MARAN: Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di FELDA Jengka 7, Maran, Pahang yang dijadualkan tamat pada 24 Jun 2021.
Sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 380 ujian saringan dan 15 daripadanya disahkan positif COVID-19.
KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di FELDA Jengka 7, Maran, Pahang pada 24 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Dua orang lelaki berusia 18 dan 21 tahun yang tidak memakai pelitup muka dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi sandard (SOP) di Kawasan Industri Ringan Tempoyang, Lipis hari ini.
Kedua lelaki berkenaan yang bekerja sebagai buruh tidak memakai pelitup muka semasa berada di kawasan kerja mereka dan tidak menyedari gelagatnya itu diperhatikan kerana tidak mematuhi peraturan dikenakan.
Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kedua lelaki itu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor
“Tindakan kedua lelaki berkenaan tidak memakai pelitup boleh dijangkiti wabak Covid-19 sedangkan penularan (wabak) ini masih belum lagi reda dan ketika ini pihak kerajaan masih mengetatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh,” katanya di sini hari ini.
Menurut Azli, kedua lelaki berkenaan mempunyai rekod pernah dikenakan kompaun di bawah Peraturan 117(1) PPPDPPB 2021 dan Peraturan 11 (1) PPPDPPB 2021 (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Beliau selanjutnya menambah kedua lelaki berkenaan diarahkan supaya mengikut sepenuhnya SOP semasa PKP selepas kompaun dikeluarkan.
“Kita akan meneruskan penugasan pemeriksaan di tempat awam, semua premis dan kawasan perumahan supaya memastikan SOP di bawah penguatkuasaan PKP Penuh dipatuhi serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kompaun sekiraya ada penduduk yang melakukan kecuaian,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENDUDUK DI PEDALAMAN HULU TEMBELING DAPAT SUNTIKAN VAKSINASI
JERANTUT: Pemberian Suntikan Vaksin Covid-19 diperluaskan ke kawasan Mukim Hulu Tembeling daerah Jerantut bagi mendekati dan memberi kemudahan masyarakat di sana tanpa perlu keluar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berada di bandar ini, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, usaha kerajaan negeri bagi meringankan penduduk di kawasan situ tanpa perlu keluar ke banadar yang mengambil masa dan juga belanja sekadar untuk mendaptakn suntikan vaksinasi.
Datuk Nazri Ngah turut melihat perjalanan vaksinansi di Kampung Bantal, semalam.
“Pemberian suntikan itu, kepada penduduk Kampung Di Hulu Tembeling dijalankan mulai 22 hingga 24 Jun 2021 yang melibatkan penduduk Kampung Bantal, Perkampungan Orang Asli Sungai Kuching, Kampung Kuala Sat, Kampung Gusai dan Kampung Bukit Mat Daling.
“Setakat ini, usaha ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat khususnya golongan berusia, malah mereka gembira suntikan vaksin dilakukan tanpa perlu ke bandar,”katanya di Sekolah Kebangsaan Hulu Tembeling.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Anissa Aris.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERTEKAN TIADA KERJA SEMASA PKP, LELAKI KURUNG ISTERI DAN ANAK DALAM RUMAH
SEREMBAN, N9: Sepasukan anggota bomba terpaksa bertindak memotong kunci mangga dan mengumpil pintu sebuah rumah bagi menyelamatkan seorang wanita serta dua anaknya yang dikurung suaminya yang dipercayai mengalami tekanan perasaan.
Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan aduan pada pukul 8.51 malam semalam dan tiba di lokasi kejadian iaitu di Taman Nusa Intan dekat sini, sembilan minit kemudian.
“Kami mendapat laporan seorang lelaki bertindak mengunci pagar, grill dan pintu belakang rumahnya dari dalam kerana tertekan tidak mempunyai pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan. Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya hari ini, lapor KOSMO online
Menurut Zainurin, anggotanya juga dimaklumkan, wanita itu ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan lebih teruk dan abang kandungnya terpaksa datang dari Mambau, dekat sini untuk memujuk.
“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia empat bulan dan lebih setahun. Mereka diantar ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan sejak pagi.
“Tiada sebarang kecederaan yang berlaku ketika kejadian dan lelaki itu diserahkan kepada polis,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sebut nama P.Ramlee, hampir semua anggota masyarakat di Malaysia mengetahui siapa Allahyarham, malah tahu di mana tempat persemadian terakhir Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pusara, Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tetapi tahukah anda di mana pula ayahanda P.Ramlee disemadikan?
Sedikit latarbelakang mengenai Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (gambar batu nisan) . Beliau dilahirkan di Lhokseumawe, Acheh, Indonesia, pada tahun 1902.
Beliau merupakan pedagang dari Acheh dan pernah bekerja sebagai kelasi kapal. Beliau sampai ke Pulau Pinang pada tahun 1920-an dan berkahwin dengan Che Mah Hussain seorang janda anak satu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Teuku Zakaria yang merupakan seniman agung dunia Melayu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Teuku Nyak Puteh meninggal dunia pada tahun 1955 pada usia 53 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Dato Keramat, Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang.
