Kura-kura Seychelles yang diberi nama Jonathan direkodkan sebagai haiwan tertua di dunia dalam Guinness World of Records.
Reptilia tersebut mempunyai berat 440 pound (199kg) berada di Pulau St. Helena, Penguasaan British di Lautan Atlantik Selatan.
Haiwan tersebut bertahan selama 39 penukaran presiden Amerika Syarikat, dua peperangan dunia dan tujuh takhta British.
Menurut Joe Hollins, seorang doktor berkata semasa peperangan, orang ramai kelaparan, negara dilanda musibah kura-kura ini tetap hidup dan tidak menyedari peristiwa yang berlaku.
Jonathan menjadi ikon pulau tersebut kerana memberi simbol kepada ketekunan, daya tahan dan kemampuan bertahan lama.
Jonathan menjadi kura-kura tertua kerana mampu hidup lebih dari 190 tahun atau mungkin 200 tahun kerana tiada catatan rasmi yang direkodkan semasa kelahirannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang lelaki menemui haiwan aneh yang tidak dikenali dan tidak pernah dilihat selama ini.
Lebih mengejutkan rupa bentuk haiwan itu seakan-akan anak naga seperti yang ditayangkan dalam filem.
Ketika lelaki ini menemui haiwan itu, cicak tersebut langsung tidak cuba melarikan diri atau bersembunyi.
Namun, ia menggigit ekornya sebelum menggulung badannya menjadi bola dan bergolek untuk melarikan diri.
Cicak ini dikenali sebagai cicak armadillo atau cicak Golden-armadillo. Nama saintifik cicak ini adalah Ouroborus Cataphractus.
Cicak ekor berduri ini adalah spesies cicak dalam keluarga Cordylidae yang mudah dijumpai di kawasan padang pasir di sepanjang pantai barat Afrika Selatan.
Cicak armadillo terkenal dengan postur badan yang tahan lasak. Panjang cicak ini kira-kira 25 cm (10 inci).
Apabila terasa diancam oleh musuh, cicak ini menggulungkan badan seperti bola dan memasukkan ekornya ke dalam mulut.
Walaupun cicak ini memiliki badan yang pelik, ia sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
Cicak armadillo tidak mengawan terlalu kerap menjadikan ia boleh hidup sendirian tanpa ada pasangan.
Disebabkan hidup sendirian, cicak spesies dari keluarga Cordylidae ini rendah kadar pembiakan dan dilaporkan hanya satu hingga dua ekor sahaja dalam setahun.
Terdapat segelintir manusia yang sanggup manghabiskan duit untuk mendapatkan haiwan unik ini. Beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti menjual cicak armadillo ini sangat aktif.
Walaupun cicak ini kelihatan menakutkan tetapi ia boleh berubah tingkah laku jika sudah biasa hidup bersama manusia.
Tetapi lebih baik jika manusia tidak mengganggu spesies cicak yang terancam ini. Biarkan sahaja haiwan seperti ini hidup tanpa diusik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kepupusan haiwan unik ini mungkin akan menyebabkan ekosistem bumi terganggu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat popular.
Boleh dikatakan kebanyakkan rumah ada sekurang-kurangnya seekor kucing.
Munurut kajian, memelihara kucing dapat menghilangkan stress, kebosanan dan melatih diri supaya lebih disiplin kerana pemilik kucing perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada si bulus mereka.
Ada orang sanggup berhabis duit untuk kucing kesayangan atau mambantu kucing jalanan supaya dapat makanan yang cukup, tempat berteduh yang selesa dan selamat daripada bahaya.
Berita gembira untuk pencinta si bulus! Di Jepun menyediakan hostel yang membenarkan pengunjung berehat sambil di temani si bulus yang gebu!
Wow, menariknya! Kafe penyelamat kucing di Osaka Prefecture, barat Jepun menyediakan pengalaman yang menarik kepada pengunjung yang menginap di hostel bersama si comel.
Hostel ini diberi nama Neko Hatago yang dibuka pada Disember 2019.
