Walaupun banyak restoran sudah mulakan perniagaan, kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19.
Selain daripada kurangkan keluar rumah, jaga jarak dengan orang ramai dan sentiasa pakai cecair pembasmi kuman, kita juga perlu menjaga cara pemakanan.
Sekarang kita disarankan untuk masak di rumah supaya terjamin kebersihan dan kualiti makanan. Oleh itu, jom tengok tips macam mana nak pastikan makanan yang kita masak sentiasa berkhasiat, sihat untuk daya tahan badan dan makanan sentiasa berkualiti.
Peralatan Yang Bagus
Tidak semestinya kena beli barang memasak yang mahal, cukup sekadar dalam kemampuan anda. Atau anda boleh beli semasa diskaun besar-besaran!
Laburkan sedikit simpanan anda untuk kesihatan seumur hidup. Banyak jenama perkakas dapur yang berkualiti dan harga yang mampu milik.
Bahan Mentah
Pilih bahan mentah seperti sayur, daging dan barang keperluan yang berkualiti tinggi.
Kurangkan pengambilan makanan segera atau makanan yang sejuk beku.
Bahan yang berkualiti dan segar akan membuatkan masakan lebih sedap dan sihat.
Cara Masak
Jangan risau, jika anda tidak mempunyai cara masak anda boleh buar rujukan sama ada bertanya kepada orang lain atau menggunakan teknologi sekarang.
Senang je, buka je handphone dan cari cara masak makanan yang berkhasiat. Semuanya dihujung jari, pasti masakan anda menjadi.
Banyakkan kaedah memasak secara bakar, rebus, kukus atau panggang. Kurangkan makanan berminyak yang semamangnya tidak sihat untuk jangka masa panjang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mungkin tak ramai tahu jus lidah buaya boleh membantu penghidap penyakit diabetes.
Pesakit diabetes perlu menjaga kadar gula dalam darah untuk mencegah komplikasi kesihatan harian.
Peningkatan kadar gula dalam darah menyebabkan gangguan metabolisme yang dikenali sebagai Diabetes Mellitus yang menyebabkan produksi insulin bermasalah.
Lidah buaya bukan sahaja baik untuk kecantikan kulit, malah memberi manfaat kepada badan seperti mencegah sembelit, kurangkan penyakit kulit, cacing dan sebagainya.
Lidah buaya mempunyai nutrisi yang baik antaranya enzim, kalsium, magnesium, fosfor, zat besi, antioksidan, vitamin A, B, C dan E.
Jus Lidah Buaya Sebagai Hipoglikemia
Hipoglikemia adalah kadar gula dalam darah (glukosa) berada di bawah aras normal. Minum jus lidah buaya dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah dengan segera.
Manfaat dalam lidah buaya seperti kromium dan alprogen dipercayai merangsang rembesan insulin dan membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
Mengandungi Glukomanan dan Antrakuinon
Antara khasiat dalam jus lidah buaya adalah glukomanan. Kandungan polisakarida yang terdiri daripada galaktosa, glukosa dan mannose mudah larut dalam air dan mudah menyerap ke dalam tubuh. Oleh itu, gula dalam darah boleh turun dengan cepat.
Mempunyai Antioksidan
Jus lidah buaya mempunyai antioksidan dan bersifat anti radang. Zat ini mampu melindungi tubuh badan dari cedera atau luka yang sering ditakuti oleh pesakit diabetes.
Kepentingan antioksidan kepada pesakit diabetes adalah untuk lindungi pembuluh darah dari rosak dan kurangkan risiko komplikasi kepada ginjal, otak dan jantung.
Menghasilkan Insulin
Minum jus lidah buaya adalah salah satu alternatif untuk suntikan insulin kerana tidak berlaku kesan sampingan yang bahaya. Selain dari itu, jus lidah buaya menghasilkan insulin.
Mencegah Dehidrasi dan Keradangan
Lidah buaya tumbuhan yang mempunyai kandungan air yang banyak hingga sering dijadikan bahan untuk kekalkan kelembapan seperti produk kecantikan.
