Foto atas: Penasihat 1 PJMM, Azman Rasman (berdiri kanan) bersama-sama kakitangan Grab, Saiful Anuar, Tengku Dewi dan sebahagian warga emas yang menerima agihan Wakalah Zakat.
LZS dan Grab agih zakat
SEMENYIH – Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama Grab mengadakan Program Kasihku untuk agihan Wakalah Zakat di Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang dan Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), di Semenyih, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Pegawai Hal Ehwal Awam dan Polisi Grab Petaling Jaya, Tengku Dewi Ahdiyana pula, agihan Wakalah Zakat itu memberi peluang kepada syarikat melalui wakilnya mereka mengagihkan sendiri zakat kepada penerima terbabit.
“Saya sendiri berasa terharu apabila berpeluang mengunjungi dua pusat jagaan ini kerana dapat melihatkan dengan lebih dekat kepayahan dan keuzuran warga emas yang perlu disantuni dengan baik dan tugas itu diuruskan dengan sempurna serta penuh rasa kasih sayang petugas pusat jagaan berkenaan,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Warga Bangladesh maut dalam kemalangan di Jalan Lipis- Benta
LIPIS – Seorang penunggang motosikal warganegara Bangladesh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di KM25, Jalan Lipis-Benta pada jam 9.04 malam, malam tadi.
Mangsa, Hosen Ismail, berusia 28 tahun beralamat di Rumah Murah Klinik Benta cedera parah di bahagian kepala dan patah kaki serta meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa seorang pekerja kebun yang menunggang motosikal milik kawannya berhasrat untuk pergi ke Raub.
“Siasatan awal mendapati, setiba di tempat kejadian, mangsa telah keluar di persimpangan ke Raub tanpa berhenti terlebih dahulu.
“Kesan daripada itu, berlaku pertembungan dengan sebuah motokar dari arah Raub ke Lipis berdasarkan kesan perlanggaran di laluan motokar tersebut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, motosikal tersebut rosak teruk di bahagian hadapan dan motokar terbabit rosak bahagian bonet, bumper dan cermin hadapan pecah.
“Manakala, kedua-dua pemandu motokar dan penumpang masing-masing berusia 36 dan 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan swab test Covid-19 diperolehi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Mohammad Khairul (tiga dari kiri) bersama-sama kakitangan Monstr dan warga emas di PJNH.
Kakitangan Monstr Confectionery santuni warga emas
BERANANG – Lima belas kakitangan Monstr Confectionery Sdn Bhd telah dibawa menyertai Program Menyantuni dan Berbuka Puasa Bersama Warga Emas di Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH) di Beranang, baru-baru ini.
Pengarahnya, Muhammad Khairul Mohamed Ali berkata, langkah itu sebagai menggalakkan kakitangan syarikat berkenaan untuk bersikap lebih prihatin serta bertanggungjawab terhadap masyarakat khusus warga emas dalam melahirkan sejahteraan dan keharmonian.
Pengerusi PJNH, Mohiadin (depan) memberi taklimat kepada kakitangan Monstr Confectionery Sdn Bhd mengenai pusat jagaan itu dan nasib yang menimpa warga emas di situ.
Katanya, dalam usaha yang masih muda mereka wajar didedahkan dengan program komuniti terutama membabitkan aktiviti kerja kebajikan termasuk bagaimana cara menguruskan warga emas yang tersisih serta uzur di samping merasai kepayahan kehidupan mereka.
“Langkah itu akan membawa ke arah membentuk keperibadian yang mulia dalam kalangan kakitangan syarikat apabila mereka nanti turut turun padang untuk mempromosikan produk keluaran syarikat kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur.
“Di pusat ini mereka berpeluang bertanya khabar dan menyantuni warga emas yang uzur serta memiliki pelbagai karenah kerana terlalu memerlukan layanan daripada seorang kawan bagi meluahkan perasaan selepas disisih ahli keluarga atau hidup sebatang kara.
Katanya, sebelum ini mereka hanya mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada pusat kebajikan seperti rumah anak yatim, keluarga miskin serta asnaf tanpa berpeluang menyantuni dengan lebih mesra seperti dilakukan di PJNH
Mohammad Khairul berkata, program itu juga diharap menjadi penggerak atau pembuka jalan kepada aktiviti kebajikan dengan pusat jagaan yang lebih tersusun dan berkesan serta membabitkan lebih dua ribu ejen syarikat itu di seluruh negara.
