PERAK – Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Radzay Osman, 42, disahkan maut di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Izuwan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 1.48 tengahari.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah treler tanpa muatan dengan sebuah kereta Proton Preve milik Jabatan Kehakiman Syariah Perak.
“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kereta,” katanya ketika dihubungi, lapor suaraperak.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
USAH RISAU DEMAM, SAKIT BADAN SELEPAS SUNTIKAN ASTRAZENECA
KUALA LUMPUR: Sakit badan dan demam bagi penerima vaksin AstraZeneca akan hilang dalam tempoh 24 jam, kata pakar perubatan keluarga, Dr Tan Sing Yee.
Berkongsi maklumat di laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Dr Sing Yee, berkata beberapa simptom biasa akan dialami penerima vaksin selepas suntikan dilakukan.
“Jangan risau jika anda sakit-sakit badan, demam atau sakit di tempat suntikan kerana ia akan hilang dalam tempoh 24 jam, lapor BH ONLINE.
“Jika alami sakit yang kuat, tidak reda dengan ubat, rasa loya serta muntah, mata kabur, sesak nafas atau sakit dada segera hubungi doktor,” katanya dalam satu video.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan lima kawasan di sekitar Kajang mengalami banjir hari ini.
Lima kawasan terbabit terdiri daripada Taman Sungai Jelok, Taman Kantan Permai, Jalan Cheras Batu 13, Kampung Sungai Ramal Baru, dan Jalan Sungai Kantan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, kejadian di Jalan Cheras Batu 13 merupakan paling teruk terjejas.
“Sebanyak 50 buah rumah terlibat dengan paras air tertinggi direkodkan sehingga satu meter.
“Mangsa membabitkan seorang ibu dan bayi. Mereka telah dibawa ke tempat yang selamat manakala penduduk lain tidak mahu berpindah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Balai Bomba dan Penyelamat dari Bandar Tun Hussein Onn telah ditugaskan ke lokasi kejadian.
“Setakat ini, anggota bomba masih di lokasi kejadian bagi memantau keadaan.
“Sementara, empat lokasi lain yang terjejas tidak membabitkan sebarang mangsa,” jelasnya, lapor KOSMO online.
Tambahnya, pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Semenyih dan Bangi telah ditugaskan bagi keempat-empat kejadian tersebut..
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT BAKAL KELUARKAN DURIAN MUSANG KING ORGANIK TERBESAR
JERANTUT : Jerantut bakal menjadi pusat pengeluaran durian Musang King organik terbesar untuk dieksport ke Eropah dan China selain turut meningkatkan produk sektor pertanian serta mampu menjana ekonomi dan pendapatan penduduk setempat.
Projek perladangan tanaman itu bakal ditanam di atas tanah seluas 40 hektar bagi projek perintis Musang King D197 yang akan diusahakan oleh sebuah syarikat perladangan antarabangsa, United Tropical Fruit (UTP).
Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, kerajaan akan menyediakan tanah seluas 40 hektar di kawasan yang akan dikenal pasti di mukim Tembeling Tengah atau beberapa kawasan tanah milik kerajaan yang akan dicadangkan.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris.
“UTP yang telah membuat kajian menyeluruh mengenai klon tanaman ini memilih daerah ini kerana mempunyai kawasan tanah yang sesuai selain tapak lojistik bagi pasaran dan kajian ini termasuk potensi tarikan pelancong berasaskan produk makanan daripada buah tropika berkenaan.
“Saya berharap syarikat UTP akan merealisasikan projek perladangan musang king organik di sini memandangkan ia berpotensi dari segi peluang pekerjaan serta penduduk yang berminat mengusahakan tanaman serta pasaran buah ini menerima manfaat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran projek perladangan UTP di Bandar Inderapura di sini malam semalam.
Katanya, selain mukim Tembeling Tengah, beberapa kawasan lain tanah milik kerajaan di daerah ini akan dicadangkan dan memerlukan kebenaran kerajaan negeri menerusi permohonan serta rundingan dengan Pejabat Daerah Jerantut.