Jus lidah buaya dapat membantu kekalkan kelembapan badan setelah melakukan pelbagai aktiviti. Ia juga mencegah keradangan dan kurangkan kesan keradangan dalam badan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rindunya nak pergi travel, lagi-lagi ke negara luar sebab boleh belajar budaya mereka, melihat suasana yang lain dari Malaysia dan yang penting dapat makan makanan yang tak ada di Malaysia.
Cuba makanan baru adalah salah satu pengalaman yang tak akan dapat di mana-mana.
Memang di Malaysia wujud kedai makan dan restoran yang menghidangkan makanan dari negara Arab, Korea, China dan macam-macam lagi tapi makan di sana baru terasa originality makanan yang dihidang.
Tapi kena ingat, setiap negara ada etika dan adab sendiri dan memang berlainan dari negara kita ni. Ada yang nampak pelik dan ada juga yang membawa kebaikan.
Pasal makan pun boleh bergaduh, boleh terasa hati sebab mungkin kita terbawa-bawa adab makan di Malaysia ke negara orang.
Sebelum travel, korang kena study dulu setiap keunikan negara yang korang bakal pergi, taklah korang macam pelik sangat nanti.
Jepun
Kalau tengok mukbang terutama negara Jepun, China dan Korea, diorang hirup sup atau makan ramen sampai berbunyi-bunyi.
Slurrp! Slurp! Menyelerakan betul! Tapi bagi kita, ia agak keterlaluan dan tidak manis bila dipandang.
Sebenarnya bagi mereka, makan macam tu menandakan tetamu selera dan makanan yang dihidang tu sedap.
Jadi, tetamu perlu makan berbunyi untuk buat tuan rumah gembira melihat tetamu selera dengan makanan yang dihidang.
China
Hidangan makanan tuan rumah masak memang sedap dan kebetulan makanan kegemaran korang tapi korang tak boleh makan sampai pinggan licin.
Kalau makan sampai pinggan licin menandakan hidangan yang disajikan tidak cukup, tuan rumah akan rasa serba salah dan berkecil hati.
Kalau di negara kita, hidangan licin tu maknanya sedapla, kan?
Satu lagi etika makan di China adalah dilarang sama sekali menegakkan penyepit (chopstick) dalam mangkuk nasi.
Ini perkara paling pantang kerana ini adalah cara nasi ditinggalkan ketika upacara pengebumian.
Selain itu, letak penyepit atas meja dan menghala kepada orang lain juga dianggap biadap.
China & Hong Kong
China, bahagian selatan dan Hong Kong ada satu perkara yang penting ketika makan.
Hidangan seekor ikan tidak boleh diterbalikkan selepas habis makan bahagian sebelah ikan.
Mereka akan keluarkan tulang ikan bahagian tengah untuk habiskan isi ikan di sebelah lagi.
Ini kerana kalau korang terbalikkan ikan dianggap biarkan bot nelayan terbalik dan membawa nasib malang.
Jordan
Sama macam negara China, tak boleh habiskan makanan dalam pinggan.
Mungkin tanggapan pun sama, tuan rumah hidang makanan tidak cukup.
So, makan serba sedikit untuk tidak berlaku perselisihan faham antara korang dengan tuan rumah.
Mesir
Masakan negara lain dengan negara kita memang berbeza, tekak mereka dengan tekak kita mempunyai citarasa yang berlainan.
Tapi di Mesir, jangan sesekali minta penambah perasa makanan seperti lada sulah, lada hitam, garam atau apa-apa penambah rasa untuk mengubah rasa asal makanan.
Ini kerana tukang masak anggap makanan yang dimasak tidak sedap dan tidak hormati citarasa mereka.
Mereka juga tidak boleh melihat tetamu makan sampai licin, paling tidak korang kena tinggalkan suku dari makanan yang dihidang. Alamak, macam membazir pula.
Turki
Lain pula di Turki, korang kena makan semua makanan yang dihidang. SEMUA!!!
Makanan di Turki sangat variasi, kalau korang dihidang sepuluh jenis makanan, korang kena rasa sepuluh makanan tu.
Kalau korang tak rasa, mereka akan suruh sampai korang ambik sekurang-kurangnya sedikit untuk menjamah makanan. Lupakan diet korang bila pergi Turki, okay?