Katanya, sebagai syarikat berasaskan coklat dan bakeri serta sudah lima tahun berada di pasaran dalam negara dan dia ingin melahirkan budaya berniaga sambil beramal dalam kalangan semua ejen supaya dapat berkongsi rezeki.
“Alhamdulillah saya sendiri sudah sedia maklum ada ejen sudah melakukan kerja kebajikan sendiri di tempat masing-masing bagaimana program di PJNH ini akan menjadi pendorong utama kepada aktiviti kerja kebajikan dan amal untuk seterusnya,” kata beliau.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Sebuah rumah di Felda Jengka 9, musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran pada Rabu, jam 1.15 petang.
Rumah tersebut dihuni oleh Muhamad Shah Ahmad Ghazali (43) bersama isteri dan 3 anak yang berusia antara 5 hingga 13 tahun.
Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah telah melakukan tinjauan ke tempat kejadian serta dibantu petugas Felda yang turut menyediakan penempatan sementara serta akan mewujudkan tabung sumbangan bencana.
ADUN Pulau Tawar meninjau rumah mangsa yang terbakar di Felda jengka 9, semalam.
“Buat sementara waktu mangsa sekeluarga telah menumpang di rumah jirannya dan pihak pejabat DUN Pulau Tawar akan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.
“Kami akan tinjau dan membuat anggaran untuk membina rumah baharu bagi membantu mangsa,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud memohon semua masjid dalam wilayah itu melancarkan tabung sumbangan kepada mangsa yang menimpa musibah.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Sebahagian rumah Zainab Musa dimusnahkan oleh gajah liar.
Gajah ‘ketuk pintu’ nak beraya di rumah ibu tunggal
JERANTUT – Kira-kira 20 ekor gajah liar telah menceroboh kawasan penempatan penduduk dan memusnahkan sebuah rumah ibu tunggal di Kampung Kuala Sat, dekat sini, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sat, Abdul Jabar Dollah, 51, berkata, ketika kejadian itu ibu tunggal tersebut yang tinggal berseorangan, sementara anaknya, Azila Yaakob, 35, yang tiada di rumah kerana berhari raya di rumah saudaranya di Taman Negara Kuala Tahan sejak 1 Mei 2022.
Kumpulan gajah yang kelihatan berada berdekatan Kampung Kuala Sat sebelum kejadian memusnahkan rumah ibu tunggal itu.
“Kumpulan gajah liar ini mula dikesan berada di sekitar kawasan rumah ibu tunggal ini mulai pada jam 12.30 pagi dan menceroboh lalu memecahkan pintu dan tingkap serta berada di dalam kediaman ini hingga jam 4 pagi.
“Saya dan penduduk kampung hanya mampu menghalau sambil menjerit dan membakar tayar terpakai supaya kawasan gajah liar ini beredar dari kawasan tersebut di samping mengawal supaya tidak berlaku pencerobohan ke kawasan kediaman yang lain,” katanya ketika dihubungi.
Abdul Jabar berkata demikian ketika mengiringi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah menziarahi rumah mangsa, Zainab Musa, 55, serta menyampaikan bantuan di kampung tersebut hari ini.
Katanya, renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dimaklumkan berkaitan kejadian itu dan datang ke lokasi cuma menghalau haiwan liar itu keluar daripada kampung tersebut.
“Kumpulan gajah liar itu yang masih berada di pinggir hutan berdekatan kampung dan dikhuatiri akan datang semula bila-bila masa dan menceroboh semula untuk mencari makanan dan kadang-kadang bertukar agresif seperti merosakkan kediaman penduduk serta tanaman,” katanya.
Sementara itu, ibu tunggal, Zainab Musa berkata, dia sungguh terkejut apabila mendapati pintu dan tingkap rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diduduki sejak beberapa tahun lalu serta peralatan perabot dan dapur habis musnah akibat dirosakkan oleh kawanan gajah liar itu.
“Malahan haiwan liar ini yang pernah datang ke rumah saya sebelum hari raya lagi meninggalkan tompokan najis bertaburan di dalam dan halaman rumah yang terpaksa saya bersihkan semula.
“Tiada apa yang tinggal semuanya musnah dan kami terpaksa menumpang tinggal di rumah saudara di kampung ini sambil berharap kerajaan negeri dapat membaik pulih atau membina baharu PPRT ini,” katanya.
