JERANTUT: Ambil dan bawa pulang, itu ada inisiatif dan usaha terakhir oleh beberapa pekebun buah tembikai di Kampung Besul, Jerantut agar hasil tanaman yang diusahakannya tidak dibiarkan buruk begitu saja.
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 10 Mei lalu dan peningkatan penularan Covid-19 di lokaliti berkenaan, buah itu tidak dapat dipasarkan sepenuhnya.
Menurut pekebun, Asri Yaakob, 50 tahun, terdapat pekebun yang telah berputus asa dan hanya membiarkan hasil tanaman terbiar begitu sahaja.
ASRI YAAKOB
Ini kerana, ketika dalam tempoh PKP bermula awal tahun ini, penuaian tembikai menunjukkan hasil yang memberangsangkan namun penjualan terpaksa dihadkan .
“Kami yang menanam tidak mendapat pulangan hasil, selalunya tiap-tiap tahun itu dapat hasil daripada jualan buah tembikai, nak sambut raya pun dapat duit raya sikit-sikit dari hasil tanaman ini, tapi tahun ini disebebkan PKP, tak lepas nak jual jadi hasil tanaman ini tak lepas ke mana, jadi kami melepek je ni jadi banyak tanaman yang ditanam ini tinggal begitu saja, ” katanya.
KEBUN TEMBIKAI DIUSAHAKAN ASRI
Tambahnya, sebahagian daripada lapan pekebun di kampung itu masih lagi menjalankan perniagaan kecil-kecilan namun peningkatan kes Covid-19 membuatkan mereka juga mengehadkan pergerakan.
Walaupun kerugian, namun rata-rata pekebun berlapang dada dengan perkara yang terjadi dan mengharapkan ada pihak yang sudi mengambilnya agar tidak terbiar begitu saja.
TEMBIKAI YANG SUDAH MASAK
Setakat ini, kira-kira 20 tan tembikai dibiarkan di kebun ekoran hasil yang dikutip sebelumnya masih lagi tidak terjual sepenuhnya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Bantuan keperluan harian terus disalurkan kepada penduduk yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jerantut, sejak ianya dilaksanakan.
Malah, memastikan bekalan makanan terutama di lokaliti Kampung Paya Teh dan Rumah Banjir Kuala Teh terjamin, pihak berwajib sentiasa memantau bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan mereka berterusan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, walaupun peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di kawasan itu namun keadaan masih lagi terkawal.
MOHD ZAKHWAN AHMAD BADARDDIN
“Ketika ini di dalam terkawal dan dari sudut kita punya penyelarasan bersama dengan pegawai daerah penghulu dan setempat kita mengambil maklum setiap perkara yang berlaku di dalam sana,” katanya.
Malah, menurutnya interaksi bersama penduduk sentiasa dilakukan pihaknya dalam memastikan kebajikan penduduk tidak terabai.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Dalam pada itu, menurutnya lagi, penduduk kedua-dua lokaliti berkenaan sentiasa memberi bekerjasama dalam membantu mengekang penularan Covid-19.
Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, ketika ini, Jerantut dengan kerjasama pihak berkuasa termasuk Pejabat Daerah sentiasa melakukan pemantauan dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 dalam kalangan penduduk di Jerantut.
DATUK AHMAD NAZLAN IDRIS
“Pada peringkat awalnya kita telahpun mengagihkan bantuan keperluan pada masyarakat pada penduduk kampung paya teh dah bagi semua.. kemudian berlaku tambahan di kawasan kawasan di kawasan ini kita minta mereka yang ada keperluan disampaikan kepada PKOB kepada penghulu ada team dia untuk menyelaraskan keperluan keperluan masyarakat,” katanya.
Menurutnya, jika berlaku penambahan penduduk terlibat penularan Covid-19, mereka disaran menghubungi pihak berwajib dalam menyelaraskan keperluan masyarakat.
