Jambatan Kayu Chapel Bridge (Gereja Kecil), nama rasminya Kapellbrücke merupakan sebuah jambatan pejalan kaki yang dibina daripada kayu yang merentang secara pepenjuru merentasi Sungai Reuss di bandar Lucerne di tengah Switzerland telah dibina pada 1333.
Jambatan sepanjang 170 meter (558 kaki) dibina bersempena dengan nama Gereja Kecil (Chapel) Saint Peter, jambatan yang unik ini mengandungi beberapa lukisan daripada abad ke-17.
Tujuannya dibina adalah untuk menghubungkan sebahagian bandar lama di tebing kanan dengan bandar baharu yang terletak di sebelah kiri sungai.
Salah seorang pelancong berada di atas jambatan kayu
Selain berfungsi sebagai penghubung antara dua bahagian bandar ia turut berfungsi sebagai perlindung dari serangan yang boleh datang dari tasik di bahagian selatan.
Walaupun sebahagian daripadanya telah musnah akibat berlaku kebakaran pada tahun 1993 bersama-sama bahagian jambatan lama yang lain.
Setelah kejadian kebakaran itu, jambatan ini dibina semula pada 14 April 1994.
Jambatan ini merupakan jambatan kayu tertua di Eropah dan jambatan kekuda (Truss bridge) yang paling lama bertahan di dunia.
Selain menjadi simbol kepada bandar raya Lucerne, ia juga menjadi tarikan pelancong utama di Switzerland. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Kemeriahan Aidilfitri masih lagi hangat dengan sambutan rumah terbuka diteruskan di FELDA Kemasul, dekat Pelangai.
ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berkongsi sambutan yang dihadirinya di Dewan Semai Bakti FELDA berkenaan, semalam.
“Raya kan sebulan.. kenapa tidak ye dak?,” katanya di laman sosial Facebook.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang turut merakam ucapan terima kasih kepada warga FELDA Kemasul kerana sudi menjemputnya.
“Meriah dengan (kehadiran) orang ramai.. kanak-kanak pula dapat duit raya.
“Pelbagai jenis juadah disediakan,” katanya lagi.
Selesai menghadiri sambutan Aidilfitri di Kemasul, Amizar singgah di Kampung Bukit Gajah, dekat sini.
Dia menyantuni keluarga Allahyarham Mohamed Surin Busu yang baru meninggal dunia.
“Saya singgah ke rumah Allahyarham di Kampung Bukit Gajah, menziarahi keluarga dan waris.
“Ketika ini waris sedang menunggu jenazah dari Kelantan,” ujarnya sambil mendoakan urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan.
Amizar seterusnya meluangkan masa menghadiri mesyuarat penyelarasan pasukan bomba sukarela (PBS) jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Karak yang diadakan di PBS Simpang Pelangai.
“Mesyuarat turut dihadiri Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Karak.
“Bersama dalam mesyuarat adalah anggota PBS dari Telemong dan Manchis.
“Objektif utama mesyuarat adalah untuk membincangkan hala tuju dan fungsi setiap PBS di Pelangai dengan penyelarasan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Karak,” katanya.
Dia berharap melalui pertemuan dan mesyuarat seumpama itu dapat memantapkan lagi pasukan PBS di Pelangai dalam memberi bantuan awal apabila berlaku insiden banjir kilat dan kebakaran.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS : Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia melahirkan rasa dukacita atas kehilangan anggota tentera yang terkorban dalam nahas kejadian pertembungan dua buah helikopter di udara di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada jam 9.50 pagi, hari ini.
Timbalan Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al Fatihah.
“Salam takziah buat keluarga mangsa,” katanya.
Kejadian tersebut melibatkan dua helikopter jenis HOM (M503-3 dengan tujuh krew dan empat mangsa sedang dikeluarkan.
Helikopter HOM dinaiki oleh Kdr Muhammad Firdaus Ramli TLDM – PM Skuadron 503, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan tiga lagi belum dipastikan..
