RAUB: Jalan Lama Bentong-Raub ditutup bagi semua kenderaan mulai semalam sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Ia ekoran kejadian jalan dan tanah runtuh di Seksyen 18.16 berhampiran Kampung Sungai Chetang, di sini.
Jalan lama Bentong-Raub yang terhakis dan ditutup bagi semua kenderaan.
Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Raub, laluan alternatif yang dicadangkan bagi pengguna terutama penduduk Kampung Sang Lee dan Kampung Sungai Chetang ialah melalui laluan persekutuan FT008, Jalan Bentong-Gua Musang bersempadan antara daerah Bentong dan Raub.
JKR mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan akan mempercepatkan usaha membaiki jalan yang rosak agar dapat diguna semula oleh pengguna jalan raya.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kanak-kanak terkena percikan api sembilan tahun lalu, Muhamad Iqram Hashim, rayu bantuan bagi pembedahan tangannya yang semakin menegang dan sukar untuk diluruskan akibat terbakar dan melecur dalam kejadian itu.
Kejadian itu berlaku ketika ibunya,Suraya Abdul Manan (39), sedang membakar sampah dan botol racun aerosol telah meletup lalu terkena Muhammad Iqram ketika kanak-kanak itu berusia 2 tahun.
“Kesan daripada itu, Muhammad Iqram yang kini berusia 11 tahun melecur di muka, telinga, badan dan kaki sehingga memberi kesan parut selain tumbuh isi baharu di bahagian yang terkena.
“Kini anak saya perlu ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh setiap dua bulan untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Katanya, kos perbelanjaan untuk pembedahan tangan anaknya itu sebanyak RM3,000 dan dia tidak mampu memandangkan suaminya telah meninggal dunia pada Mac lalu akibat jangkitan kuman di paru-paru dan air kencing.
Tambahan pula dia merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan kini mengharapkan bantuan ibu bapanya yang tinggal di Felda Jengka 3 , di sini.
“Doktor pakar memberitahu agar pembedahan perlu dilakukan pada tangan sebelah kiri dahulu sebab tangan tu telah menegang sehingga sukar untuk anak saya menulis dengan sempurna,, pakar ada maklum bagi kos pembedahan sebelah tangan itu sebanyak RM3,000.
“Namun untuk pembedahan secara keseluruhan bagi menghilangkan parut kekal dan juga membuang lebihan isi di telinga memerlukan kos yang lain tetapi masih belum dimaklumkan kos itu,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan daripada Biro Sosial Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan (JKKR) Wilayah Jengka bersama Ketua Kampung Felda Jengka 23, di rumahnya.
Razak bersama Ketua Kampung Felda Jengka 23 menziarahi Muhammad Iqram dan keluarga
Sementara itu, Pengerusi Biro Sosial JKKR Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, beliau meminta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dapat membantu Muhammad Iqram memandangkan kos pembedahan bagi keseluruhan muka dan badan dijangka meningkat.
Razak Daud
Bagi mereka yang ingin mengurangkan beban dan membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 556 057 530 389 atas nama Suraya Abdul Manan atau boleh hubungi di talian 011-18845186.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Bersempena sambutan HariAnakPramatangSedunia yang disambut sepanjang bulan November, Unit Neonatal Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) melancarkan kempen kesedaran bagi memberi maklumat tepat kepada orang ramai.
SEBAHAGIAN jururawat NICU di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang bertugas menjaga anak pramatang
Selain membantu orang ramai lebih memahami isu membabitkan anak pramatang, kempen itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa bagi mengurangkan risiko kematian akibat kelahiran pramatang.
Doktor pakar Unit Neonatal Pediatrik HTAA, Dr Lee Mei Ling berkata, pemilihan warna ungu sebagai warna tema sambutan serentak di seluruh dunia, ia diharap dapat membantu orang ramai memahami masalah akibat kelahiran pramatang, meningkatkan penyelidikan membabitkan punca kelahiran pramatang berlaku dan mengambil tindakan awal selepas mendapat maklumat berkaitan kehamilan yang boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.
WARNA ungu dipilih sebagai warna tema sambutan Hari Anak Pramatang Sedunia yang diraikan sepanjang bulan November
”Berdasarkan kajian dilakukan sebelum ini, walaupun banyak (kelahiran) anak pramatang dapat diselamatkan dan menjalani kehidupan secara normal selepas dilahirkan, namun risikonya tetap ada.
“Ada antara risiko yang biasanya berlaku ialah bayi atau anak berkenaan boleh mengalami masalah kecacatan kekal, masalah pembelajaran dan masalah membabitkan deria seperti gangguan penglihatan dan pendengaran.