Semalam, Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut dilaksanakan PKPD bermula hari ini sehingga 4 Jun nanti manakala Kampung Paya Teh yang bermula sejak 17 Mei lalu dan akan tamat 30 Mei ini.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Penularan wabak Covid-19 di lokaliti itu dipercayai bermula daripada seorang pemandu lori yang singgah di sebuah masjid di kampung Paya Teh dan sehingga kini difahamkan seramai 378 orang dari kedua-dua kawasan berkenaan dikuarantin di kediaman masing-masing.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GAGAL PAKAI GELANG MERAH JAMBU DAN PELITUP MUKA DIKOMPAUN
KUALA LIPIS – Lelaki berusia 47 tahun dikompaun RM5,000 kerana sengaja menanggalkan gelang merah jambu dalam tempoh kuarantin di rumah serta dua lelaki yang gagal memakai pelitup muka turut dikenakan kompaun RM 1,500 oleh polis di Padang Tengku, Lipis, semalam.
Ketua Polis Lipis, Suprintendan Azli Mohd. Noor berkata, tindakan mengenakan kompaun kepada lelaki yang tidak memakai gelang merah jambu berikutan hasil pemeriksaan pasukan pemantau di rumahnya berdekatan pekan Padang Tengku.
Ketua Polis Lipis, Suprintendan Azli Mohd. Noor
“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan didapati tidak memakai gelang merah jambu malahan berada di luar pergi ke tempat lain tempoh kuarantin di rumah dan perlu memakai gelang itu seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya kepada media di Ibupejabat Polis Daerah Lipis, semalam.
Katanya, manakala kompaun ke atas dua orang lelaki lagi berusia 21 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting di situ dan seorang penganggur berusia 24 tahun secara terang-terang tidak memakai pelitup muka ketika polis membuat pemeriksaan di sebuah premis gunting rambut di Jalan Lipis – Benta.
Keduanya dikenakan kompaun oleh polis masing-masing berjumlah RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka semasa berada di dalam premis.
Pemeriksaan mengejut oleh polis di premis dan institusi kewangan dan rumah memastikan SOP dipatuhi.
“Pihak polis akan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis, kediaman dan bank di semua lokasi termasuk penduduk yang masih dalam kuarantin di samping pematuhan prosedur operasi standard (SOP), penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, penggunaan pengimbas suhu, mencatat kehadiran di buku catatan termasuk penggunaan MySejahtera dan beberapa peraturan tertentu.
“Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengenakan kompaun bagi membantu kerajaan mengawal dan mengurangkan penularan wabak pandemik Covid-19 yang dilaporkan semakin meningkat di bawah seksyen yang dikuatkuasakan sekarang,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MURID ASLI KAMPUNG KUCING, HULU TEMBELING TERUS BELAJAR
PIHAK SEKOLAH MENGHANTAR BAHAN BERCETAK KEPADA 20 MURID KAMPUNG ITU
JERANTUT : Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan, semua sekolah ditutup tetapi proses pengajaran dan pembelajaran tetap dilaksanakan oleh pihak sekolah dan guru-guru secara Belajar Dari Rumah (BDR) secara atas talian.
Walau begitu, terdapat masyarakat yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti peranti, komputer, celik teknologi perkomputeran dan kemudahan internet untuk mengikuti kelas atas talian yang dijalankan.
Alternatifnya, pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Tembeling, Jerantut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari bandar Jerantut mengambil inisiatif menghantar bahan pembelajaran bercetak kepada murid Orang Asli etnik Semaq Beri di Kampung Sungai Kucing, Hulu Tembeling dekat sini.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Tembeling, Jerantut, Abd Manaf Mat turut menghantar bahan bercetak kepada muridnya
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Tembeling, Jerantut, Abd Manaf Mat berkata, bahan bercetak itu terdiri daripada mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam dihantar ke perkampungan Orang Asli yang mengambil masa selama 30 minit dengan mengunakan bot penambang.