Turut hadir, iaitu Pengarah Urusan United Tropical Fruit , Dr Raymond Samy dan Pengarah Urusan Durian Fresh Sdn. Bhd., Saiful Fazami.
Katanya, pembukaan ladang durian UTP itu bakal memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di samping membantu petani atau pengusaha tanaman ini secara berkelompok dengan menggunakan teknologi serta kepakaran syarikat ini untuk menghasilkan produk makanan berasaskan buah ini yang berkualiti.
Pengarah Urusan United Tropical Fruit , Dr Raymond Samy
“Sekiranya projek ini direalisasikan, Jerantut merupakan pengeluar musang king organik yang utama di Pahang yang belum lagi dirintis di tempat lain,” katanya.
Sementara itu, Dr Raymond berkata, UTP merupakan syarikat perladangan antarabangsa beribupejabat di Singapura sehingga ini telah melaksanakan projek buah-buahan organik di negara Thailand, Indonesia dan benua Afrika.
“Sehingga ini cuma kadar 11 peratus sahaja pengeluaran makanan organik berasaskan daripada buah-buahan dan kita ingin memulakan projek musang king organik D197 di daerah ini memandangkan tanah yang sesuai serta pembangunan komuniti, iaitu peluang pekerjaan, latihan dan sebagainya.
“Projek ini juga mendapat kerjasama sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerusi bantuan kajian daripada pakar tanaman dan perladangan serta bakal menjadi pusat latihan luar penuntut universiti berkenaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WANITA 72 TAHUN TANGGAL GELANG MERAH JAMBU, PERGI KLINIK
TIGA LELAKI LAGI TURUT DIKOMPAUN DI KAMPUNG SUNGAI RUAN, RAUB
RAUB: Warga emas yang bersikap degil dan tidak bertanggung jawab serta tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) masih berleluasa kerana telah keluar dari tempat kuarantin dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal di tempat awam di daerah ini.
Seramai 4 orang dikenakan kompaun (OKK) termasuk seorang wanita berusia 72 tahun dikompaun kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan mengikut peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang warna merah jambu, semalam.
Kelmarin, 3 orang warga emas yang memakai gelang warna merah jambu yang tinggal di sekitar Sungai Ruan telah bersiar-siar dan makan di kedai makan turut dikompaun.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, seorang OKK warga emas wanita berusia 72 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Ruan yang sedang dikuarantin telah menanggalkan gelang warna merah jambu yang dipakainya dan keluar ke klinik untuk mengambil ubat.
“Maklumat itu diperolehi daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Raub, apabila pihak PKD menelefon wanita ini untuk memaklumkannya positif covid-19 dan telah dimaklumkan tidak berada di rumah.
“Pihak polis telah ke rumah OKK dan dimaklumkan oleh penghuni rumah tersebut bahawa OKK telah keluar ke klinik dan terus bergegas ke klinik dan mengaku telah menanggalkan gelang merah jambu yang dipakainya dan keluar rumah,”katanya kepada SAHIH.
Katanya, wanita itu dikenakan kompaun di bawah Sek. 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 dengan jumlah kompaun RM 5,000 kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.
Selain itu, dalam kejadian berasingan, tiga lelaki berusia 59, 65 dan 72 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Ruan turut dikompaun kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan iaitu berkumpul dengan tiada penjarakan fizikal di kawasan umum.
“Ketiga-tiga OKK ini dikompaun di bawah Seksyen 25(a) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
“Amat mendukacitakan, sewajarnya golongan dewasa dan warga emas ini menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda untuk tidak melanggarkan peraturan yang ditetapkan,”katanya.