Sementara itu, Nazri berkata, beliau memberikan jaminan untuk membantu ibu tunggal tersebut membina rumah baharu PPRT menerusi peruntukan kerajaan negeri dengan segera.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Jerantut menyerbu sebuah premis yang menjual bateri tiruan yang mengguna cap dagangan Panasonic secara salah di bandar ini pada 27 April pada jam 11.13 pagi, baru-baru ini.
Serbuan itu dilakukan oleh lima orang pegawai penguatkuasa Pejabat KPDNHEP di sini turut merampas bateri tiruan yang berjenama Panasonic secara salah untuk tujuan pasaran setelah menerima aduan orang ramai sebelum ini.
Antara 5,969 biii bateri palsu yang dirampas disebuah premis di bandar Jerantut
Ketua Penguatkuasa Pejabat KPDNHEP Jerantut, Abdul Mubin Ahmad berkata, serbuan ke atas premis itu turut disertai oleh wakil cap dagang Panasonic dari Osiris Consultancy, Kuala Lumpur bagi tujuan mengesahkan bateri tiruan tersebut.
Katanya, harga bateri tiruan itu dijual antara RM30 hingga RM75 iaitu 50 peratus lebih murah berbanding dengan harga asal bateri tulen yang bercap dagangan keluaran Panasonic bernilai antara RM50 hingga RM150 sebiji.
“Antara bateri tiruan yang dirampas berjenama Panasonic Eneloop pro AAA sebanyak 896 biji, Panasonic pro AA (960 biji), Panasonic Eneloop AAA (960 biji), Panasonic Eneloop AA (720 biji) dan bateri jam lithium jenama Panasonic (3,200 biji).
“Premis berkenaan dipercayai menjual atau menawarkan bateri palsu itu kepada orang ramai untuk menggunakan cap dagangan Panasonic dipakaikan secara salah dan dijual secara atas talian dan telah melanggar Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya di Pejabat KPDNHEP di sini hari ini.
Katanya, bateri berkenaan yang dijual untuk kegunaan peralatan jam tangan, kamera dan mesin kira secara atas talian atau kepada pelanggan yang dikenali yang kerap berurusan dengan premis tersebut.
“Kes ini dikesan oleh syarikat Panasonic, Osiris Consultancy, Kuala Lumpur setelah menerima aduan pembeli setelah mengenalpasti bateri tersebut tidak tahan lama dan terus menghubungi pejabat ini untuk membuat pengintipan dan pemantauan sebelum serbuan dilakukan.
“Siasatan mendapati premis itu telah menjual bateri tiruan sejak 2020 secara atas talian dan juga kepada pelanggan tetap yang dikenali datang membeli untuk dijual ke tempat lain bagi kegunaan peralatan masing-masing,” katanya.
Katanya, dalam serbuan itu sebanyak 5,969 biji bateri tiruan pelbagai saiz kecil untuk kegunaan jam tangan, kamera dan mesin kira telah dirampas dan disita dan dianggarkan bernilai RM24,960.
“Sekiranya disabit kesalahan pemilik premis berkenaan akan dikenakan denda sebanyak RM15,000 bagi kategori syarikat, manakala tidak lebih RM10,000 bagi kategori individu,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Laluan CSR Lipis – Merapoh bersampah, penduduk kecewa
LIPIS – Sikap segelintir pengguna jalan raya di laluan utama Central Spine Road (CSR), Jalan Lipis ke Merapoh sewajarnya lebih bertanggungjawab tidak membuang sampah sarap di tepi sepanjang laluan itu bagi memastikan tahap pemikiran siviks rakyat Malaysia terus dihormati.
Keadaan ini berlaku di laluan itu yang dibanjiri kenderaan dari Lembah Klang untuk pulang berhari raya ke pantai timur sejak bermula cuti hujung minggu dan bersambung dengan cuti Aidil Fitri.
Ramai perantau melalui laluan tersebut pulang ke kampung di Kelantan dan kawasan berdekatan membuang sampah dari tingkap kenderaan atau yang berhenti rehat di kawasan tertentu di tepi jalan tersebut.
Sampah sarap yang buang pengguna laluan CSR yang mencermarkan permandangan
Keadaan laluan yang dipenuhi sampah-sarap boleh dilihat sehingga hari ini berdekatan Kampung Kechau, Kampung Relong dan persimpangan Chegar Perah yang dipenuhi plastik bungkusan makanan, polisterin, kotak minuman dan sebagainya sehingga ada sisa makanan dihurungi langau.