“Kita menghantar modul bercetak ini kepada 20 orang murid di situ kerana guru tidak dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara ‘online’ kerana kawasan berkenaan agak pedalaman dan tiada akses internet.
“Tugas menghantar bahan bercetak itu juga mencabar kerana terpaksa menaiki bot penambang dengan menyewa RM70 untuk setiap kali penghantaran mengharungi arus Sungai Tembeling yang deras kebetulan pula paras air naik berikutan hujan lebat di hulu,”katanya..
Guru Pendidikan Islam, Fauzan Md Thahib pula berkata, tugas menghantar bahan bercetak berupa lembaran kerja sekolah pernah dilakukan pada awal tahun ini ketika penguatkuasaan PKP untuk memastikan murid Orang Asli tidak tercicir menerima pengajaran seperti murid lain.
Khairul Najmi Abdullah (kiri), menyifatkan kehadiran guru ke kampung mereka cukup bermakna kerana dia dapat memperoleh pengetahuan sepanjang tempoh ‘bercuti’ akibat penularan COVID-19 dan menerima bahan pembelajaran daripada gurunya, Fauzan Md Thahib.
“Kita berpuas hati kerana dapat berbakti dan melaksanakan tanggung jawab untuk mereka manfaatkan dan melakukan kerja yang diberi walaupun kami terpaksa mengharung sungai dengan menaiki bot penambang.
“Etnik minoriti di situ beragama Islam, ini bermakna subjek Pendidikan Islam sejajar dengan tugas itu untuk memantapkan akidah dan iman di peringkat kanak-kanak termasuk menjana pengetahuan, kemahiran dan pembinaan insan menerusi mata pelajaran lain, “katanya.
Murid sekolah itu, Khairul Najmi Abdullah, menyifatkan kehadiran guru ke kampung mereka cukup bermakna kerana dia dapat memperoleh pengetahuan sepanjang tempoh ‘bercuti’ akibat penularan COVID-19.
“Bakti dan jasa guru SK Hulu Tembeling amat besar bagi saya dan rakan di kampung ini kerana mereka bersusah payah bergadai nyawa merentasi sungai dengan bot penambang semata-mata untuk memberikan ilmu kepada kami dan tidak tidak sabar untuk kembali ke sekolah dan selesa berada di dalam kelas bersama rakan dalam kalangan orang Melayu sambil berharap wabak COVID-19 kembali pulih,” katanya.
Seorang bapa murid, Hilmi Sayong berkata, dia berterima kasih kerana kesanggupan guru menghantar bahan bercetak berkenaan yang boleh membantu murid di situ belajar.
“Usaha guru SK Hulu Tembeling amat kami hargai kerana dapat memenuhi masa cuti tempoh penguatkuasaan PKP supaya kanak-kanak di sini belajar di rumah dan berharap ancaman pandemik Covid-19 kembali pulih supaya kanak-kanak di sini dapat semula ke sekolah bersemuka dengan guru di kelas,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUA BERADIK KG MAT DALING BELAJAR SECARA ATAS TALIAN DI KAWASAN MASJID
JERANTUT: Dua beradik di Kampung Mat Daling belajar dan mengikuti kelas secara atas talian di kawasan masjid kampung itu setelah Majlis Keselamatan Negara (MKN) menguatkuatkuasa dan mengarahkan semua sekolah ditutup dan hanya boleh belajar dari rumah (BDR) seperti diarahkan.
Dua beradik itu, Nur Hafiza Ahmad Hairi, 18 tahun dan Ummi Kalsum Ahmad Hairi , 16 tahun terpaksa berulang alik setiap hari pada hari persekolahan sejauh kira-kira 2 kilometer (km) dengan menunggang motosikal dari rumah ke masjid kampung itu untuk mendapat liputan internet yang baik.
Nur Hafizah yang mengikuti pengajian Pra-Universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin, Jerantut yang terletak kira-kira 130 km dari rumahnya dan mengambil masa hampir 3 jam perjalanan perlu mengikuti kelas pengajian secara atas talian setiap hari persekolahan.
