AC Milan 2 (Hernandez 58, 90+1) Parma 2 (Hernani 13, Kurtic 56)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Jurgen Klopp mengakui dia perlu mengejutkan Liverpool sebelum Mohamed Salah menyelamatkan mereka dengan penalti lewat permainan untuk seri 1-1 berdepan Fulham sebentar tadi.
Skuad Klopp dihukum kerana persembahan longgar pada babak pertama di Craven Cottage apabila gol pendahuluan Bobby Decordova-Reid memberikan Fulham kelebihan awal.
Namun Salah menyelamatkan juara bertahan Liga Perdana itu selepas bola terkena tangan Aboubakar Kamara berbaki 11 minit permainan.
Liverpool kekal di tangga kedua di belakang pendahulu, Tottenham berdasarkan perbezaan gol.
“Jika mereka perlukan dikejutkan saya tidak tahu, tapi saya tidak boleh menulis buku dan melemparkannya ke padang untuk mereka baca. Tapi saya mahu kami meningkatkan permainan,” kata Klopp.
“Permulaan yang baik sangat bagus, tapi jika saya tidak memilikinya anda perlu bermula semula. Kami perlu setengah jam untuk menyesuaikan diri dalam permainan, dan kerana itu saya menjerit kepada mereka.
“Selepas itu ia menjadi lebih baik dan babak kedua adalah bagus. Mereka bertarung untuk mendapatkan keputusan yang bagus dan kami ada situasi selepas itu yang boleh menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Arsenal mengalami kekalahan keempat berturut-turut di laman sendiri buat pertama kali sejak 1959 apabila jaringan sendiri Pierre-Emerick Aubameyang memberikan kemenangan 1-0 buat Burnley awal pagi tadi.
Skuad TheGunners sekali lagi dikecewakan faktor kurang berdisplin apabila Granit Xhaka dibuang padang sejurus sebelum sejam permainan yang memberikan kelebihan buat Burnley.
Aubameyang yang masih menanti gol pertama liga dalam permainan terbuka sejak menandatangani perjanjian mewah tiga tahun pada September, meledak gol yang salah ketika cuba mengeluarkan bola sepakan sudut Ashley Westwood 17 minit sebelum tamat.
Kemenangan membolehkan Burnley keluar daripada zon penyingkiran manakala Arsenal di tangga ke-15, hanya lima mata di atas tiga pasukan terbawah.
“Kami perlu menjaringkan gol, itulah yang kami hilang. Apa yang kami lakukan dan apa yang Burnley lakukan, tidak boleh dibandingkan,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.
Pengendali dari Sepanyol itu sebelum ini dipuji kerana mendatangkan impak segera dengan membawa Arsenal memenangi Piala FA musim lalu, hanya lapan bulan memegang jawatan penting itu buat kali pertama.
Bagaimanapun Arteta kini berdepan tekanan besar ketika tiada tanda dia boleh menukar keadaan untuk berdepan Southampton, Everton, Manchester City dalam Piala Liga dan Chelsea dalam empat perlawanan berikutnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Union Berlin 1 (Proemel 4) Bayern Munich 1 (Lewandowski 67)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MADRID: Real Madrid menghidupkan kembali usaha mengejar gelaran La Liga apabila menewaskan pendahulu, Atletico 2-0 ketika tetangga mereka itu mengalami kekalahan pertama dalam liga musim ini.
Real, yang berjaya menyelamatkan diri dalam Liga Juara-Juara dengan mara ke kelompok 16 terakhir, kini berkedudukan ketiga liga, tiga mata di belakang Atletico.
Ia malam yang mengecewakan buat skuad kendalian Diego Simeone yang melalui 26 perlawanan tanpa kalah dalam liga semenjak Februari.
Ia membabitkan 17 kemenangan dan sembilan seri. Real juga menjadi pasukan terakhir menewaskan Atletico dalam liga.
“Kami mengesahkan peningkatan yang kami tunjukkan dalam banyak bahagian berdepan Sevilla dan Borussia, dan sekali lagi memberikan persembahan baik,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane, merujuk kepada kemenangan pasukannya sejak beberapa minggu lalu yang berjaya menukar keadaan.
PENGENDALI REAL MADRID, ZINADINE ZIDANE
“Ada kritikan yang membuatkan kami kecewa, tapi ada juga yang membuatkan kami menjadi lebih kuat.
“Kami bersaing dengan sangat bagus sejak minit pertama hingga penamat, kami mesti berpuas hati semuanya berjaya diselesaikan.”
Real berada di depan selepas 15 minit menerusi tandukan Casemiro sebelum jaringan sendiri Jan Oblak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Real Madrid 2 (Casemiro 15, Oblak 63-gs) Atletico Madrid 0
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Bekas pemain Manchester City, Robinho gagal dalam rayuannya untuk membatalkan hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan rogol.
Robinho disabitkan dengan kesalahan itu pada 2017 selepas didapati bersalah merogol seorang wanita Albania berusia 22 tahun. Ketika itu, dia masih lagi bersama AC Milan dan kejadian di sebuah kelab malam di Itali pada 2013.
BEKAS PEMAIN SKUAD KEBANGSAAN BRAZIL, ROBINHO
Robinho dan lima lagi individu didapati bersalah melakukan rogol berkumpulan dan diperintahkan untuk membayar sebanyak 50,000 pound (RM266,000) setiap seorang kepada mangsa.
Bintang itu kemudiannya dihukum penjara sembilan tahun dan walaupun cuba mencabar keputusan itu, namun mahkamah Itali membatalkan rayuannya dan mengekalkan hukuman terbabit.
Robinho berkata dia akan mengemukakan rayuan buat kali kedua. Mengikut undang undang Itali, dia tidak akan dihukum sehingga proses rayuan dimuktamadkan.
Pendakwa Raya, Cuno Tarfusser memberitahu UOL.com, siasatan yang dijalankan dengan sempurna dengan hukuman darjah pertama yang tepat.
“Secara profesionalnya, saya sangat berpuas hati khususnya kepada mangsa,” katanya.