“Risiko paling tinggi ialah kematian ketika proses kelahiran.. jadi, kesedaran di peringkat awal dalam kalangan ibu bapa atau pasangan sangat penting dan disebabkan itu kita adakan kempen kesedaran seperti ini,” katanya.
Mei Ling berkata, kajian turut mendapati kira-kira 15 juta anak pramatang dilahirkan setiap tahun di seluruh dunia dan kebanyakannya membabitkan kelahiran sebelum cukup 37 minggu kandungan.
“Daripada jumlah itu, dianggarkan 1 juta anak pramatang meninggal dunia ketika dilahirkan akibat kesan sampingan.. ini bermakna kematian akibat kelahiran pramatang adalah punca kematian kedua tertinggi selepas tuberkolisis.
“Walaupun hampir 60 peratus isu kelahiran pramatang berlaku di negara membangun, namun ia adalah tetap menjadi isu kesihatan seluruh dunia dan kami di HTAA akan meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat melalui kempen menggunakan media sosial, sebaran am dan menggunakan saluran media yang bersesuaian,” katanya.
Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengeluarkan kenyataan berdasarkan penyelidikan dijalankan pihaknya bahawa antara punca kelahiran anak pramatang ialah kehamilan berganda, penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan faktor genetik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGURUS BESAR FELDA WILAYAH JENGKA, PENGERUSI JKKR ANTARA YANG TAMPIL
JERANTUT: Nasib malang menimpa keluarga peneroka FELDA Jengka 12, Ibrahim Mat Diah yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran rumah tengah malam kelmarin, terus mendapat pembelaan.
Pengurus Besar FELDA Wilayah Jengka, Afzal Hanis Abdul Kadir dan Pengerusi JKKR Gabungan FELDA Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar bersama-sama tampil menyampaikan sumbangan kepada keluarga berkenaan.
Selain bantuan daripada Gabungan Masjid FELDA Wilayah Jengka, sumbangan daripada Afzal Hanis serta pelbagai pihak sejak berita mengenai bencana menimpa keluarga itu tersebar semalam, diharapkan dapat meringankan bebanan ditanggung mereka.
Afzal Hanis ketika ditemui berkata, pihaknya sangat menghargai dan mengalu-alukan semua pihak untuk tampil memberikan sumbangan kepada keluarga terbabit.
“Alhamdulillah.. setakat ini memang ramai pihak yang tampil untuk sama-sama membantu Encik Ibrahim dan keluarga.. kita harap lebih banyak pihak boleh turut serta dalam meringankan kepayahan dihadapi keluarga ini.
“Semangat tolong-menolong sudah menjadi amalan dalam kalangan warga peneroka FELDA, terutamanya yang berada dalam Wilayah Jengka.. jadi, kita amat bertuah kerana sikap ini masih kekal dan kukuh dalam hati kami semua,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Masjid FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Afzal Hanis yang begitu cakna dengan nasib menimpa peneroka di kawasan berkenaan.
“Sikap prihatin Encik Afzal ini memang kami hargai.. bantuan kepada keluarga Ibrahim juga dapat kita selaraskan dengan baik dan ini adalah hasil semangat kerjasama dalam warga peneroka di sini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Menanam pokok atau tumbuh-tumbuhan kini sudah dikira sebagai hobi yang menarik.
Ia bukan hanya boleh mencantikkan kediaman tetapi juga dapat memberi ketenangan kepada minda dan menyamankan persekitaran.
Bermula sekadar hobi dan ingin mencantikkan landskap rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, Nor Azira Hassim (36), tidak menyangka beliau kini telah menanam hampir 100 jenis tanaman yang mampu memberi pendapatan kepadanya.
Rutin Azira melihat tanamannya yang perlu diberi perhatian setiap hari.
Antara 100 jenis pokok yang ditanam adalah pothos, monster, pokok-pokok herba seperti ulam cekur, kunyit, pudina, telang, kari, halia, daun sup, pelbagai jenis keladi hiasan, heliconia, anthurium, philodendron, Bergonia, Hoya, Markisa, pelbagai sansevieria,pokok menjalar, pokok-pokok hiasan gantung dan pokok dalam air.
Azira berkata, episod menanam bunga ini bermula ketika beliau menziarahi rumah ibu-ibu saudaranya, Radiah dan Asiah A.Hamid dan cuba meminta keratan tanaman untuk ditanam di rumahnya di Balok, di sini.
Antara tanaman yang ditanam di rumahnya
Beliau kemudian belajar cara menanam daripada ibu saudaranya, pembacaan daripada majalah berkaitan tanaman, laman sosial Instagram dan juga YouTube.