Sumber : Histourism – History & Tourism
Erti Yang Sakti : Tun Ahmad Sarji
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELAJAR KEMALANGAN KETIKA CARI CAPAIAN INTERNET UNTUK PdPR
LARUT: Hanya kerana ingin mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di kawasan yang mempunyai capaian internet yang baik, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Hussein di Selama, Perak cedera parah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Jumaat lepas.
Siti A’isyah Mohd Idris, 17, (gambar atas) sedang menunggang motosikalnya di Jalan Rantau Panjang – Selama untuk mengikuti PdPR secara dalam talian di rumah bapa saudaranya di Taman Permai 2, Selama sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis BMW di jalan itu kira-kira 9.45 pagi.
Ekoran kejadian tersebut, pelajar itu mengalami kecederaan parah termasuk patah pada bahagian paha kiri, cedera pada tulang rahang mulut sehinggakan terpaksa menerima jahitan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping dan dalam keadaan stabil.
Kisah malang itu diceritakan kakaknya, Siti Nurzulfa Mohd Idris, 22, sewaktu ditemui Bernama di rumah mereka hari ini.
Kakak mangsa, Siti Nurzulfa Mohd Idris, menunjukkan motor yang ditunggang mangsa, Siti A’isyah sewaktu ditemui Bernama di rumah mereka hari ini.-Foto Bernama.
“Oleh kerana capaian Internet yang lemah di rumahnya di Kampung Baru Batu 3 menyebabkan adik saya terpaksa berulang-alik setiap hari ke rumah bapa saudara yang terletak hampir tujuh kilometer di Pekan Selama,” katanya.
Sebelum ini, Siti Nurzulfa membuat hantaran sehingga tular dalam media sosial mengenai kisah Siti Aisyah sehingga mendapat perhatian netizen yang simpati dengan nasib menimpa pelajar harapan aliran Sains di sekolah itu.
Siti Nurzulfa yang merupakan mahasiswi tahun akhir pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata kebanyakan rumah di situ sering menghadapi capaian Internet yang lemah sejak bertahun lamanya.
Katanya, keadaan ini menyukarkan murid sekolah rendah dan menengah di situ untuk mengikut PdPR malah dia juga telah beberapa kali menghantar aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) namun masih tidak mendapat tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Adun Selama Mohd Akmal Kamarudin ketika ditemui berkata sebanyak 10 pencawang akan dinaik taraf menerusi Program Jendela bagi tempoh 2021 hingga 2022 di Selama bagi mengatasi masalah capaian liputan Internet dan telekomunikasi yang lemah itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Saujana Utama, 21 Jun 2021 – Bertindak di atas maklumat orang awam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Balai Polis Saujana Utama telah menjalankan Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar Jalan Bukit Cherakah petang semalam.
Bermula pada jam 4 petang dan tamat pada jam 12 tengah malam, seramai 5 Pegawai Kanan Polis dan 28 Pegawai Rendah Polis terlibat dalam operasi tersebut.
Sepanjang operasi, seramai 58 orang dan 51 motosikal telah diperiksa manakala sebanyak 218 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan jalan raya, lapor Polis Daerah sgbuloh.
Selain itu, sebanyak 14 buah motosikal telah disita di atas kesalahan tiada lesen, LKM dan ubah suai motosikal. Manakala 26 kompaun dikeluarkan di atas kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMANDU TRELER MAUT TERSEPIT DI KM44.2, LEBUHRAYA KUALA LUMPUR-KARAK
BENTONG: Pemandu sebuah treler berusia 53 tahun yang membawa kertas terpakai maut dalam kemalangan jalan raya di KM44.2, Lebuhraya Kuala Lumpur menghala ke Karak pada jam 3.40 petang, semalam.
Treler terperosok ke tepi jalan dan masuk ke dalam longkang dalam kemalangan di KM44.2, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Hasil siasatan, mendapati treler yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa, Gururaja A/L Krishnan Naidu yang memandu treler tersebut dari Pelabuhan Klang menuju ke Temerloh.
“Setiba di tempat kejadian , pemandu itu gagal mengawal kenderaan dan masuk ke dalam longkang, pemandu tersepit di bawah treler dan disahkan meninggal di tempat kejadian.
Treler terbalik dalam kejadian kemalangan di KM44.2, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam
“Pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987,” katanya.
Zaiham menasihatkan orang ramai yang memandu dan menunggang kenderaan agar sentiasa berhati-hati serta patuhilah peraturan lalulintas dan pastikan kenderaan masing-masing dalam keadaan baik, sekiranya penat berhenti dan rehat di lokasi yang disediakan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
EMPAT SUSPEK BEREHAT DI PONDOK KEBUN GETAH DISERBU POLIS
LIPIS : Empat orang lelaki Melayu berusia antara 21 hingga 47 tahun diserbu polis ketika mereka sedang berehat di sebuah pondok di dalam kebun getah di Kampung Atong, berdekatan Jeransang, Lipis hari ini.
Anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di sini telah menjumpai sebuah beg kecil berwarna biru mengandungi 15 peket plastik lutsinar yang diisi dadah jenis heroin seberat 70.57 gram dalam serbuan itu dilakukan pada jam 7.00 pagi.
Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azli Mohd Nor berkata, polis juga merampas 10 peket plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 41.46 gram dan sebatang straw plastik berangkai yang diisi 18 biji pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Yaba (pil kuda) seberat 4.48 gram.
Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azli Mohd Nor
Beliau berkata, berdasarkan rekod jenayah lampau berkaitan dadah, suspek yang berusia 21 tahun mempunyai tiga kes, suspek kedua berusia 40 tahun (9 kes), suspek ketiga berusia 47 tahun (3 kes) dan suspek keempat berusia 33 tahun (6 kes).
“Rampasan ketiga jenis dadah berkenaan keseluruhannya bernilai RM6,860, manakala keempat suspek ini disahkan positif dadah methamphetamine. Suspek tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya (ADB), 1952, Seksyen 39A (2) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.
“Keempat suspek itu telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Lipis dan didapati bebas sebarang jangkitan seterusnya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat kes untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Azli berkata, semua suspek berkenan juga telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh serta gagal mematuhi Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GUNA BORANG MITI, LORI BAWA 1,505 KILOGRAM DAUN KETUM
PEMANDU LORI DITAHAN DI SEKATAN JALAN RAYA TOL BENTONG
BENTONG: Seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun yang memandu sebuah lori 3 tan diberkas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Tol Bentong bersama 285 bungkusan dan 25 kotak pelbagai saiz berisi daun ketum, kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.
Pemandu tersebut yang ditahan di SJR tersebut mempamerkan borang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di hadapan tempat duduk pemandu lori sebagai salah satu taktik mengabui pihak berkuasa untuk tidak menahan lori tersebut untuk melepasi sempadan dengan muatan yang dibawa.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika ditahan, pemandu itu memberi reaksi yang mencurigakan pegawai dan anggota polis yang bertugas ketika mengarahkan pemandu itu untuk menunjukkan muatan yang dibawa di belakang lori.
“Awal pemeriksaan, pemandu itu memaklumkan tiada barangan atau muatan di belakang, tetapi pihak polis tetap mahu bahagian belakang lori tersebut dibuka.
“Pemeriksaan mendapati belakang lori berisi daun ketum yang dibungkus dalam plastik dan dalam kotak pelbagai saiz,“ katanya di sidang media di Ibupejabat Polis Daerah Bentong, hari ini.
Rampasan sejumlah 1,505 kg daun ketum yang dibungkus dalam plastik dan turut diletakkan di dalam kotak pebagai saiz, hari ini
Katanya, polis mendapati 17 guni besar berwarna biru seberat 470 kg; 243 bungkusan berwarna kuning (225 kg) ; 15 bungkusan warna hitam (150 kg); 6 bungkusan warna merah (120 kg) dan 4 bungkus warna putih seberat 80 kg yang berisis daun ketum.
“Manakala sebanyak 25 kotak pelbagai saiz seberat 460 kg turut berisi daun ketum dan jumlah keseluruhan 1,505 kg daun ketum di dalam bungkusan dan kotak berjaya dirampas dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM45,150, “ katanya.
Katanya, lori berkenaan datang dari utara semenanjung pada 19 Jun kira-kira jam 10.00 malam, mengalami kerosakan di Rawang.
“Suspek (pemandu lori) menghubungi dalang penghantaran daum ketum ini yang dikenali dengan nama Syam untuk memaklumkan berlaku kerosakan lori tersebut.
“Dalang tersebut menyewa sebuah lori lain dan memunggah semua bungkusan dan kotak ke lori lain yang disewa untuk meneruskan perjalanan dipercayai ke lokasi yang ditetapkan di Kuantan.
Rampasan daun ketum dianggarkan bernilai RM45,150.
“Hasil pemeriksaan, pemandu itu dibayar upah mengangkut barangan itu sebanyak RM1,500 sebagai deposit dan akan membayar baki RM1,500 setelah sampai di lokasi,” katanya.
Menurut Zaiham kes itu disiasat mengikut Sekysen 30 (3) Akta Racun 1962 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 4 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Polis turut merampas wang tunai RM1,900 dan sebuah lori seberat 3 tan. Selain itu daun ketum itu jika diproses akan menghasilkan 30,200 bungkus seberat satu liter air ketum.
Zaiham menasihat orang ramai menjauhkan diri daripada aktiviti tidak bermoral itu demi kesejahteraan masyarakat, mereka boleh memberi kerjasama dengan menghubungi Bilik Gerakan 09-2222222 jika mempunyai maklumat berkaitan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!