Nur Hafizah (gambar kecil) yang mengikuti pengajian Pra-Universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin, Jerantut.
“Saya menunggang motosikal kira-kira 2 km dari rumah dengan adik ke sini (masjid), kerana di rumah tidak mendapat liputan internet dan di sini boleh menerima liputan agak memuaskan.
“Mujur ada liputan yang agak memuaskan di sini, saya dan adik berkongsi data internet untuk mengikuti kelas yang dijalankan oleh guru kelas, pastinya kos diperlukan kerana membeli data prabayar sebanyak RM10 seminggu untuk keperluan pembelajaran atau kadang-kala lebih,” katanya ketika dihubungi SAHIH.
Katanya, dia perlu berkorban untuk belajar bersunguh-sungguh demi masa depan diri sendiri dan keluarga, bapa saya hanya berkerja kampung untuk menyara dan membesarkan kami.
Sementara itu, adiknya, Ummi Kalsum yang bersekolah di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini, Bandar Jengka di tingkatan 4 turut mengalami keadaan yang sama untuk mengikuti kelas secara atas talian.
Ummi Kalsum Ahmad Hairi , 16 tahun, berkongsi data internet bersama kakaknya
Katanya, oleh kerana mahu menjimatkan kos data internet, maka mereka berkongsi belajar bersama secara serentak di kawasan masjid.
“Ada Pusat Internet Komuniti Kampung Mat Daling, tetapi kerana agak ramai murid sekolah rendah yang menggunakannya maka saya dan kakak mengambil keputusan belajar di sini.
“Rasa santai sedikit di bawah pondok wakaf terbuka dengan membawa bekalan dari rumah, kakak menggunakan komputer bimbit, saya menggunakan telefon bimbit di samping pengurusan masjid membenarkan kami,”katanya.
Katanya, kadang-kala liputan internet di pusat komuniti terganggu dan merencatan mereka untuk mengikuti pembelajaran atas talian yang dijalankan oleh guru masing-masing.
“Saya dan kakak bersyukur masih ada kemudahan walau pun tidak sepenuhnya kerana ada terbaca rakan pelajar lain yang terpaksa memanjat pokok dan mencari bukit untuk mencari liputan internet yang baik demi mengejar ilmu,”katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Pihak polis Bentong mengeluarkan kompaun ke atas empat orang lelaki yang berusia 18 tahun hingga 55 tahun kerana dengan sengaja tidak memakai pelitup muka dan memberi alasan yang tidak munasabah kerana tidak memakainya.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, semalam kira-kira jam 10.50 pagi, anggota kereta peronda polis melakukan rondaan pencegahan jenayah di sebuah kawasan perindustrian di Jalan Lama Bentong menghala Kuala Lumpur telah terserempak dengan empat orang lelaki warganegara tempatan yang tidak memakai pelitup muka.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar
” Mereka dikompaun di bawah peraturan 17(1) Akta peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (PPPPPB) (No 2) 2021 di mana sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 1,500.00 bagi satu kompaun.
“Saya menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa patuhi arahan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar rantaian pandemik covid-19 berjaya diputuskan khususnya dalam tempoh PKP 3.0,” katanya.
Katanya, pihak polis akan sentiasa memantau di tempat awam dan juga premis untuk memastikan orang awam sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
USAHA SUKA-SUKA TANAM CILI BOLEH TAMBAH PENDAPATAN
JERANTUT : Dua orang rakan yang tinggal berjiran menjadikan kawasan tanah kosong berdekatan rumah mereka dengan mengusahakan tanaman cili menerusi kaedah fertigasi di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut.
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi ruang untuk mereka mengerjakan tanaman cili bagi mengurangkan rasa bosan kerana tidak boleh pergi ke mana-mana dan dapat menghiburkan hati sambil beriadah.
