KOTA KINABALU: Seekor buaya sepanjang empat meter dipercayai tersesat berjaya ditangkap oleh penduduk kampung berhampiran perairan Pulau Gaya dekat sini, pada petang semalam.
Kehadiran reptilia itu disedari oleh penduduk Kampung Pondo, seawal jam 8 pagi sebelum rakaman video tular di media sosial mengenai penduduk kampung berusaha menangkap buaya terbabit.
Kehadiran reptilia itu disedari oleh penduduk Kampung Pondo, seawal jam 8 pagi. – Gambar Media Sosial.
Ketua Kampung Pulau Gaya, Rajit Serong, 60, berkata, penduduk kampung bergilir-gilir mengekori buaya itu dengan menggunakan bot.
“Buaya itu berlegar-legar berhampiran pantai Kampung Lobong dan kelihatan jelas ketika air laut semakin surut.
“Kami terus memasang jerat menggunakan tali sebelum berjaya menangkapnya kira-kira jam 5.30 petang tadi,” katanya ketika dihubungi.
Penduduk kampung bergilir-gilir mengekori buaya itu dengan menggunakan bot.
Tambahnya, mereka terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.
“Ini kali pertama mereka menangkap haiwan ganas itu sejak tinggal di pulau berkenaan. Tujuan kami menangkapnya kerana bimbang keselamatan penduduk di pulau ini terutama kanak-kanak dan nelayan,” katanya.-Media Sosial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAPAH – Seorang lelaki cedera ringan apabila kereta dipandunya merempuh sebuah kedai makan di Kilometer 68, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, pemandu kereta jenis BMW berusia 37 tahun berkenaan turut melanggar tiang lampu di tepi jalan hingga patah.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku ekoran kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas semasa dalam perjalanan dari Bidor ke Tapah.
“Siasatan mendapati, kereta itu terbabas melanggar tiang lampu di tepi jalan sebelum terperosok masuk ke dalam sebuah kedai makan di tepi jalan.
“Bagaimanapun, semasa pegawai penyiasat tiba di tempat kejadian, pemandu kereta itu tiada dan laporan polis hanya dibuat di Balai Polis Bidor pada pukul 12 tengah hari,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa hanya cedera ringan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). K! Online.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Penduduk Felda Jengka 24 menarik nafas lega apabila Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan menjelang tengah malam tadi dan tidak disambung , namun begitu dinasihatkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diarahkan.
Tinjauan SAHIH di lokasi berkenaan mendapati, semua penduduk akur dengan arahan pihak berkuasa untuk kekal di rumah masing-masing bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang tercetus ekoran segelintir penduduk disahkan positif, akibat aktiviti ziarah pada Aidil fitri lalu.
Pengurus Felda Jengka 24, Mohd Tamrin Zakaria berkata, penduduk di Felda itu memberikan sepenuh kerjasama dengan menghadkan pergerakan termasuk menghentikan sementara semua aktiviti pertanian dan perniagaan.
“Mereka sangat patuh dan mengawal pergerakan masing-masing untuk menghindari penularan wabak itu di kawasan penemp[atan mereka serta mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Semua arahan yang ditetapkan KKM seperti di ladang ditangguhkan 100 peratus, peniagaan makanan bermasak turut dihentikan buat sementara waktu, mereka yang memakai gelang merah jambu dan telah melalui saringan calitan terus berada di rumah,” katanya.
Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail turut menghulurkan bantuan kepada penduduk Jangka 24 ketika PKPD tempoh hari, turut serta Datuk Nazri (kiri) dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris (2 dari kanan)
Katanya, Jawatankuasa mengagih makanan kepada penduduk setempat tidak dibenarkan, oleh itu pihak itu mengagih secara keseluruhan penduduk.
Sementara itu, Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, warga Felda Jengka 24, merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Ibupejabat Felda dan Wilayah Jengka, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang membantu memberi sumbangan dan keperluan semasa PKPD.
Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, warga Felda Jengka 24, merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak memberi sumbangan dan keperluan semasa PKPD.
“Susulan pelaksanaan PKPD di Felda ini, seramai 1,377 penduduk yang terlibat dengan arahan itu dibantu oleh pelbagai pihak termasuk menyediakan lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan warga emas, susu formula serta barangan keperluan harian.
“Malah, sukarelawan dari pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut ditugaskan di lokaliti ini bagi membantu menguruskan keperluan penduduk serta penugasan ketat oleh anggota polis di beberapa laluan utama Felda ini,” katanya
Kerajaan telah mengumumkan penamatan PKPD tiga kawasan di Pahang, dua kawasan di Sabah serta satu di Negeri Sembilan bermula hari ini dan esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang ditamatkan PKPD di Pahang ialah, Kampung Baru Melayu Bentong, FELDA Jengka 24, Jerantut dan Ladang Chin Teck, Muadzam Shah, Rompin.