“Asalnya sebagai hobi menanam sebab suka tengok bila pokok yang kita cuba jaga akhirnya membiak serta membesar dengan subur.
“Kemudian kawan-kawan, saudara mara serta jiran-jiran perasan saya menanam pelbagai jenis pokok yang sihat dan menarik. Mereka turut berminat untuk membeli dan cuba menanam.
“Suami turut sokong minat dan turut sama bagi galakan dengan turut serta membantu dalam membina teduhan pokok,mencari pelbagai jenis pokok untuk koleksi serta permintaan pasaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Beliau berkata, beliau mula berniaga secara dalam talian di Facebook dan menyertai kumpulan-kumpulan yang berkaitan tanaman di laman sosial di seluruh Semenanjung Malaysia.
“Peminat tanaman yang dekat, mereka lebih suka datang sendiri ke rumahnya manakala yang jauh mereka akan membeli secara dalam talian.
“Saya akan memberikan mereka keterangan mengenai tanaman yang mereka minati, dan seterusnya saya akan pos dengan menggunakan bungkusan khusus untuk mengepos,” katanya.
Jelasnya, penjagaan pokok sangat penting agar pokok yang ditanam tumbuh dengan baik serta sihat.
“Saya mementingkan cara pembajaan setiap jenis pokok kerana setiap pokok tidak sama jadual pembajaan mereka. Semburan racun serangga juga diutamakan agar tanaman sihat dan tidak rosak.
Azira tidak menyangka tanamannya dapat memberi pulangan kepada beliau.
“Setiap hari saya akan periksa medium tanamam samada tanah terlampau basah, pokok rosak,perlu tukar media tanaman lain atau proses baik pulih pokok,” ujarnya. Katanya, harga ditawarkan bermula RM3 iaitu anak pokok herba sehingga RM1,500 iaitu tanaman dikenali sebagai AnthuriumRegaleEcuador dan EcuageneraAnthuriumWarocqueanum.
“Baru-baru ini, seorang doktor perubatan dari Bangi telah membeli tanaman saya dikenali sebagai AnthuriumRegale dengan harga RM650,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUSULAN PENEMUAN BATU NISAN DIPERCAYAI ADA SEJAK 1850-AN
PEKAN : Penemuan sepuluh bongkah batu nisan Cina di kawasan sebuah rumah di Jalan Bendahara, Pekan, yang ditemui baru-baru ini memberi maklumat sejarah berharga bahawa kawasan itu adalah bekas tokong Cina yang telah wujud sejak tahun 1850-an.
Bongkah batu nisan yang ditemui di halaman rumah yang terletak di Jalan Bendahara, Pekan, baru-baru ini
Warga emas, Pekan, Mohamed Mokhtar Abu Bakar berkata kewujudan tokong Cina yang terletak di Pekan Lama bermula dengan satu perkampungan Cina yang bermastautin di situ.
Mohamed Mokhtar Abu Bakar
“Setelah tiba dari China untuk tujuan berdagang, ramai pendatang itu terus tinggal di Pekan Lama dan membuka kawasan itu sebagai perkampungan baharu mereka. Tidak mustahil tokong dibina dan pastinya terdapat kubur di sekitar tokong tersebut.
“Pada masa itu, muara Sungai Pahang diibaratkan seperti pelabuhan yang sibuk dengan banyak kapal, tongkang, jong dan perahu berlabuh, dikatakan berlaku pada tahun 1200-an, sehingga ada jong China turut belayar mudik ke hulu sehingga sampai ke kawasan Tembeling untuk berniaga,” katanya ketika dihubungi SAHIH.
Gambar menunjukkan muara Sungai Pahang satu ketika dahulu
Mohamed Mokhtar berkata, mengikut cerita orang Cina di Pekan, tokong itu ialah Tokong Teh Chew dan orang Cina yang berkampung di sekitar Tokong itu datang dari Wilayah Teh Chew di Canton, Tanah Besar China.
Katanya, kehadiran pedagang China membekalkan arak, tembikar, kapas dan sebagainya dan penduduk Tembeling pula membekalkan gading gajah, sumbu badak, gaharu dan sepang kederang iaitu sejenis dakwat untuk tujuan celupan yang tidak mudah luntur dan tahan lama.
Katanya, asalnya rumah tersebut kepunyaan Jeneral Engku Nasaruddin sekitar tahun 1900-an dan kemudian dijual kepada Menteri Besar kesembilan, Datuk Seri Mohamad Jusoh.