Katanya, kegagalan mematuhi SOP menyebabkan penularan wabak ini semakin menakutkan dan akan sukar dibendung atas sikap tidak ambil peduli dengan bilangan wabak menjangkau melebihi 3,000 kes baharu sehari.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seramai 450 orang guru Takmir, 15 penyelia Takmir dan 40 penyelia Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri Pahang menerima sumbangan Bantuan Prihatin Pahang secara ‘one-off’ sebanyak RM500 seorang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang lepas telah meluluskan bantuan prihatin itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
“Di majlis ini juga, kerajaan negeri menyerahkan kenderaan jenis Proton X70 dan Proton Exora bagi kegunaan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri bagi melancarkan perjalanan pentadbiran badan ini.
“Kerajaan negeri berterima kasih kepada semua guru agama dan takmir telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik bagi meningkatkan syiar Islam di negeri ini,” katanya di majlis itu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Katanya, diharapkan bantuan yang diserahkan ini dapat digunakan sebaiknya dan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mereka menjelang sambutan Aidil Fitri.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS: Seramai 170 orang menerima sumbangan bakul makanan di tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dewan Undangan Negeri Padang Tengku dalam Program Mesra Ramadan UMNO Bahagian Lipis, kelmarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, sumbangan itu sebagai rutin tahunan menjelang sambutan Aidil Fitri kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Datuk Mustapa menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada bekas anggota polis, Abdul Razak Yaakub.
“Sebanyak 19 PDM dalam DUN Padang Tengku telah menerima sumbangan berupa barangan dapur dan pada hari ini giliran penerima di tujuh PDM pula.
“Selain itu saya turut menyantuni bekas anggota polis, Abdul Razak Yaakub yang mengidap penyakit akhmar dengan memenuhi hasrat untuk memiliki kerusi roda,” katanya.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK).
Beliau berharap semua penduduk di dalam DUN Padang Tengku menerima dan manfaatkan sumbangan dan turut bergembira bersama keluarga menjelang sambutan hari lebaran.
“Ketika sambutan hari raya diharap jangan lupa menjaga prosedur operasi standard (SOP) ketika meraikan hari raya dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta elakkan berasa di kawasan sesak,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TABUNG AKHIRAT MUDAHKAN ORANG RAMAI HULUR SUMBANGAN
KUANTAN: Inisiatif diperkenalkan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Baru, dekat Bentong menjenamakan tabung masjid kepada nama Bank Akhirat, bukan sahaja menarik perhatian orang ramai, bahkan turut memberi impak terhadap kesedaran masyarakat dalam bersedekah.
Langkah itu bukan sahaja boleh dipuji, bahkan patut dicontohi semua masjid dan surau di seluruh Pahang.
Difahamkan, usaha memperkenalkan Bank Akhirat itu dimulakan AJK masjid berkenaan sejak kira-kira setahun lalu dan mendapat sambutan baik daripada ahli kariah masjid itu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Pemilihan lokasi menempatkan Bank Akhirat di pintu masjid berkenaan juga sangat strategik bagi memudahkan ahli kariah dan orang ramai menyalurkan sumbangan dan infaq mereka secara pandu lalu.
Usaha itu turut mendapat pujian Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menyifatkan pendekatan diambil pihak pengurusan Masjid Kampung Baru Bentong sangat berlainan dan menarik.
“Pengenalan Bank Akhirat ini boleh dijadikan teladan kepada pihak pengurusan masjid atau surau lain di Pahang dan ia adalah usaha yang sangat baik serta wajar mendapat pujian.
“Konsep pandu lalu digunakan bagi menjayakan insiatif ini juga bersesuaian dan tepat pada masa memandangkan kita masih berdepan ancaman penularan COVID-19.
“Lagipun, kita sudah lama tidak dibenarkan mengedarkan tabung masjid ketika solat fardu dan solat Jumaat, jadi apabila ada Bank Akhirat, mudahlah (untuk) orang ramai menghulurkan sumbangan dan derma mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Syed Ibrahim berkata, pelancaran rasmi Bank Akhirat di Masjid Kampung Baru Bentong itu diharapkan menjadi pencetus kepada lebih banyak kewujudan Bank Akhirat dapat di seluruh Pahang selepas ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Lebih ramai golongan belia di Pahang digalakkan menceburi bidang perniagaan dan mencari jalan untuk terbabit dengan lebih proaktif dalam membantu pembangunan masyarakat setempat.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menyediakan dana berjumlah RM10 juta bagi tujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai bidang perniagaan, selain untuk pengembangan perniagaan sedia ada.