Kedua-dua rakan itu, Mohd Simin Abdullah, 55, dan Mohd Fatmahisyam Abdul Rahman, 39, mempunyai cara tersendiri dengan menjadikan kebun mereka tempat berhibur dan mengeluarkan peluh sambil berbakti kepada tanah.
Mohd Simin Abdullah dan tanaman cilinya.
Mohd Simin seorang kakitangan kebersihan sekolah itu berkata, kawasan tanah terbiar seluas hampir 300 meter persegi berdekatan rumah kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Dua dimanfaatkan untuk tanaman cili yang mula usahakan sejak bulan Disember tahun lalu.
“Saya dan rakan yang juga seorang guru yang tinggal berjiran lalu berpakat untuk mengusahakan tanaman itu memandangkan tekanan perbelanjaan keluarga dan tanggungan persekolahan anak-anak dalam keadaan masih berlaku penularan wabak Covid-19.
“Kami berkongsi modal permulaan sebanyak RM1,500 untuk perbelanjaan memberi benih, polibeg, baja, racun kawalan serangga, tanah hitam dan peralatan pertanian bagi tujuan berkenaan.
“Tanpa sebarang kemahiran mengenai pengurusan tanaman cili ini dengan hanya melihat daripada usaha serta mempelajari menerusi pengalaman rakan petani di tempat lain, kami bertekad untuk mencuba melakukan tanaman ini,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.
Katanya, setelah hampir sebulan, sebanyak 200 batang pokok cili mula membesar dan hidup subur menambahkan semangat mereka berusaha menjaga tanaman itu seperti kawalan air dan nutrien secukupnya serta ancaman daripada serangga pada setiap hari.
“Tanpa berdepan cabaran menguruskan penjagaan, pokok cili mula berbuah dan matang selepas kira-kira 70 hari ditanam dalam polibeg.
“Hasil pertama cili seberat kira-kira 90 kilogram mula dipasarkan dengan harga RM8 sekilogram sekitar kawasan Felda ini. Kami berasa puas dan yakin setelah nampak ada kejayaan atas usaha ini,” katanya
Katanya, sebelum hari raya, mereka mengutip serta memasarkan cili seberat kira-kira 300 kilogram kepada pemborong di bandar Jerantut dan sekitar Felda berdekatan dan menjadi pendapatan tambahan untuk persiapan hari raya keluarga.
“Selain itu wang yang diperoleh turut dijadikan modal untuk mengusahakan terdapat kawasan terbiar berdekatan rumah untuk tanaman baharu tanaman cili, terung dan timun yang juga mendapat permintaan pelanggan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA: Seramai 282 warga emas yang menghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang dekat Triang, di sini, menerima vaksin COVID-19 hari ini.
Proses suntikan vaksin itu dilakukan petugas Pejabat Kesihatan Daerah Bera di rumah kebajikan itu.
Pengerusi Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Yap Yoke Moey berkata, proses suntikan vaksin diadakan dua sesi membabitkan 150 warga emas hari ini dan bakinya akan menerima vaksin mereka esok.
“Ini adalah usaha awal bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 dalam kalangan penghuni rumah kebajikan yang berisiko tinggi.
ANTARA PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN WARGA EMAS SANG RIANG YANG MENERIMA VAKSIN COVID-19 HARI INI
“Kita harap selepas selesai proses vaksinasi dilakukan, seluruh kawasan rumah kebajikan ini boleh diisytihar sebagai zon selamat,” katanya di sini, hari ini.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah kerana menjalankan tugas dengan profesional.
Katanya, proses suntikan juga berjalan lancar dan setakat ini tidak ada penghuni rumah kebajikan itu mengalami kesan sampingan selepas menerima suntikan mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS: Orang ramai yang cuba menggelak diri daripada mengguna jalan utama untuk melepasi sempadan daerah atau negeri dengan mencari dan menggunakan jalan tikus sebagai jalan pilihan diharap lupakan hasrat itu terutama di sempadan Merapoh-Gua Musang.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis sentiasa memantau jalan-jalan tikus itu dengan bantuan orang ramai dan juga penyelenggara jalan raya.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan utama serta mengambil kebenaran rentas daerah atau negeri yang sah.