Salah satu bongkah yang ditemui, baru-baru ini
“Di seberang jalan rumah itu ialah rumah ayah Engku Nasaruddin, manakala berdekatannya terletak Sekolah Tengku Ampuan Fatimah, semasa melakukan kerja-kerja pembinaan dewan sekolah itu pernah terjumpa tengkorak manusia
“Kawasan Masjid Ahmad Shah iaitu kawasan Istana Sultan Ahmad 1 yang juga turut dikenali Istana Rupa terdapat anak sungai Pahang iaitu Sungai Parit,” katanya.
Katanya, negeri Pahang kaya dengan sejarah lampau dan mempunyai ikatan dengan negara lain seperti China dalam perdagangan dan sejarah silam seperti ini harus dikaji sebanyak mungkin demi generasi muda.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
9 KAMPUNG ORANG ASLI MAHU PEMBALAKAN DIHENTIKAN DI HUTAN SIMPAN KRAU
TEMERLOH : Seramai 7,000 penduduk Orang Asli dari sembilan buah kampung merayu agar aktiviti pembalakan dihentikan di Hutan Simpan Krau demi kelangsungan kawasan rayau serta kawasan tadahan air untuk kegunaan harian di Kuala Krau, hari ini
Perkampungan Orang Asli yang dipercayai terbabit dengan aliran anak sungai dan sungai utama akan terganggu ialah Kampung (Kg) Sungai Mai, Kg Seboi , Kg Paya Mendoi, Kg Penderas, Kg Pasu, Kg Lubuk Wong, Kg Sepian, Kg Sebol dan Kg Sungai Kiol sekiranya pembalakan diteruskan.
Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) , Yusri Ahon berkata, pertemuan pada hari ini memberi ruang untuk berbincang dengan pengusaha pembalakan dan pihak Jabatan Perhutanan Daerah Temerloh / Bera serta berusaha untuk membawa isu ini ke pihak Menteri Besar Pahang.
“Penerangan hari ini walau pun ringkas tetapi telah memberi pencerahan yang terbaik khusus kepada kaum Orang Asli yang hadir untuk mencari jalan tengah menyelesaikan isu pembalakan.
“Kami bersepakat mahu pembalakan di kawasan Hutan Simpan Krau dihentikan untuk menjaga keperluan semua pihak khususnya bekalan air bersih untuk kegunaan bersama,” katanya di majlis dialog bersama Pejabat Perhutanan Temerloh /Bera dan pengusaha pembalakan serta wakil penduduk Kampung Orang Asli.
Ahon berkata, kawasan rayau mereka adalah sebagai kawasan mencari sumber hutan untuk bahan perubatan daripada pokok dan akar serta hasil hutan seperti rotan, nibung dan sebagainya menjadi mata pencarian utama mereka sekeluarga.
“Kalau sudah diganggu gugat akan mengakibatkan mata pencarian mereka terganggu di samping aliran anak sungai yang menjadi punca air turut tercemar setelah hutan ditebang dan terdedah dengan hakisan yang membawa lumpur ke dalam sungai,”katanya.
Wakil dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Norhayati Shahrom berharap pihak kerajaan pertimbangkan dengan sewajar khususnya sumber air dan kawasan tradisi mereka.
“Kini, kita mengalami masalah bekalan air contoh seperti di Selangor, Negeri Sembilan dan mungkin bakal menjadi masalah besar di tempat lain sekiranya jajaran seperti Banjaran Titiwangsa diterokai secara tidak terancang.
“Pihak kami berharap kerajaan mempertimbangkan gangguan hutan semoga sumber air terus terjamin dan juga haiwan liar turut terus berada di kawasan habitat mereka agar tidak masuk ke kawasan penempatan yang mengganggu orang awam,” katanya.
Yang turut hadir, Pegawai Jabatan Perhutanan Daerah Temerloh / Bera, Azmi Abdul Rahman serta kira-kira 100 wakil penduduk Perkampungan Orang Asli.
Sementara itu, Pegawai Perhutanan Daerah Temerloh / Bera, Azmi Abdul Rahman berkata penerangan itu kepada wakil penduduk Orang Asli untuk memberi maklumat berkaitan pembalakan yang bakal dilakukan dan lesen pembalakan di Kompament 4 telah diluluskan sejak 2015.
“Oleh itu, pihak jabatan memberi peluang kepada wakil Orang Asli di kawasan terbabit untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seramai 55 penerima daripada golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan dari Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching dan Makmur Gold di Masjid Kampung Pandan 1, dekat sini, semalam.