Neko Hatago sebenarnya disambungkan ke kafe kucing Neko Yokujo.
Selain daripada menyediakan bilik yang boleh tidur sambil ditemani si comel, hostel kucing ini mempunyai bilik yang berkonsepkan Edo Era pra-moden.
Pengunjung hostel boleh melihat gelagat kucing dari kafe kucing melalui kaca yang dipasang di setiap sisi katil.
Naomi Nishikubo, pengurus Neko Hatago mengatakan hasratnya yang mahu orang ramai lebih mendekati dan mengenali kucing membuka hostel ini untuk memberi peluang kepada mereka beramah-mesra dengan kucing.
‘Saya tidak tahu apa yang akan berlaku sekarang tetapi saya mengharapkan orang ramai menginap di sini untuk menyaksikan kucing kami yang aktif’, katanya.
Suara kucing comel akan didengari pengunjung selepas tirai ditutup pada pukul 10 malam.
Para pengunjung juga berpeluang untuk memandikan dan memberi makan kepada si bulus sebelum dan selepas waktu kafe dibuka..
Memetik laporan daripada Kyodo News, kafe hostel ini juga bekerjasama dengan kumpulan tempatan untuk mencari pemilik baru kucing-kucing untuk diselamatkan.
Walau bagaimanapun, hostel kucing ini juga terjejas dengan wabak yang melanda.
Sebelum virus COVID-19 menyerang, terdapat ramai pelancong asing meluangkan masa bermalam bersama kucing tetapi selepas virus ini muncul, jumlah yang menginap di hostel ini adalah penduduk tempatan.
Untuk langkah berjaga-jaga, pihak hostel membuka kepada satu pengunjung setiap hari yang boleh dibuat di laman web rasmi hostel Neko Hatago.
Kepada anda yang ingin melibat gelagat si bulus sebelum tidur, boleh menginap di hostel kucing Neko Hatago, Jepun selepas pandemik COVID-19 berakhir.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ramai yang menyayangi haiwan. Ada sesetengah orang hanya sukakan haiwan tapi tidak pelihara, ada juga yang sukakan haiwan dan pelihara dalam rumah.
Kumpulan haiwan ada pelbagai jenis antaranya jenis ikan, mamalia, amfibia, burung, reptilia dan banyak lagi.
Untuk pencinta haiwan eksotik seperti gecko, sejenis haiwan yang berada dalam kumpulan reptilia, mungkin tak asing lagi dengan haiwan jenis cicak ini.
Gecko dikenali juga sebagai cicak tokek atau cicak gurun.
Cicak ini seakan cicak biasa yang ada dalam rumah tapi memiliki lorekan warna kulit yang terang dan unik menyebabkan cicak ini bernilai dan boleh mencapai harga yang tinggi.
Gecko juga sangat sinonim dengan haiwan yang sangat happy go lucky kerana apa juga keadaan haiwan ini akan sentiasa tersenyum. Comelnya!
Siapa yang berminat dengan gecko dan berhasrat untuk memeliharanya, anda boleh baca artikel ini untuk meneruskan hobi anda.
Sediakan Kandang Atau Sangkar
Gecko perlukan rumah sendiri. Anda perlu sediakan sangkar untuk haiwan ini berehat.
Sediakan tempat yang selesa, bersih dan menjamin kesihatan cicak gurun.
Sangkar yang diperlukan adalah yang diperbuat daripada kaca atau plastik jernih dan jangan terlalu sempit.
Dalam sangkar pula, gecko sangat perlukan tempat bersembunyi dan alaskan dengan kertas atau kain.
Jangan lupa sediakan tempat makan dan minum. Hiaskan dengan kayu kecil untuk gecko berehat.
Bersihkan Sangkar
Walaupun haiwan ini dianggap mempunyai ketahanan badan yang tinggi tetapi kebersihan sangkar mempengaruhi kesihatan gecko.
Kadang-kadang sangkar kotor adalah penyumbang utama gecko akan sering sakit dan cepat mati.
Buang najis gecko dan gantikan alas sangkar untuk gecko terhindar dari bakteria.