“Semua jalan tikus yang telah dikenal pasti telah ditutup dengan penghadang konkrit dan sukar untuk melepasinya selain pemantauan yang kerap pihak PDRM.
“Sempadan daerah Lipis agak luas, bersempadan dengan Cameron Highlands, Jerantut dan Raub, manakala sempadan negeri pula dengan Gua Musang, Kelantan,” katanya di IPD Daerah Lipis, hari ini.
Katanya, orang ramai yang menggunakan jalan tikus itu mendapat maklumat daripada penduduk tempatan, jalan-jalan tikus itu kebanyakannya menggunakan jalan kecil bersebelahan dengan landasan keretapi pantai timur, Lipis-Gua Musang yang panjang.
“ Selain itu terdapat juga pasangan jarak jauh (PJJ) yang ingin merentasi sempadan untuk bertemu pasangan dan anak masing-masing, kita faham perasaan mereka.
“Tetapi ada juga yang pasangan PJJ yang memalsukan surat kebenaran perjalanan rentas sempadan dan sudah pasti menyalahi peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Katanya, oleh itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan utama serta mengambil kebenaran rentas daerah atau negeri yang sah, pihak polis turut memahami dan mempunyai perasaan untuk tolak ansur.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPD LIPIS PERIKSA MENGEJUT PEJABAT KERAJAAN DAN INSTITUSI KEWANGAN PATUH SOP
LIPIS: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap 11 pejabat kerajaan dan 5 institusi kewangan untuk menentukan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) diikuti dengan 30 peratus pekerja yang boleh berada di pejabat dan institusi masing-masing serta selebihnya dikehendaki melakukan kerja dari rumah (BDR).
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, lima pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah melakukan pemeriksaan untuk menentukan setiap agensi kerajaan dan swasta perlu mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, lima pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah melakukan pemeriksaan untuk menentukan setiap agensi kerajaan dan swasta perlu mengikut SOP yang ditetapkan
“Pada peringkat awal pemeriksaan, pihak polis Lipis lebih kepada memberi penerangan dan mendidik agar semua mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana pihak kami (polis) cuba menyekat dan memutuskan rantaian penularan wabak yang semakin menggerunkan sejak kebelakangan ini.
“Tetapi, sekiranya berlaku pelanggaran SOP berulang, pesalah akan dikenakan kompaun tidak lebih RM20,000, manakala individu dikenakan RM2,000,” katanya kepada media selepas melakukan pemeriksaan mengejut di sekitar bandar Kuala Lipis, hari ini.
Supt.Azli (kanan) berada di salah sebuah agensi kerajaan dalam pemeriksaan mengejut itu, hari ini.
Katanya, setakat Januari tahun ini sehingga sekarang terdapat 84 kompaun telah dikeluarkan disebabkan pelbagai kesalahan pelanggaran SOP, manakala kira-kira 60 kenderaan telah diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR), Kilometer 2, Jalan Tanjung Lipis kerana gagal menunjukkan surat kebenaran rentas daerah.
“Terdapat orang ramai khususnya pengguna jalan raya di Merapoh-Gua Musang cuba meloloskan diri melalui jalan tikus untuk merentasi daerah antara Kelantan dan Pahang di kawasan Merapoh dan Gua Musang.
“Mereka tahu jalan tikus ini kerana dibantu oleh orang tempatan dengan mengikut jalan kecil bersebelahan landasan keretapi untuk melepasi sempadan daerah atau negeri,”katanya.
Supt Azli turut meninjau di salah sebuah bank di bandar Kuala Lipis, hari ini.
Katanya, manakala di institusi kewangan tidak menyediakan buku catatan, pengimbas suhu dan cecair sanitasi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terutamanya di hujung minggu dan hanya bergantung kepada pengimbas kod QR. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!