“Selain itu, dua kawasan di Sabah ialah FELDA Sahabat 40 (Kampung Kembara Sakti), Tungku, Lahad Datu serta Kampung Padawan, Papar; manakala satu di Negeri Sembilan di tiga kawasan perumahan Mukim Juasseh, Kuala Pilah.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KERAJAAN NEGERI SALUR RM16 JUTA BANTUAN BPP KEPADA KUMPULAN SASAR
RAUB: Seramai 1,383 penjaja dan peniaga kecil menerima manfaat daripada Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Covid-19 secara bersasar yang disediakan Kerajaan Negeri Pahang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebelum ini mengumumkan sebanyak RM16 juta disediakan untuk kumpulan sasar yang terkesan akibat Covid-19 di Pahang.
Pengagihan bantuan itu dijalankan di seluruh negeri secara berperingkat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin mewakili kerajaan negeri memberi bantuan kepada salah seorang peniaga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin mewakili kerajaan negeri melakukan pengagihan BPP di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Raub, hari ini.
Seramai 320 penjaja dan peniaga kecil menerima sumbangan BPP itu secara pandu lalu dan proses pengagihan bagi daerah Raub dijangka selesai sepenuhnya pada 14 Jun ini.
Shahiruddin berkata, melalui pengagihan BPP itu dapat membantu meringankan beban golongan peniaga kecil dan penjaja yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad turut menyerahkan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada seorang penjaja kecil di Jengka, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad turut menyerahkan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada pemandu teksi dan penjaja yang terkesan di sekitar FELDA Wilayah Jengka.
Seramai 198 Pemandu Teksi dan Penjaja Kecil di Kawasan Jengka menerima manfaat bantuan BBP akibat pandemik Covid-19, hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SMK FELDA WILAYAH JENGKA CATAT KEPUTUSAN BAIK SPM 2020
KUANTAN: Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dalam Wilayah Jengka muncul terbaik dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 mata berbanding tahun 2019 yang diumumkan kelmarin.
SMK dalam Felda Wilayah Jengka memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 4.95, diikuti Wilayah Kuantan (5.02), Wilayah Raja Alias (5.08), Wilayah Johor Bharu (5.14), Wilayah Trolak (5.16), Wilayah Segamat (5.17), Wilayah Gua Musang (5.31), Wilayah Terengganu (5.39), Wilayah Alor Setar (5.54) dan Wilayah Sahabat (5.90).
Manakala, SMK Jengka Pusat muncul 10 sekolah terbaik dengan GPS 3.21, diikuti SMK Bandar Baru Serting (3.73), SMK Sungai Retang (3.80), SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (3.90), SMK Cherul (4.11), SMK Trolak, Sungkai (4.18) dan SMK (LKTP) CHINI (4.21).
SMK Bera Bandar 32 mencatatkan GPS 4.31 dan diikuti SMK Jengka 24 (4.35) dan SMK Kampung Awah dengan GPS 4.41.
Seramai 7,330 calon SPM sekolah menengah di Felda tahun 2020 telah menduduki peperiksaan itu. 23 calon berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan itu berbanding hanya 16 orang pada tahun 2019
Calon yang meperolehi 6A ke atas seramai 417 orang pada SPM 2020 berbanding 286 orang pada tahun 2019. Calon yang layak mendapat sijil SPM 2020 seramai 6715 orang (91.6%).
Prestasi bagi lima daripada enam mata pelajaran teras dalam SPM 2020 meningkat dari tahun sebelumnya, iaitu Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains. Manakala, mata pelajaran Bahasa Melayu menunjuk penurunan 0.16 mata berbanding SPM 2019.
Walaupun keadaan situasi persekolahan yang mencabar disebabkan pandemik Covid-19, keputusan SPM 2020 menunjukkan pencapaian keseluruhan calon SMK di kawasan FELDA meningkat.
Sementara itu, Siti Nurfatehah Zukafli bersekolah di SMK Felda Gelanggi Dua berkata, kesulitan belajar yang ditempuh semasa ancaman pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersilih ganti dengan PKP bersyarat dan PKP Pemulihan tahun lalu tidak mematahkan semangat untuk belajar.