Thailand
Siapa biasa ke Thailand? Betul ke di Thailand penggunaan garfu hanya untuk membantu potong daging atau potong makanan yang dihidang?
Biasanya, kalau kita sudah selesai memotong daging, kita akan manggunakan garfu yang sama untuk masukkanmakanan ke dalam mulut tapi tidak di Thailand kerana dianggap korang tidak mempunyai adab dan berkelas rendah.
Sebaliknya selepas selesai potong daging, letak garfu di tepi dan makan menggunakan sudu.
Korea Selatan
Negara ini sentiasa mementingkan kesopanan dan menghormati warga tua.
Ketika makan, mereka akan tunggu warga tua atau lebih elok tunggu semua ahli keluarga duduk di meja makan.
Amalan macam ni pun bagus juga, kan? Makan bersama semua ahli keluarga, meriah dan boleh rapatkan hubungan.
Ahli keluarga yang lain juga akan menunggu orang yang lagi tua sentuh lauk tersebut, kalau tak korang tak boleh ambil lauk tu!
Yang lebih muda kena ikut kelajuan makan orang yang lebih tua. Korang tak boleh makan terlalu laju.
Selain itu, jika korang ditawarkan tambah minuman oleh orang yang lebih tua, korang kena terima dengan kedua-dua belah tangan memegang cawan.
Korang dianggap tiada adab jika menuang minuman untuk diri sendiri sahaja, korang kena tunggu orang tuangkan air dalam cawan korang.
Kalau lambat sangat, korang boleh minta tolong orang lain yang tuangkan. Fuh!
Itali
Itali antara negara popular dengan kopi tapi ada perkara yang ramai tidak tahu.
Selepas selesai makan, korang tidak digalakkan minum kopi bersusu kerana ia akan menghalang proses penghadaman.
Korang boleh pesan minuman espresso atau kopi bergula. Ini bukanlah satu etika tetapi korang dianggap tak tahu perkara remeh.
Amerika Syarikat & United Kingdom
Mendengar sudu berlaga dengan cawan ketika mengacau teh atau kopi adalah perkara biasa tetapi tidak kepada dua negara ini.
Mengacau sudu dengan cawan dan berbunyi dianggap biadap.
Selain daripada bunyi bising sudu dengan cawan, nampak tidak elok bila korang minum air panas dengan adanya sudu dalam cawan.
Korang kena keluarkan sudu tersebut dan letak di atas piring dan arah yang sama dengan pemegang cawan. Wow!!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat popular.
Boleh dikatakan kebanyakkan rumah ada sekurang-kurangnya seekor kucing.
Munurut kajian, memelihara kucing dapat menghilangkan stress, kebosanan dan melatih diri supaya lebih disiplin kerana pemilik kucing perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada si bulus mereka.
Ada orang sanggup berhabis duit untuk kucing kesayangan atau mambantu kucing jalanan supaya dapat makanan yang cukup, tempat berteduh yang selesa dan selamat daripada bahaya.
Berita gembira untuk pencinta si bulus! Di Jepun menyediakan hostel yang membenarkan pengunjung berehat sambil di temani si bulus yang gebu!
Wow, menariknya! Kafe penyelamat kucing di Osaka Prefecture, barat Jepun menyediakan pengalaman yang menarik kepada pengunjung yang menginap di hostel bersama si comel.
Hostel ini diberi nama Neko Hatago yang dibuka pada Disember 2019.
Neko Hatago sebenarnya disambungkan ke kafe kucing Neko Yokujo.
Selain daripada menyediakan bilik yang boleh tidur sambil ditemani si comel, hostel kucing ini mempunyai bilik yang berkonsepkan Edo Era pra-moden.
Pengunjung hostel boleh melihat gelagat kucing dari kafe kucing melalui kaca yang dipasang di setiap sisi katil.
Naomi Nishikubo, pengurus Neko Hatago mengatakan hasratnya yang mahu orang ramai lebih mendekati dan mengenali kucing membuka hostel ini untuk memberi peluang kepada mereka beramah-mesra dengan kucing.
‘Saya tidak tahu apa yang akan berlaku sekarang tetapi saya mengharapkan orang ramai menginap di sini untuk menyaksikan kucing kami yang aktif’, katanya.