Manakala, sebuah lagi helikopter jenis Fennec (M502-6) dengan tiga 3 orang krew, Kdr Muhamad Amir Mohamad TLDM – PM Skuadron 502, Lt Sivasutan Thanjappan TLDM dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LUMUT – Dua buah helikopter bertembung dan terhempas ketika berada di udara dan tiga maut, manakala empat daripada tujuh cedera dari sebuah helikopter di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada jam 9.50 pagi, hari ini.
Kejadian dilaporkan sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Ahmad Ya Amiri Yaccob melaporkan, helikopter pertama (AS5530) terdapat tiga mangsa, dua daripadanya sempat keluar dan seorang tersepit, namun ketiga-tiganya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan KKM.
“Manakala helikopter kedua, Pheonix (AW1139) terdapat tujuh mangsa dan empat mangsa sedang dikeluarkan.
“Kesemua anggota BBP melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hasrat penunggang maut dalam perjalanan jumpa tunang
LIPIS : Seorang penunggang motosikal berhasrat bertemu tunang di Kampung Batu Balai tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di KM 9, Jalam Jerantut- Benta berdekatan Kampung Kemahang, pada jam 1.20 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, penunggang yang maut, Ahmad Solihin Fazuni berusia 21 tahun dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Bharu menuju ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut.
“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui jalan berselekoh dan motosikal yang ditunggangnya telah bertembung dengan lori treler dengan muatan tandan sawit yang dipandu oleh awrag temoatan berusia 40 tahun yang datang dari arah Jengka, Maran
“Akibat kemalangan tersebut, penunggang itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat bawah seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan (APJ) 1987.
Katanya, penunggang motorsikal berada di bawah lori treler itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Katanya, pihak polis memohon Kerjasama pihak yang melihat kejadian itu tampil untuk membantu siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Muhammad Nur Amin (berdiri empat dari kanan) bersama-sama ahli PAPISMA pada Program Ziarah Kasih Ramadan Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Sungai Purun, Semenyih, Selangor anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Semenyih, Nushi Mahfoodz baru-baru ini.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) , anjur saringan kesihatan percuma
MENABUR bakti kepada mereka yang memerlukan bantuan dan perhatian akan mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah SWT terutama pada Ramadan penuh barakah. Menyedari kelebihan itu bagi sesetengah individu akan merebut peluang yang diberikan.
Begitulah dengan doktor pelatih Hospital Ampang, Selangor, Muhammad Nur Amin Zulmi yang sentiasa ringan tulang membantu tugas sukarela dalam kerja amal kebajikan apabila menyertai Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Selangor.
Beliau berkata, pembabitan dia bersama PAPISMA adalah di luar waktu tugas sebagai doktor pelatih merupakan suatu yang menyeronokkan terutama dapat memberi motivasi serta kaunseling kesihatan kepada masyarakat terutama warga emas dan pelajar sekolah.
Nushi Mahfoodz melihat Muhammad Nur Amin Zulmi dan rakan doktor membuat saringan kesihatan dalam program berkenaan.
Menurutnya, apabila dijemput PAPISMA dan tidak bertindih dengan waktu bertugas di hospital berkenaan dia akan turun padang bersama-sama doktor yang sudah lama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam melaksanakan khidmat kesihatan secara sukarela.
Tambahnya, kebiasaan PAPISMA dipelawa untuk membuka kaunter saringan kesihatan pada program membabitkan masyarakat seperti di masjid, rumah kebajikan, sekolah dan sebagainya kerana kehadiran orang ramai itu akan memberi manfaat kepada mereka.
Jelasnya lagi, dalam proses membuat saringan kesihatan itu membuka peluang kepada dia menitikberatkan nasihat kepada warga emas supaya menjaga kesihatan untuk mengelak terkena penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, sakit sendi dan sebagainya.
“Begitulah juga bagi warga emas yang terlantar di atas katil kerana uzur seperti di pusat jagaan amat perlu diberi perhatian termasuk penyakit mereka hidapi dan saya akan maklumkan kepada pihak pengurusan mengambil langkah sewajarnya termasuk merujuk ke hospital segera jika berlaku perkara luar jangkaan,” ujarnya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Ramadan Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Sungai Purun, Semenyih, Selangor, baru-baru ini.
