengetengahkan kisah pahlawan Dayak Sarawak ini secara tidak langsung mampu mempromosi Malaysia, khususnya kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa di Sarawak kepada dunia.
“Tahniah kepada pengarah filem, saudara Ray Lee, penerbit kelahiran Sarawak, saudari Misha Minut, semua pihak yang terlibat dalam penerbitan serta para pelakon atas kemenangan ini yang tentunya turut mengharumkan nama Malaysia di luar negara.
“Semoga filem yang dikhabarkan bakal memasuki pawagam pada Ogos depan, moga akan mendapat sambutan daripada peminat-peminat filem tempatan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!