Suara kucing comel akan didengari pengunjung selepas tirai ditutup pada pukul 10 malam.
Para pengunjung juga berpeluang untuk memandikan dan memberi makan kepada si bulus sebelum dan selepas waktu kafe dibuka..
Memetik laporan daripada Kyodo News, kafe hostel ini juga bekerjasama dengan kumpulan tempatan untuk mencari pemilik baru kucing-kucing untuk diselamatkan.
Walau bagaimanapun, hostel kucing ini juga terjejas dengan wabak yang melanda.
Sebelum virus COVID-19 menyerang, terdapat ramai pelancong asing meluangkan masa bermalam bersama kucing tetapi selepas virus ini muncul, jumlah yang menginap di hostel ini adalah penduduk tempatan.
Untuk langkah berjaga-jaga, pihak hostel membuka kepada satu pengunjung setiap hari yang boleh dibuat di laman web rasmi hostel Neko Hatago.
Kepada anda yang ingin melibat gelagat si bulus sebelum tidur, boleh menginap di hostel kucing Neko Hatago, Jepun selepas pandemik COVID-19 berakhir.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Alhamdulillah, kita masih berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha walaupun dalam musim pandemik dan sambutan sangat sederhana daripada tahun sebelum-sebelum ini.
Bersyukur kerana masih lagi ada majlis korban dan merasa daging yang diagih.
Biasanya daging korban lebih segar, lembut dan sedap apabila dimasak berbanding daging yang dibeli sejuk beku di pasaraya atau beli di pasar.
Tapi untuk kekalkan kesegaran daging korban, korang mesti kena tahu cara yang betul untuk elak cepat rosak dan tak sedap untuk dimakan.
Selain daripada simpan daging korban dalam peti beku sahaja, korang boleh cuba tips ini untuk menikmati daging segar dan empuk bila masak nanti.
Jangan Simpan Terus Dalam Peti Sejuk Beku
Bila dah dapat daging korban, jangan terus masukkan ke dalam ruang peti sejuk beku.
Biarkan daging di ruang peti bahagian sejuk biasa selama tiga ke lima jam sebelum alih ke ruang sejuk beku.
Cara ini dapat kekalkan kesegaran daging.
Jangan Cuci
Sebelum simpan dalam ruang peti sejuk beku, korang kena ingat jangan sesekali basuh daging korban tu.
Biarkan darah yang masih tertinggal pada daging tersebut.
Nanti dah nak masak barulah cuci daging dan darah yang masih tertinggal.
Nak masak, baru cuci tau! Korang akan dapat rasakan kesearan daging bila makan nanti.
Potong Sebelum Simpan
Kalau korang dapat daging korban yang bersaiz besar, jangan lupa potong daging tersebut terlebih dahulu.
Potong daging bentuk dadu atau kecilkan saiz daging untuk mudah simpan dan tidak makan ruang yang besar dalam peti nanti.
Lepas potong, masukkan dalam bekas kedap udara atau plastik ziplock untuk memudahkan korang waktu masak.
Lebih elok jika daging diasingkan dalam bekas mengikut portion korang nak masak, ambil satu bekas atau plastik untuk buat hidangan.
Jadi, daging yang selebihnya tidak rosak dan kekal dengan suhu peti.
Lembutkan Daging Beku
Untuk lembutkan daging lepas keluar dari peti sejuk beku atau nak defrost daging, jangan gunakan air panas.
Jika daging terlalu keras, lembutkan daging menggunakan air suhu biasa atau air paip.
Pastikan bekas atau plastik ziplock ditutup dengan kemas, hanya lalukan air paip di luar bekas daging.
Setelah daging lembut, barulah korang bersihkan daging untuk masak.
TIPS UNTUK DAGING LEMBUT DAN EMPUK KETIKA MASAK
Tips masak daging untuk jadi lebih lembut, empuk dan sedap bila dimakan.
Setiap orang pasti ada cara tersendiri atau mengikut tips nenek moyang.
Ada tips menjadi, dan mungkin juga tips mitos semata-mata.
Tapi tak salah mencuba, kan? Jom tengok tips lembutkan daging untuk masak pula.
Sudu Kecil
Masukkan sudu kecil dalam periuk ketika masa daging? Petua ini mungkin menjadi dan mungkin tidak.