Siti Nurfatehah Zukafli bersekolah di SMK Felda Gelanggi Dua berkongsi kegembiraan dengan ibunya, Mariani Ismail di Felda Gelanggi Dua, semalam
Dia memperolehi keputusan cemerlang tinggi (A) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Perniagaan, manakala Matametik Tambahan, Pendidikan Islam dan Sejarah memperoleh kepujian tertinggi (B+).
Seorang lagi pelajar dari SMK Felda Gelanggi Dua, Jerantut, Puteri Nurul Ain Nadhirah Mohd Zaid berkongsi kegembiraan datuknya, Wan Mahmud Wan Mohamad selepas mendapat keputusan SPM, kelmarin.
Puteri Nurul Ain Nadhirah Mohd Zaid, bersyukur kerana usaha bersungguh ketika pandemik melanda beroleh kejayaan yang baik.
Puteri Nurul Ain Nadhirah yang memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sains, Pertanian dan Perniagaan, dia tidak menyangka usaha yang bersungguh serta kewaspadaan berdepan ancaman pandemik COVID-19 membuahkan hasil pencapaian yang agak baik.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS : Seekor kerbau seberat 200 kilogram berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terjatuh ke dalam lubang najis di belakang sebuah rumah di Kampung Bapong, dekat sini, hari ini.
Sebuah jengkaut terpaksa digunakan dengan memecah dan menggali tanah di bahagian lubang najis itu untuk melebarkan ruang bagi memudahkan untuk menggeluarkan haiwan tersebut.
jengkaut digunakan untuk melebarkan lubang najis untuk mengeluarkan kerbau oleh JPBM Lipis.
Ketua Zon 3 JBPM Negeri, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, seorang pegawai dan enam orang anggota Bomba dan Penyelamat Lipis menerima panggilan pada jam 9 pagi, hari ini, tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian dan mendapati haiwan itu terperosok ke dalam lubang najis.
“Kerbau jantan ini dipercayai terjatuh selepas terpijak penutup lubang najis ini dan pecah sehingga menyebabkan badan haiwan ini terperosok ke dalam lubang.
“Kami menggunakan tali untuk menarik haiwan ini, tetapi gagal kerana sukar untuk mengeluarkan kerbau jantan ini kerana badannya bersaiz besar malah ruang lubang tandas ini sangat sempit,” katanya di sini hari ini.
Katanya, oleh itu pihak JBPM mendapat bantuan sebuah jengkaut untuk menyelamat haiwan itu dan mengambil masa selama hampr dua jam untuk mengeluarkan haiwan itu daripada lubang najis itu.
Kerbau seberat 200 kg terperosok di dalam lubang najis diKampung Bapong, Lipis, hari ini.
“Kerbau jantan ini berjaya ditarik keluar dan cuma mengalami luka dan calar pada badannya kemudian beredar dari tempat kejadian.
“Kejadian ini adalah kali kedua berlaku di tempat yang sama, kali pertama pada 2019 turut seekor kerbau terperosok dalam lubang najis itu, “katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ADUN PULAU TAWAR AGIH BANTUAN UNTUK PENDUDUK FELDA JENGKA 24
JERANTUT: Kebajikan penduduk FELDA Jengka 24, dekat sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 30 Mei lalu, sentiasa diberi perhatian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah bersama pasukan petugas khas daerah Jerantut dan Majlis Tindakan Sosial Pahang mengagihkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar kepada 377 keluarga semalam.
Bantuan itu adalah susulan daripada penyaluran bantuan sebelum ini oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan pihak pengurusan FELDA.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, pengagihan bantuan itu juga dapat meringankan bebanan penduduk yang kini tidak bebas keluar dari kediaman masing-masing berikutan pelaksanaan PKPD sehingga 12 Jun ini.
“Ini adalah bukti dan tanda prihatin semua pihak, terutamanya ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah yang sentiasa tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk di sini.
“Kita harap wabak COVID-19 tidak terus merebak dan penularan wabak ini tidak terus mengancam penduduk di kawasan FELDA serta di seluruh negara,” katanya.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud
Sumbangan barangan keperluan asas itu juga adalah sebahagian inisiatif kerajaan Pahang dalam membantu penduduk di negeri ini yang terkesan akibat wabak COVID-19, sejak tahun lalu.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TOK BATIN, BAPA SAUDARA DAN SEPUPU DITUDUH ROGOL REMAJA PEREMPUAN
TEMERLOH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah dirogol oleh sepupu, bapa saudara dan datuk tirinya yang juga Tok Batin di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paya Sendayan Kerdau Temerloh sejak awal Februari 2017, jam 9.00 malam hingga 28 Mac 2021, pada jam 12.00 tengah hari.