Pada majlis anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Semenyih, Nushi Dato’ Mahfoodz itu, PAPISMA menghantar tujuh doktor yang mengadakan saringan kesihatan kepada warga emas penghuni pusat jagaan berkenaan.
Muhammad Nur Amin yang juga Pengerusi Student Chapter PAPISMA, berkata apabila program diadakan di sekolah yang akan membabitkan ramai pelajar dia dan rakan lain terpaksa memberi fokus bimbingan kesihatan terhadap antimerokok.
Menurutnya, situasi ketika berdepan dengan remaja termasuk pelajar sekolah sesi motivasi atau kaunseling saringan kesihatan terpaksa disantuni dengan bijak supaya tiada mereka yang berasa tersinggung perasaan.
“Saya akan menjelaskan sebaik mungkin mengenai bahaya merokok kepada kesihatan dan langkah-langkah yang boleh membantu untuk mengelak daripada terjebak atau menghilangkan ketagihan apabila sudah lama terbabit dengan amalan tidak sihat itu,” katanya yang merupakan pelajar perubatan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KETUA UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said bukanlah nama asing dalam arena politik negara.
Dilahirkan pada September 1965, anak jati Kuala Krau ini mempunyai perjalanan politik penuh warna-warni.
Ismail mula dipilih sebagai ahli parlimen P87-Kuala Krau dalam pilihan raya umum ke-11 dan sejak itu juga, beliau tidak pernah jemu membawa pelbagai perubahan dan pembangunan di kawasan berkenaan.
Wataknya yang serius tetapi mudah mesra menjadi aset penting dalam pembentukan dirinya dan parti UMNO dan Barisan Nasional Pahang.
Ismail pernah bersekolah di Sekolah Menengah Al-Khariah Temerloh sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan bertugas di pelbagai agensi sebelum menyertai politik.
Kecemerlangan Ismail dan ciri kepimpinan dimiliki menjadikan beliau adalah antara individu disegani kawan dan lawan.
Selepas menceburi politik, beliau memegang pelbagai jawatan penting antaranya dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada tahun 2010.
Ismail seterusnya diberi kepercayaan memegang jawatan lebih penting, sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat antara tahun 2013.
Selepas itu, bintangnya dalam pentadbiran negara semakin menyinar dan dipilih sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2020.
Ismail berjaya mempertahankan kerusi P87-Kuala Krau sehingga pilihan raya umum ke-14.
Namun pada pilihan raya umum ke-15, beliau akhirnya tewas melalui pertembungan tiga penjuru ketika itu.
Ismail menyifatkan kekalahan dalam pilihan raya berkenaan disebabkan permainan persepsi dilakukan pihak pembangkang sepanjang tempoh kempen berlangsung.
“Semua calon yang bertanding tidak seharusnya menyemai politik kebencian semata-mata demi meraih undi.
“Tindakan memburukkan saingan mereka tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang calon wakil rakyat.
“Politik kebencian dan sikap usik peribadi pesaing harus diberhentikan,” katanya yang kini masih setia bersama penduduk di Kuala Krau.
Sepanjang bergelar ahli parlimen Kuala Krau dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan Persekutuan, Ismail tidak pernah melupakan kawasan diwakilinya.
Banyak perubahan dan pembangunan dibawa untuk keselesaan dan kesenangan penduduk di situ.
Beliau juga mengakui agak jarang menghebohkan kebaikan dilakukannya dan lebih suka memberi peluang kepada pengundi menilai sendiri apa dilaksanakan sebelum ini.
“Kadang-kadang segala kebaikan dilakukan akan dilupakan hanya kerana satu kesilapan kecil yang kita buat.”
Datuk Seri Ismail Mohamed Said..
“Namun, ia tidak pernah mematahkan semangat untuk saya terus berbakti kepada penduduk di sini,” jelasnya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Kira-kira 10 tahun lalu, penduduk di sekitar kawasan Kuala Krau hanya mengharapkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Jerantut atau Jengka apabila berlaku kecemasan di situ.
Kesukaran itu disedari bekas ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan dia berusaha mencari jalan agar sebuah balai bomba dapat dibina di kawasan berkenaan.