Kalau ada sesiapa pernah cuba, boleh share tak?
Daun Nangka Atau Daun Betik
Gunakan beberapa helai daun nangka atau daun betik untuk lembutkan daging.
Cuci bersih dan tersebut dan masukkan ke dalam masakan atau air rebusan daging.
Betik Muda
Korang buleh juga cuba dengan betik muda. Buang biji betik dan kulit.
Bersihkan dan masuk dalam rebusan air daging.
Batang Ubi Kayu
Masukkan batang ubi kayu. Potong batang ubi kayu dan bersihkan sebelum masuk dalam periuk yang berisi daging.
Biarkan mendidih selamat lebih kurang sepuluh minit dan angkat ubi kayu tersebut.
Tepung Gandum Atau Tepung Jagung
Perapkan daging menggunakan tepung gandum atau tepung jagung bersama kicap.
Biarkan daging diperap selama setengah jam sebelum masak.
Cuka
Gunakan cuka makan untuk lembutkan daging dan biarkan 10 hingga 15 minit kemudian bilas.
Toskan daging dan korang boleh mula masak.
Api pula jangan besar sangat, pastikan daging betul-betul masak tapi masih tak keras.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hari Raya Aidiladha memang kita akan dapat daging korban. Banyak ke sikit ke, In sya Allah mesti dapat. Tapi nak masak apa? Tak ada idea?
Hari raya pertama dan kedua, boleh buat rendang, buat sate atau asas juadah makanan raya seperti biasa.
Kalau dah sampai raya kelima atau seminggu? Sampai tak ada resepi dah nak masak. Takkan nak masak resepi yang sama, apa kata kita tukar sikit dari resepi ‘biasa’ masak kepada resepi ‘luar biasa’ untuk ubah selera sekeluarga.
Daging Black Pepper
Bahan-bahan: 1kg daging lembu 1 biji bawang merah yang dikisar 4 ulas bawang putih yang dikisar 1 1/2 inci halia yang dikisar 1 biji Bawang merah 1 biji cili benggala Lada hitam yang ditumbuk Sos lada hitam Sos tira Sos cili Kicap pekat Minyak masak Minyak bijan Gula dan garam Air
Cara-cara: 1) Perap daging dengan bahan sos. 2) Tumis bahan yang sudah dikisar hingga kekuningan. 3) Masukkan daging yang diperap dengan sos. 4) Masukkan air sedikit bila daging sudah empuk. 5) Masukkan hirisan cili benggala dan bawang merah. 6) Biarkan sehingga daging masak dan sedia untuk dihidang.
Daging Goreng Hitam Manis
Bahan-bahan: 500 gram daging pejal yang dihiris nipis 1 ulas bawang besar 3 ulas bawang putih 3 bijik cili merah 5cm halia muda 2 biji tomato 1 sudu besar sos tiram 3 sudu kecil kicap manis 100 ml air Gula dan garam Minyak
Cara-cara: 1) Perap daging dengan halia dan bawang putih semalam lebih kurang 30 minit. 2) Goreng daging dengan minyak. 3) Biarkan daging masak, kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, bawang besar dan cili merah. 4) Masukkan air dan tomato. 5) Biarkan hingga mesra dan sedia untuk dihidang.
Daging Tumis Tomyam
Bahan-bahan: 1 kg daging 3 sudu besar pes tom yam 5 sudu besar sos cili 2 ulas bawang besar dihiris 1 biji cili benggala dipotong dadu 1 cawan sayur campuran (mix vegetable) 2 sudu besar minyak 3 sudu santan/susu sejat 3 helai daun limau purut
Cara-cara: 1) Tumis pes tomyam hingga naik bau. 2) Masukkan daging, tambah sedikit air untuk daging empuk. 3) Bila air daging kering sedikit, masukkan sos cili, garam dan gula mengikut citarasa. 4) Masuk santan/susu sejat dan limau purut. 5) Masukkan bawang besar dan sayur campuran. 6) Ratakan dan boleh hidang.