Penduduk Kampung Relong, Amran Sulaiman, 56, berkata, sikap yang ditunjukkan oleh segelintir pengguna jalan raya amat mengecewakan penduduk kerana tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati sehingga mengubah landskap tercemar dengan kekotoran di sepanjang laluan tersebut.
“Sejak cuti sebelum hari raya, ramai perantau berkenderaan pulang berhari raya ke negeri Kelantan dan kawasan berdekatan sehingga sewenang-wenangnya membuang sampah di sepanjang laluan ini terutamanya berdekatan dengan Kampung Kechau dan Ladang Selborne yang berdekatan dengan laluan CSR.
“Menjelang Hari Raya Aidilfitri pemandangan kawasan laluan ini mulai berubah apabila dipenuhi sampap-sarap dan lagi menyesakkan mata memandang,” katanya di Kampung Relong dekat sini hari ini.
Penduduk Kampung Kechau, Ismail Rahman, 45, berkata, mereka sudah menjangka senario yang sama akan berulang setiap kali menjelang dan selepas Aidilfitri kerana ramai perantau pulang ke Kelantan dan pantai timur serta kembali ke tempat kerja selepas itu.
“Saya tidak berniat menyalahkan pengguna yang berulang alik di laluan CSR ini dan cuma beranggapan segelintir sahaja daripda mereka yang membuang sampah. Seeloknya ubahlah sikap lebih positif dan sayangkan kemudahan ini dengan amalan menjaga kebersihan.
“Sikap memalukan ini turut terpalit kepada penduduk di sini juga menggunakan laluan CSR sejak dibuka lima tahun lalu berulang-alik ke Merapoh dan Gua Musang termasuk penduduk di sana (Merapoh) keluar untuk ke bandar Kuala Lipis dan kecewa melihat pemandangan yang tidak menyenangkan dengan sampah-sarap di tepi jalan ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berharap pengguna laluan CSR Lipis – Merapoh wajar menjaga kebersihan sepertimana jalan raya dan lebuh raya di negeri lain.
“Walaupun selepas hari raya ini, laluan ini akan dibersihkan oleh pekerja kebersihan dan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan, tetapi sikap kebertanggungjawaban dan mengutamakan nilai kebersihan merupakan amalan Islam amat ditagih supaya laluan ini sentiasa bersih serta ceria tanpa sampah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rata-rata netizen terkejut setelah mengetahui pengisytiharan Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 2 Mei 2022 malam tadi kerana semua beranggapan Aidil Fitri jatuh pada 3 Mei seperti termaktub dalam kalender luna 2022.
Banyak usikkan jenaka orang ramai tersebar melalui di laman sosial setelah masing-masing melakukan persiapan terakhir saat akhir malah ada yang membuat pembelian panik untuk mendapat bekalan seperti ayam, santan dan sayur-sayuran untuk persiapan juadah di hari raya.
Malah, ada memaklumkan di Sabah sudah menjalankan ibadah solat terawih sehingga enam rakaat dan dihentikan untuk menjalankan takbir raya.
Di Jerantut, Pasar Ayam berdekatan Pasar Besar Jerantut turut diserbu orang ramai untuk mendapatkan bekalan sejurus mengetahui pengumuman hari raya diumumkan melalui media elektronik dan media sosial.
Kedai jual santan turut diserbu untuk mendapatkan bekalan terakhir, ada pasar raya dibuka sehingga menjelang tengah malam untuk memberi kemudahan kepada orang ramai.
Tinjauan juga mendapati kedai gunting rambut terus dibuka sehingga tengah malam.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Terkejut hari raya Isnin , orang ramai serbu kedai jual ayam, santan
JERANTUT – Pengumuman sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 2 Mei , hari Isnin mengakibatkan orang ramai terkejut dan melakukan pembelian saat terakhir dengan menyerbu beberapa premis di sekitar bandar ini untuk mendapatkan bekalan penting, malam ini.
Antaranya Pasar Ayam berdekatan Pasar Besar Jerantut turut diserbu orang ramai untuk mendapatkan bekalan sejurus mengetahui pengumuman hari raya diumumkan melalui media elektronik dan media sosial.