Selepas perbincangan dan pertemuan dengan pihak bertanggungjawab, akhirnya usaha dia berhasil selepas kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan pembinaan balai bomba di Kuala Krau.
Projek itu dianggarkan bernilai RM2.8 juta dan dimulakan pada tahun 2019.
Sebaik siap projek berkenaan, Datuk Seri Ismail meneruskan usahanya dengan menggalakkan penduduk mempelajari pengetahuan asas dalam aspek kebombaan.
Maka diwujudkan pula pasukan bomba sukarela, khusus untuk melatih penduduk supaya bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan bencana.
Bukan sahaja latihan mengawal kebakaran, tetapi turut diterapkan adalah operasi pemindahan mangsa banjir.
Balai bomba itu memiliki tiga bot penyelamat dan sebuah jentera yang mampu digerakkan apabila berlaku kecemasan.
Sebelum adanya balai bomba itu, jarak balai paling hampir adalah kira-kira 40 kilometer.
Balai bomba Kuala Krau siap dan mula beroperasi pada tahun 2022.
Ia dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut dihadiri Menteri KPKT ketika itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Ini adalah antara kisah yang tidak ramai penduduk Kuala Krau sedari.
Atas daya usaha dan khidmat bakti Datuk Seri Ismail, balai bomba berkenaan bukan sahaja menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk, bahkan meningkatkan imej dan kesiapsiagaan dalam menjamin keselamatan harta benda jika berlaku kebakaran di Kuala Krau.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bekas ahli parlimen Kuala Krau berani tunjuk sikap ‘gentleman’
TEMERLOH – Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020, pelbagai pihak tampil memberikan bantuan kepada rakyat.
Ketika itu, semua layak menerima bakul makanan – tidak kiralah mereka sokong kerajaan atau pembangkang – tetap tidak dipinggirkan.
Dan semasa COVID-19 ‘menggila’ di kawasan parlimen Kuala Krau, tidak lain tidak bukan, bekas ahli parlimen di situ juga yang sibuk ke sana sini menghulurkan bantuan sewajarnya kepada penduduk.
Itu antara jasa yang dilakukan Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan tidak ramai yang mengetahuinya.
“Dia banyak buat kerja sacara diam-diam.. tak suka hebohkan kepada orang.
“Ramai yang dia bantu ketika itu, pendek kata di Kuala Krau ini.. tidak ada keluarga yang perlu kibar ‘bendera putih’.. bantuan memang sampai,” kata seorang penduduk di situ.
Itulah juga ‘kelemahan’ Datuk Seri Ismail, kerana apabila orang tak tahu apa yang dia pernah buat, maka orang cakap dia tak buat kerja.
Namun, ia adalah bukti jelas bahawa Ketua Pemuda UMNO Kuala Krau bukan seorang pemimpin yang ‘gila publisiti’, tetapi lebih gemar bergerak secara senyap.
Sejak dua hari lalu, pelbagai pihak mengecam tindakan petugas stor simpanan barangan diuruskan Datuk Seri Ismail kerana membuang barangan dapur di tempat tidak sepatutnya.
Dan kesilapan petugas itu menjadi bahan untuk menyerang pemimpin berkenaan.
Sedangkan, semua barangan itu sudah dinyatakan sudah tercemar dan tidak lagi selamat untuk digunakan.
Maka, adakah adil untuk ‘menyerang’ bekas ahli parlimen Kuala Krau itu di atas kesilapan yang tidak dilakukan beliau?
Sedangkan Datuk Seri Ismail bertindak sebagai seorang ‘gentleman’ apabila mengaku kekhilafan pihaknya dalam hal menguruskan sisa barangan dapur terbabit.
“Orang lain mungkin akan pilih untuk berdiam diri.. tetapi bukan bagi Datuk Seri Ismail, dia ambil tanggungjawab dan mengakui kelemahan pihaknya.
“Bukankah itu sudah cukup bahawa dia ikhlas dan berani dalam memperbetulkan persepsi tidak tepat yang sedang disebarkan pihak tertentu,” kata seorang lagi penduduk.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!