Mangsa anak pertama daripada 3 beradik yang dijaga oleh neneknya ketika berusia 8 tahun dan adik keduanya 6 tahun sejak ibu dan bapanya bercerai pada tahun 2016.
Kejadian itu diketahui oleh ibu mangsa melalui kawan karib anaknya pada 3 Jun lalu, mangsa memaklumkan kepada kawannya yang dia sudah tidak mempunyai dara akibat dirogol oleh tiga lelaki yang dikenali.
“Selepas mengetahui kejadian itu daripada kawan karib anak saya, saya bertanya anak saya bagaimana, di mana kejadian berlaku dan siapa melakukannya.
“Anak saya memaklumkan sepupu, bapa saudara dan datuk tirinya telah merogolnya di rumah nenek di Kampung Paya Sedayan, Kerdau,” katanya.
Katanya, oleh kerana bimbang keselamatan anaknya, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kerdau , kira-kira jam 3.35 petang, pada 8 Jun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintenden Yusri Othman berkata, mengesahkan menerima laporan tersebut dan pegawai penyiasat terus ke tempat kejadian pada jam 5.30 petang pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintenden Yusri Othman mengesahkan menerima laporan tersebut
“Hasil maklumat, ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 60 tahun itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.
“Manakala mangsa masih mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU: Seorang pegawai polis ditahan reman hari ini, selepas disyaki melakukan seks oral sebelum merogol seorang ibu tunggal di biliknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini Sabtu lalu.
Dalam kejadian pukul 3 petang, mangsa berumur 27 tahun pada mulanya ditahan berhubung kes dadah bersama bekas suaminya Jumaat lalu.
Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa dari lokap Balai Polis Pengkalan Chepa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD berkenaan.
Katanya, apabila tiba di bilik tersebut, mangsa diarahkan membuka pakaian dan melakukan seks oral sebelum dirogol pegawai polis berpangkat inspektor.
“Wanita itu mempunyai dua anak, ditangkap bersama bekas suaminya setelah serbuan dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kota Bharu.
“Kes itu berkait dengan rampasan dadah jenis syabu dan pil kuda pada Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairudin Wan Idris ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut,lapor Utusan Online.
Katanya, suspek kini ditahan reman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C kanun sama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Masyarakat Orang Asli akan menerima suntikan vaksin di penempatan masing-masing tanpa keluar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi menggelakkan pergerakan dan menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
Timbalan Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) , Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, dua siri khas suntikan vaksinasi Covid-19 akan dilaksanakan di Parlimen Maran, bagi memastikan masyarakat Orang Asli di daerah itu menerima suntikan vaksin yang disaran kerajaan.
Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib turut mematuhi SOP yang dikenakan di ketika melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Jubli Shah, Maran, semalam.
“Inisiatif tersebut bagi memastikan tiada keciciran berlaku di kalangan suku kaum itu dalam menerima suntikan vaksin.
“Kita mendapat sokongan penuh daripada ketua-ketua masyarakat Orang Asli di Maran bagi mengurangkan pergerakan keluar masuk sekaligus menyekat penularan wabak Covid-19 ke penempatan mereka,” katanya ketika melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Jubli Shah, Maran, semalam.
Katanya, Tok Batin penempatan kaum itu di dalam Parlimen Maran telah mendapat taklimat khas dan mereka bersetuju untuk mewujudkan dua siri kursus penerangan untuk masyarakat yang bakal dikumpulkan di tempat mereka tanpa perlu keluar.
“Masalah logistik termasuk pengangkutan juga turut dapat diselesaikan dengan penempatan anggota perubatan di dewan serbaguna yang terdapat di kawasan masing-masing.
“Kerjasama daripada pelbagai agensi juga turut melancarkan perlaksanaan program itu yang dijadualkan akan dimulakan dalam masa terdekat.” katanya.
Katanya, seramai 6,138 orang telah telah menerima suntikan vaksin bagi Fasa Kedua yang bermula 4 Jun lalu sehingga hari ini, serta 2,021 orang telah melengkapi pemberian suntikan dos kedua di Maran. Setakat ini, Maran mempunyai tiga pusat PPV.
Datuk Seri Ismail turut menyampaikan Bakul Makanan kepada wakil masyarakat Orang Asli di Balai Raya, Kampung Batu 55, Maran, semalam.
Sementara itu, Penyampaian Bakul Makanan kepada masyarakat Orang Asli dalam Parlimen Maran disampaikan di Balai Raya Kampung Batu 55, Maran. Moga pemberian bakul makanan itu dapat membantu masyarakat itu semasa Perintah kawapan pergerakan (PKP). -SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!