Daging Cili Kering
Bahan-bahan perap: 800gm daging yang diperap dengan bahan: 1 inci halia dicincang 2 ulas bawang putih dicincang 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis Lada sulah/lada hitam
Bahan-bahan: 10 tangkai cili kering yang dicuci dan dipotong 1 ini halia dihiris Minyak masak Sedikit air Sedikit tepung jagung Garam
Cara-cara: 1) Tumis halia dan cili kering. Selepas masak, simpan di tempat lain. Jika kuali terlalu banyak minyak, kurangkan sedikit. 2) Gunakan minyak yang sama, masukkan daging yang diperap. Goreng separa masak hingga air keluar. Jika terlalu kering, tambah sedikit air. 3) Selepas daging empuk, masukkan tumisan halia dan cili kering, gaul hingga sebati. 4) Untuk tambahan, boleh masukkan hirisan lobak merah, kacang panjang dan daun bawang.
Nasi Bubur Daging
Bahan-bahan: 600gm daging 1 biji bawang besar yang dihiris Daun sup dan daun bawang Tauhu goreng dipotong dadu Lobak masin yang direbus dan dipotong dadu Bawang goreng Air 3 sudu besar rempah sup Minyak masak
Bahan untuk ditumis: 1 batang kulit kayu manis 3 bunga cengkih 2 biji pelaga 1 bunga lawang
Bahan untuk dikisar: 1 ulas bawang besar 4 ulas bawnag putih 1 atau 2 inci halia
Bahan untuk sambal: 10 tangkai cili kering, direbus dan dipotong 2 sudu besar serbuk cili halus 4 ulas bawang putih Minyak masak Gula dan garam
Cara-cara buat sup daging:
1) Campur bahan kisar dengan rempah sup, serbuk ketumbar dan sedikit air. Kacau hingga sebati. 2)Tumis bahan tumisan dan campurkan bahan kisar dan rempah sup. Biarkan hingga naik bau. 3) Masukkan daging dan semua bahan. Biarkan meereneh dan daging empuk. 4) Hidangkan bubur nasi bersama sup daging yang dihias dengan tauhu goreng, lobak masin, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Cara-cara buat sambal:
1) Kisar semua bahan hingga halus. 2) Tumis hingga bahan kisar masak dan masukkan garam secukupnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERHARU INSAN YANG MEMBANTU TANPA MENGIRA BANGSA, KAUM
Saya mahu berterima kasih kepada empat orang insan yg amat baik hati yang telah menolong saya semasa tayar saya pancit.
Sepanjang hidup saya, apabila kereta saya mengalami kecemasan seperti tayar pancit, bateri lemah, saya perlu meminjam ‘starter jumper’atau apa jua peralatan.
Hanya budak Melayu muda yang selalu menolong saya. Walupun saya kaum Cina, saya amat terharu kerana mereka membantu tidak mengira bangsa dan mempraktikan ‘One Malaysia’.
Hanya segelintir orang di negara ini suka memainkan isu perkauman dan membahagikan kita semua.
Kalau negeri kita mendapat kerajaan yang berbilang kaum, mesti kita semua akan bahagia dan rakyat tidak perlu sengsara macam ini.
Abang Mat Shah dan kawannya adalah penunggang motosikal Grab, tetapi sanggup meluangkan masa daripada kerjanya dan berhenti di jalan raya untuk menolong saya menukar tayar.
Abang Muhdafiq Bin Shamsulinizam adalah seorang mekanik yang nampak kereta saya dan dia ialah orang yang pertama yang datang menawarkan pertolongan untuk saya.
Dia baik hati untuk meminjamkan saya alatan tayarnya kerana alatan kepunyaan saya sudah rosak.
Manakala, kawannya turut membantu di tepi jalan seperti polis dengan melambai tangannya kepada kenderaan lain yang melalui jalan itu nampak.
Saya berharap semua kaum akan sentiasa tolong menolong seperti ini tanpa mengira bangsa, agama atau status supaya Malaysia harmoni dan damai.-SAHIH.
Sumber dan Foto daripada FB – Jasmine Jayden
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ramai yang menyayangi haiwan. Ada sesetengah orang hanya sukakan haiwan tapi tidak pelihara, ada juga yang sukakan haiwan dan pelihara dalam rumah.