SUMBANGAN bakul makanan dari Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Panching dan Makmur Gold
Mereka menerima bakul makanan dan barangan keperluan asas lain bagi meringankan bebanan kesan wabak COVID-19 sejak awal tahun ini.
Majlis itu diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kampung Pandan dan PAS Cawangan Kampung Pandan Satu dan Dua.
Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Tarmizi Yahaya.
BAKUL makanan disampaikan kepada 55 penerima
Majlis turut dihadiri Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Berhad, Hishamudin Abdullah; Penghulu Mukim Kuala Kuantan 2 dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Muafakat Makmur Berhad, Mohd Faizuddin Che Mahmood.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KRAI: Seekor tapir jantan dianggarkan berusia 25 hingga 35 tahun dan anggaran berat 150 kilogram ditemui mati akibat dilanggar kenderaan di Kampung Sri 10, Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan malam tadi.
TAPIR atau Tapirus Indicus adalah antara spesies haiwan yang terancam di Malaysia/ gambar hiasan
Pengarah PERHILITAN Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 10 malam dan kehadiran anggota PERHILITAN ke lokasi mendapati tapir tersebut sudah mati.
“Anggota PERHILITAN Kelantan yang melakukan rondaan ke tempat kejadian dan mendapati tapir jantan tersebut telah mati. Pihak jabatan menguruskan tapir dianggar seberat 150 kilogram itu untuk proses pelupusan.
“Keadaan jalan tempat kejadian adalah lurus menuruni bukit dan tiada lampu jalan, keadaannya sangat gelap,” katanya dalam kenyataan kepada media, disiarkan Malaysiakini.
Sebagai rekod, tapir atau nama saintifiknya TapirusIndicus adalah antara hidupan liar yang semakin terancam populasinya di negara ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN: Setelah melihat sebongkah batu dianggarkan sepanjang 60 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm dengan ketebalan kira-kira 10 sm membawa penemuan sepuluh bongkah lagi yang menyerupai batu nisan dengan bertulisan Cina kuno di perkarangan sebuah rumah di Jalan Bendahara, Pekan, petang kelmarin.
Tuan rumah tersebut, Nur Hazelina Abd Rahman (47), berkata dia sudah mengetahui perkara itu sejak zaman kanak-kanak lagi daripada arwah ibunya yang berasal dari Pekan memaklumkan perkara itu tetapi tidak mengendahkannya.
Katanya, kemungkinan besar terdapat banyak batu seperti itu di kawasan rumahnya tetapi tidak pernah menyelongkar dipercayai bahan artifak sejarah lama itu.
“Arwah emak saya berasal dari sini, dia ada mengatakan kawasan rumahnya adalah bekas jirat Cina lama dan dipercayai kepunyaan orang China yang datang dari Tanah Besar untuk berdagang dan tongkang mereka berlabuh di pelabuhan di Sungai Pahang.
“Saya tidak tahu usia sebenar rumah saya, saya dilahirkan di sini, mungkin juga dan tidak mustahil kalau kapal atau tongkang berlabuh di sungai kecil, Sungai Beram yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah saya ini,” katanya ketika dihubungi SAHIH.
Katanya, pada mula rakan suaminya yang meninjau di halaman rumah itu, tetiba tergerak hati mereka untuk mengetahui lebih lanjut dan terus mencangkul dan terkena benda keras.
“Mereka terus mencangkul secara berhati-hati untuk mengetahui lebih lanjut agar mata cangkul digunakan tidak merosakkan benda keras itu, memang suami saya dan sahabatnya terkejut mendapati sederet 10 bongkah batu menyerupai batu nisan tertanam kira-kira 15sm.
“Saya memanggil kenalan kaum Cina untuk membaca tulisan yang terdapat di batu itu dan menyatakan ia adalah nisan kaum China yang hidup di zaman Dinasti Qing yang datang dari daerah Jin di China dan meninggal di sini, kawan saya membaca secara agakkan daripada tulisan tersebut kerana ia adalah tulisan China kuno,” katanya.
Nur Hazelina seorang guru terus mencari maklumat menerusi internet dan mendapati Dinasti Qing mencapai zaman kemuncaknya pada masa pemerintahan Kaisar Kangxi pada tahun 1662 hingga 1722, Yongzheng (1723-1735) dan pemerintahan Qianlong pada 1735-1796.
“Mungkin juga Pekan Lama sebagai pusat pemerintahan kerajaan Pahang dan tempat kediaman kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang menyebabkan Pekan menjadi tumpuan pedagang dari luar pada ketika itu.
“Pekan Baharu pada zaman dahulu adalah perkampungan kecil Cina, dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi, namun tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan, tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis China menyebut dan menceritakan tentang Pekan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!