Selain itu, kedai menjual santan turut diserbu kerana bahan tersebut penting dalam masakan seperti rendang dan kari.
Seorang penduduk Taman Inderapura, Rahmat Mohd Yusof berkata, ketika dia berada di surau untuk solat Isyak dan seterusnya solat Terawih kira-kira jam 8.30 malam, pengumuman itu mengejutkan kerana tidak menjangka berlaku perubahan tarikh tahun ini.
Seorang penduduk Taman Inderapura, Rahmat Mohd Yusof berkata, ketika dia berada di surau untuk solat Isyak dan seterusnya solat Terawih kira-kira jam 8.30 malam, pengumuman itu mengejutkan kerana tidak menjangka berlaku perubahan tarikh tahun ini.
“Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga melalui media sosial pengumuman hari raya jatuh pada 2 Mei, hari Isnin dan mengejutkan saya dan orang ramai dan seperti tidak percaya.
“Selepas solat Isyak dan takbir raya, saya terus ke pasar ayam untuk mendapatkan bekalan, saya sangat terkejut sudah ramai pembeli beratur kerana mereka dimaklumkan melalui media sosial pasar ayam dibuka malam ini mulai 9.30 malam.
Katanya, kira-kira 500 orang beratur dengan tertib untuk medapatkan bekalan.
Seorang pembeli, Khatijah Mohd Said berkata, pada mulanya dia merancang untuk mendapatkan bekalan ayam tambahan esuk (Isnin) tetapi terkejut mengetahui hari raya jatuh pada hari Isnin, 2 Mei.
Khatijah Mohd Said berkata, pada mulanya dia merancang untuk mendapatkan bekalan ayam tambahan esuk (Isnin) tetapi terkejut mengetahui hari raya jatuh pada hari Isnin, 2 Mei.
“Saya juga terkejut mendapati di pasar sudah ramai pembeli beratur menunggu, terima kasih juga kepada penjual ayam yang bertanggung jawab memenuhi permintaan orang ramai dan sanggup membuka kedai ayam, peranan media sosial juga berkesan menyampaikan maklumat,” katanya.
Penjual ayam, Rusdhi Umar berkata, dia turut terkejut dengan pengumuman itu dan serta merta membuka kedai ayam bersama 3 kedai ayam yang lain.
Orang ramai berpusu-pusu di kedai jula ayam mendapatkan bekalan, hari ini.
“Tidak sangka hari raya pada tahun ini berubah tarikh, mujur bekalan ayam sampai pada jam 10.00 malam kira-kira 1,000 ekor bagi memenuhi permintaan dan bekalan mencukupi,” katanya.
Tinjuan SAHIH sehingga laporan ditulis mendapati kedai gunting rambut, kedai jualan pakaian, dan jualan santan masih dibuka untuk membekalkan bahan tersebut kepada orang ramai.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Melihat kepada perjalanan orang ramai bagi menyambut hari raya yang dijangka Selasa ini, rata-rata selesa dengan kenderaan masing-masing.
Ada yang kongsikan perjalanan balik kampung yang memakan masa sehingga 10 jam, manakala ada juga yang berehat panjang di pertengahan perjalanan.
Namun lain pula perjalanan yang ditampilkan daripada sekumpulan guru yang mengajar di sebuah sekolah di pedalaman di Kelantan.
Perjalanan guru di sekolah pedalaman melalui laluan balak untuk pulang beraya.
Menerusi satu klip video yang dikongsi pengguna yang menggelarkan dirinya sebagai Ben Zaid, sekumpulan guru dari sebuah sekolah di Gua Musang, Kelantan sedang bersiap untuk pulang ke kampung.
Berbeza daripada orang lain, mereka terpaksa meredah hutan belantara dengan laluan keluar masuk lori balak dengan menaiki motosikal masing-masing.
Mereka merupakan tenaga pengajar dari Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang yang terpaksa mendidik anak murid dari beberapa perkampungan Orang Asli di situ.
Rata-rata orang ramai turut memuji dengan semangat yang ditunjukkan oleh kumpulan guru tersebut.
“Tengok jasa guru macam ni, terpaksa redah hutan untuk mengajar anak murid mereka. Hebat betul mereka semua, selamat hari raya guru terbaik, ” jelas Izwan Ez.
“Cikgu lain selesa balik kampung dalam kereta ‘berekon’, mereka berpanas dan redah bahaya. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang tahu, ” jelas Mas Turah.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!