Pencahayaan Yang Baik
Disebabkan cicak gurun ini sukakan haba yang tinggi, pastikan anda menyediakan tempat yang tidak terlalu sejuk.
Anda boleh memasang lampu yang berwarna kuning, merah atau biru untuk mendapatkan suhu yang normal kerana gecko agak aktif pada waktu malam.
Jenis Makanan
Jaga haiwan perliharaan anda dengan baik. Dari tempat tinggal hingga makanan.
Gecko perlu makanan yang cukup nutrisi untuk menjamin kesihatan dan umur yang panjang.
Cicak tokek ini makan serangga kecil seperti lalat, cengkerik dan cacing. Cacing yang menjadi kegemaran haiwan autotomi ini adalah cacing jenis waxworm, superworm dan mealworm.
Jangan biarkan gecko makan serangga liar kerana akan menyebabkan keracunan dalam badannya.
Multivitamin
Eh, gecko pun makan vitamin? Ye! Untuk gecko yang dipelihara, sediakan vitamin D3 bertujuan untuk menjaga tulangnya.
Untuk menjaga berat gecko, anda boleh sediakan makanan dengan campurkan madu dengan bekas minuman gecko.
Selain itu, campurkan sedikit kuning telur dalam makanannya. Berikan vitamin atau makanan tambahan ini sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Untuk melihat gelagat Tunui dan pemiliknya, Sara Sufia boleh klik Tiktok atau Instagram.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA TINGGI: Bangkai seekor tapir dipercayai dilanggar kenderaan berat ditemui di Jalan Sedili – Tenggaroh, di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, pihaknya menerima aduan awam mengenai penemuan itu jam10.40 pagi.
Katanya, siasatan lanjut di lapangan mendapati tapir jantan dewasa dianggarkan seberat 250 kilogram (kg) dipercayai mati akibat dilanggar.
“Ini kerana tidak menjumpai sebarang serpihan kenderaan yang melanggar tapir itu di lokasi kejadian.
Gambar Hiasan
“Kejadian disyaki berlaku pada sebelah malam atau awal pagi hari sama.
“Ukuran morfologi bangkai tapir terbabit sudah diambil sebelum ianya dilupuskan secara ditanam di lokasi berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor BH ONLINE.
Salman berkata, kejadian itu adalah kes kedua tapir mati dilanggar dalam tempoh kurang dua minggu, bagi tahun ini.
Katanya, kejadian pertama berlaku pada 27 Mac lalu membabitkan tapir jantan dianggarkan seberat 300 kg di Jalan Mersing-Jemaluang, Mersing.
“Sepanjang tahun lalu, sebanyak tujuh kes tapir mati dilanggar yang direkodkan di negeri ini iaitu enam daripadanya berlaku pada Januari dan Februari.
“Pengguna jalan raya diminta supaya berhati-hati ketika melalui kawasan lintasan hidupan liar kerana papan tanda amaran kebanyakannya sudah dipasang supaya kejadian seumpama tidak berulang,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kucing berwarna oren memang popular. Sekarang dikenali sebagai kucing oyen. Ramai warganet bersetuju mengatakan kucing oyen ini mempunyai perangai yang luar biasa berbanding kucing lain.
Kucing oyen mempunyai pesonanya tersendiri. Perangainya, tingkah laku dan raut wajah yang bersahaja membuatkan orang ramai geram.
Perkongsian jenis-jenis kucing oyen seluruh negara di Twitter@matpida_ mendapat sambutan sebanyak 12.6k retweets dan 29k likes.
Jom tengok jenis-jenis kucing oyen seluruh negara!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mohd Azrul Fahami Kamarulzaman dari Kampung Kelibang, Kerdau di Temerloh berkongsi dengan pembaca SAHIH mengenai burung puyuh dibelanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), April lalu.
Sehingga kini sebanyak 200 burung puyuh telah dipelihara sekaligus menjana pendapatan kepadanya.
Burung puyuh sangat enak digoreng garing selain masak lemak cili api, goreng berlada dan goreng kicap.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!