WAN ROSDY (TIGA DARI KANAN) MENYAMPAIKAN CEK KEPADA PENGERUSI MBM PAHANG, MOHD IZZAT AFIFI ABDUL HAMID
“Dana ini kita umumkan November lalu, ketika pembentangan Belajawan Negeri 2021 dan ia bertujuan sebagai modal awal kepada golongan belia yang ingin menyertai bidang perniagaan.
“Sebagai golongan yang bakal menjadi pemimpin masa depan, belia perlu berfikiran kreatif dan kritikal untuk memastikan kehadiran mereka dalam masyarakat dapat memberi manfaat dan membantu meningkatkan sosio ekonomi setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Belia Sempena Mesyuarat Majlis Belia Malaysia (MBM) Pahang, di sini, malam tadi.
Pada majlis sama, Wan Rosdy turut menyampaikan cek berjumlah RM470,000 kepada wakil 26 anggota gabungan MBM negeri.
Mesyuarat kali ini juga menyaksikan pertandingan bagi jawatan Pengerusi MBM Pahang yang dimenangi Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Seri Johari Hussain dan bekas Pengerusi MBM negeri, Wan Emril Nizam Wan Embong.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB : Bazar Ramadan di Raub diarahkan ditutup mulai 30 April sehingga 13 Mei 2021 berikutan pelaksanaan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah peningkatan penularan pandemik COVID-19 di daerah ini.
Majlis Daerah Raub (MDR) hanya membenarkan 90 peniaga meneruskan jualan makanan di mana-mana lokasi kawasan bandar Raub
GAMBAR HIASAN
Yang Di Pertua MDR, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, operasi perniagan Bazar Ramadan Raub ditutup berasaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP mulai 30 April lalu dan peniaga boleh berjual di kawasan tertentu dengan mematuhi beberapa syarat.
“Kita bersimpati dengan seramai 90 orang peniaga makanan di Bazar Ramadan akibat penutupan operasi di sini, mereka kehilangan pendapatan, namun kita membenarkan mereka meneruskan perniagaan di tempat lain bandar ini.
“Penutupan bazar ini dilakukan berikutan penularan pandemik COVID-19 meningkat di daerah ini dan kita terpaksa memfokuskan kawalan dan pencegahan berasaskan prosedur operasi standard (SOP) PKP yang dikuatkuasakan mulai 30 April lalu,” katanya.
Katanya, kebenaran meneruskan perniagaan itu bagaimanapun tertakluk syarat tertentu, iaitu antaranya peniaga boleh memilih mana-mana lokasi yang sesuai asalkan tidak mengganggu lalu lintas dan jaminan keselamatan pengguna jalan raya.
“Peniaga perlu mematuhi penjarakan (kedudukan) yang sesuai antara gerai dan tidak digalakkan banyak gerai di sesebuah lokasi dan kebenaran juga diberikan boleh berniaga di hadapan rumah,” katanya.
Beliau berkata, seperti perniagaan di premis lain, pematuhan SOP amat penting dan keutamaan peniaga menyediakan di gerai mereka QR Code MySejahtera atau memastikan daftar setiap pelanggan menggunakan MySejahtera atau buku.
“Pengambilan suhu setiap orang pelanggan serta memastikan peniaga dan pengguna memakai pelitup muka, penjarakan sosial dan amalan etika kebersihan,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Mohammad Shahid yang juga Pegawai Daerah Raub berkata, MDR memberikan kelonggaran peniaga Bazar Ramadan tidak perlu memohon lesen penjaja beredar mulai 30 April lalu sehingga 12 Mei ini.
“Penguat kuasa MDR, Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Kesihatan sentiasa memantau di setiap lokasi peniaga dan gerai sepanjang masa bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!