Kumpulan haiwan ada pelbagai jenis antaranya jenis ikan, mamalia, amfibia, burung, reptilia dan banyak lagi.
Untuk pencinta haiwan eksotik seperti gecko, sejenis haiwan yang berada dalam kumpulan reptilia, mungkin tak asing lagi dengan haiwan jenis cicak ini.
Gecko dikenali juga sebagai cicak tokek atau cicak gurun.
Cicak ini seakan cicak biasa yang ada dalam rumah tapi memiliki lorekan warna kulit yang terang dan unik menyebabkan cicak ini bernilai dan boleh mencapai harga yang tinggi.
Gecko juga sangat sinonim dengan haiwan yang sangat happy go lucky kerana apa juga keadaan haiwan ini akan sentiasa tersenyum. Comelnya!
Siapa yang berminat dengan gecko dan berhasrat untuk memeliharanya, anda boleh baca artikel ini untuk meneruskan hobi anda.
Sediakan Kandang Atau Sangkar
Gecko perlukan rumah sendiri. Anda perlu sediakan sangkar untuk haiwan ini berehat.
Sediakan tempat yang selesa, bersih dan menjamin kesihatan cicak gurun.
Sangkar yang diperlukan adalah yang diperbuat daripada kaca atau plastik jernih dan jangan terlalu sempit.
Dalam sangkar pula, gecko sangat perlukan tempat bersembunyi dan alaskan dengan kertas atau kain.
Jangan lupa sediakan tempat makan dan minum. Hiaskan dengan kayu kecil untuk gecko berehat.
Bersihkan Sangkar
Walaupun haiwan ini dianggap mempunyai ketahanan badan yang tinggi tetapi kebersihan sangkar mempengaruhi kesihatan gecko.
Kadang-kadang sangkar kotor adalah penyumbang utama gecko akan sering sakit dan cepat mati.
Buang najis gecko dan gantikan alas sangkar untuk gecko terhindar dari bakteria.
Pencahayaan Yang Baik
Disebabkan cicak gurun ini sukakan haba yang tinggi, pastikan anda menyediakan tempat yang tidak terlalu sejuk.
Anda boleh memasang lampu yang berwarna kuning, merah atau biru untuk mendapatkan suhu yang normal kerana gecko agak aktif pada waktu malam.
Jenis Makanan
Jaga haiwan perliharaan anda dengan baik. Dari tempat tinggal hingga makanan.
Gecko perlu makanan yang cukup nutrisi untuk menjamin kesihatan dan umur yang panjang.
Cicak tokek ini makan serangga kecil seperti lalat, cengkerik dan cacing. Cacing yang menjadi kegemaran haiwan autotomi ini adalah cacing jenis waxworm, superworm dan mealworm.
Jangan biarkan gecko makan serangga liar kerana akan menyebabkan keracunan dalam badannya.
Multivitamin
Eh, gecko pun makan vitamin? Ye! Untuk gecko yang dipelihara, sediakan vitamin D3 bertujuan untuk menjaga tulangnya.
Untuk menjaga berat gecko, anda boleh sediakan makanan dengan campurkan madu dengan bekas minuman gecko.
Selain itu, campurkan sedikit kuning telur dalam makanannya. Berikan vitamin atau makanan tambahan ini sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Untuk melihat gelagat Tunui dan pemiliknya, Sara Sufia boleh klik Tiktok atau Instagram.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Di saat ahli politik dan kunco-konco masih menampal sticker muka dan parti di kotak sedekah, rakyat Malaysia atau orang ramai yang cakna telah pergi jauh membantu rakyat yang sudah terdesak untuk mendapatkan bekalan sesuap nasi.
Tular hari ini satu aplikasi http://kitajaga.co/ bertujuan untuk mengesan penerima ‘bendera putih’ yang sangat terkesan untuk mendapatkan bantuan semasa pendemik yang masih tiada penghujungnya.
Ramai yang diberhentikan kerja tidak kira golongan dan jenis pekerjaan yang mereka ceburi terlibat. Beribu-ribu sudah mula ‘rebah’ di dalam perjuangan kehidupan.
Website itu dikatakan dibangunkan oleh Reza Razali. Brilliant initiative bertujuan untuk mengesan yang memohon bantuan dan juga memberi bantuan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!